RSS

Pindah lagi?

Mahu pindah dan menjadi suri rumah kepada suami.

Boleh?
Bila tu?
Entah.
Harap secepat mungkin.
Senyum gatal. Haha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

demam.

Baru lepas jumpa doctor.

Oh! Dimarahi oleh doctor. "Kenapa batuk 4 hari baru datang? Bagus. Ubat tak makan." Kata doctor Aziz dengan lembut. Nasib doctor hensem. Aku sengeh je. Haha.

Sekarang, rasa macam nak pengsan.
Tak larat. Sakit badan. Sakit hidung. Sakit kepala. Oh! Boleh dikatakan semua sakit.
Eh! Apa ni mengeluh? Senyum tawar.
Tak mengeluh. Aku laluinya dengan sabar. Senyum.

Harap dapat sembuh dengan cepat. Amin.




Coretan Pinky ;
"Mahu berjumpa dentist. tapi takut. Haha. Paling takut ngan dentist sebab jarumnya besar.. Besi lagi tu.. Adeh!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah ku Syurga ku.

Sudah sampai di rumah.
Aman.
Tak sangka, keputusan untuk berhenti kerja adalah sesuatu yang bagus. Banyak hikmahnya. Hilang sedikit rasa bersalah dengan program yang bakal menggegar dunia Malaysia itu. Senyum.

Aku sedikit kasihan pada semua crew yang sememangnya akan pening lalat.
Mungkin, ayat Quran nak kena cari. Hadith nak kena tahu sahih ke tak. Semua berkenaan agama nak kena masuk.

Tapi...
Aku lebih kesian pada diri sendiri lagi jika aku masih bertahan di sana.
Mungkin aku tahu, banyak yang salah. Tapi aku langsung tidak mampu mengubah dan memperbetulkannya.
Sekali aku buat keputusan.
10 kali pun aku tidak akan berganjak.
Kesian pada writer lain itu tetap ada. Senyum tawar. Tapi, apa aku ingin jawab di hadapan-Nya jika dia bertanya aku tentang apa yang aku belajar aku tidak dapat menegakkannya.

Ahhh.. Lupa.
Aku siapa? Aku bukan siapa-siapa. Aku bukan punya tauliah atau apa-apa.
Haha. Ketawa kasar.
Tunggu.
Aku akan buktikan pada dunia, bahawa aku yang bukan siapa-siapa inilah yang kamu perlukan nanti.
Oh! Aku lupa. Kamu ego.
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa yang mahu dibuktikan pada kamu. Senyum lebar.

Pada team,
Aku pohon maaf kerana aku cabut. Mungkin kata orang, aku tidak langsung berjuang. Ketawa kuat-kuat. Tapi kekadang mengalah bukan bererti kalah. Kan?

Oh! Berada di rumah, sangat menyelesakan. Senyum.
Dah lama tidak berlama-lama cuti begini. Sekejap. Hmm...
Aku pernah cuti sem ke? Haha. Tak pernah.
Aku lupa.
Oh, baru aku sedar, aku ni makin tua. Lala~
Tak pe. Kali ni, aku mahu cuti berlama-lama di rumah. Makan buah-buah. Berseronok bersama adik-adik. Mak. Ayah. Senyum sampai ke telinga.
Wah, betapa bahagianya saat ini.

Sudah lewat.
Mahu ke bandar sekejap. Cari barang yang perlu. Senyum nakal.






Coretan Pinky ;
"Bestnya cuti. Rasa macam di syurga. Hahaha. Kamu! Jangan jeles. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harap dapat cuti panjang.

Mahu pulang ke kampung dengan seronok.
Harap, cuti yang best. Sambil makan durian dengan banyak. Rambutan, duku, langsat, dan segala macam buah sudah ada di atas pokok. Hahaha.
Wah! Bestnya......

Selamat tinggal Kuala Lumpur. Haha.






Coretan Pinky ;
"Kena tinggalkan Aqeef bersama papanya.. Papa, Jaga Aqeef dengan baik tahu?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Majlis Konvokesyen yang dinantikan..

5hb Oktober 2011.
Akhirnya hari yang aku nantikan dah tiba.
Dalam hati, hanya Allah yang tahu betapa aku gembira dan sangat-sangat teruja. Siapa yang tak teruja menyambut majlis konvo sendiri. :) Kan?

Kelainan pada konvo kali ni.
Konvo diploma, kami konvo bersama-sama. Kerana kami adalah dari U yang sama. tapi tanpa ikatan yang sah. Ketawa.
Konvo kali ni, masih bersama. Tapi hanya aku yang konvo. dan dia menjadi penanti yang setia dia luar dewan. Apa yang paling indah adalah dia adalah suami ku sekarang. Wah! Muka bahagia. Nampak?

Benda paling memeranjatkan adalah...
12 kuntum bunga matahari besar.. Yang membuatkan aku menangis, bahagia. Pelik! Sedih menangis. Bahagia pun menangis. Lumrah wanita. Haha.
Terima kasih atas jambangan bunga yang indah itu. Apakah maksud 12 kuntum itu? Senyum.

Wajah bahagia memegang bunga pemberian suami.. =)

Agenda selepas konvo.
Terasa mahu sambung master. Terasa mahu cari kerja. Terasa mahu cuti panjang. Mana 1 aku harus lakukan ni? Ketawa.
Cuti dulu. Pastu kita fikir yang akan datang. Kan?
Rasa macam tak sabar laa plak nak cuti. Haha.




Coretan Pinky :
"Sudah berbincang dengan en. Hati. Dia benarkan aku balik kampung untuk bercuti. Wah! Terima kasih sayang. Muah3"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan penting.

Semalam.

Keputusan penting dah diputuskan. Macam nak lempang-lempang je pipi ni. Rasa macam bermimpi di siang hari je. (Wah! Aku sekarang tak tidur siang, ok?)

Ustazah Pilihan.
Maafkan aku. Aku tidak dapat berdiri di sana dengan teguh lagi. Aku rela berundur diri. Bukan sebab aku berputus asa atau tidak. Tapi sebab aku sudah tak mampu.

Pelik.
Selepas kata aku tak nak tanda tangan kontrak sambungan dengan Ustazah Pilihan, hati sangat lega. Mungkin terasa satu beban yang besar dah terlepas. Haha. Boleh macam tu?
Aku boleh.

Dan hari ni.
Aku ada meting tergempar dengan semua bos besar. Terkejut tahap dewa. Terasa macam amat dihargai. Tapi keputusan telah dibuat. Aku tidak akan pusing ke belakang. Senyum.

Hmm, sedang berfikir. Apa lagi kerja yang hendak di buat untuk memenuhkan jadual yang ada. Padahal jadual sudah terisi dengan sendiri pun. Haha. Dalam erti kata lain, sudah pun penuh.

Mahu menyelesaikan beberapa kerja sebelum esok menjelang. Sebab jadual esok lagi penuh. Fuh!






Coretan Pinky ;
"Berdebar-debar. 5hb akan konvo. Macam manalah aku saat tu? :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS