RSS

Didi, kamu bakal dapat adik.

Assalamualaikum.

Menaip sambil mata melihat gambar di sebelah.
Aku sebenarnya rindu untuk menatap wajah miliknya. Lagi-lagi bila kami akan disatukan tidak lama lagi. Penangan rindu apakah ini? Jika berjauhan, mungkin rindu semakin membuak-buak. Hanya potret penenang tatkala aku sangat merinduinya.

Hari yang aku tunggu-tunggu akan tiba nampaknya.
Sedang berurusan dengan pihak yang terlibat pasal keluaran anak kedua aku. Ingat kan 2010 Didi dah dapat adik. Tapi dia nak keluar jugak tahun 2011. Senyum..
Tak pe Didi. Jauh sikit jaraknya. Dapatlah kamu bermanja-manja lebih ngan mama. Kan?
Senyum.

Sabar itu indah. Jika kamu mengetahuinya. Senyum.


Kata Uncle Kamarul, InsyAllah Didi akan dapat adik minggu depan, tau. Didi mesti happy kan?
Harap segalanya berjalan dengan lancar. Aku sudah jemu menunggu masa yang tertunggak.
Aku berserah pada Allah semuanya. Harap Dia dapat membantu aku. Senyum, penuh pengharapan.

Kepada Aqeef Aiman,
Kakak kamu, Awliya' Addin ini sudah tidak sabar menunggu kelahiran kamu.
Begitu juga dengan mama. Walhal minggu depan bukanlah tempoh waktu yang lama. Tapi, mama terasa lama untuk menunggu kamu. Harap kamu baik-baik saja di sana. Jangan nakal-nakal sama Uncle Kamarul tau.
Ketawa.

Wah! Sangat teruja. Kenapa ni? Ketawa besar-besar.

InsyAllah. Ia akan berjalan dengan baik dan sempurna.
Aku mesti ingat satu perkara.
Aku merancang. Tapi Allah juga merancang.
Allah lah sebaik-baik perancang. Harap Dia dapat membantu aku menyelesaikan segala kekusutan yang ada. Sangat memerlukanNya saat ini.
Sabar + Tabah lah. Nescaya ada ganjaran yang menanti.
Senyum.






kata-kata seorang ibu ;
"Mama sudah tidak sabar menunggu kelahiran kamu anak ku, Aqeef Aiman. Kakak mu, Awliya' Addin juga begitu.. Senyum. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

FarHa said...

Wahahahah pecah perut gue baca ini enrty!!!!

piNky LuCiA said...

hahahahaha. kenapa? ade orang jeles laa tu. hahahaha