2hb Nov.
Hari last sekolah. Ramai pelajar yang tak hadir. Bagus.
Aku pun busy. Sedang mengemaskini fail PBS pelajar. Haisshh.. Rasa sangat terbeban. Esok nampaknya terpaksa turun sekolah. Sebab banyak lagi yang perlu disiapkan ni.
Berdoa. Semoga sempat siap sebelum aku balik ke Gemencheh menemui suami.
Esok 3hb Nov.
Result eg-Tukar. Semua orang busy pasal eg-Tukar. Aku plak busy dengan PBS yang memang menyamankan otak.
Ade seorang kawan bertanya, "Apa yang kau rasa tentang eg-Tukar?"
Aku jawab dengan selamba. "Aku tak rasa apa-apa. Hati aku tak berdebar langsung. Aku sebenarnya lebih kepada tak tahu apa yang aku rasa. Mungkin." Merenung jauh.
Kekadang pelik dengan perasaan sendiri.
Mungkin belum tiba aku merasakan sesuatu yang patut aku rasakan.
3 & 4 Nov.
Esok dan lusa. Aku perlu ke sekolah. Walaupun semua guru di sekolah semua sibuk bercuti. PBS masih lagi berbaki. Aku tidak dapat menyiapkannya hari ni. Tapi sudah berjanji dalam diri akan menyiapkan semuanya sebelum melangkah kaki ke dalam pesawat puteh berbelang merah itu.
Diam sebentar. Pejam mata. Tadah tangan.
Berdoa.
Semoga Allah menyenangkan segala urusan ku. Amin.
5, 6 & 7 Nov.
Aku dihantar untuk berkursus PBS form 2. Bagus. Dah cuti baru nak hantar kursus. Masa dulu tak nak hantar. Aiyaa...
Tapi aku akan hadirkan diri pada 5 dan 6hb sahaja. Dan sudah pun ade penggantinya. Alhamdulillah. Berjalan dengan lancar.
6hb jam 9.05malam aku akan berlepas ke Kuala Lumpur. Harap kapten kali ni yang banyak pengalaman sikit yer. Haha. Lenguh naik kapal dengan kapten yang tak de pengalaman. Amboi. Naik airasia je. Pastu nak demand-demand plak. OK. Stop. =P
Mak mertua masuk wad.
Kali kedua. Ya. Kali kedua. Menantu yang baik seperti aku masih di sini. Tak balik-balik lagi. Hmm. Bagus. Dan dua kali tak menjenguk mak mertua ku itu. Apa khabar dia. Aku hanya dapat kirimkan doa dari jauh.
Maafkan aku.
Sekarang. Aku penat. Mahu rehat. Supaya esok bangun ngan penuh semangat.
Yeah! Semangat!
Nota Pinky ;
"Rindu sangat pada en. Hati. Adakah dia pun merasakan apa yang aku rasa?"
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment