malam ni, selepas balik ke masjid wilayah, sekali lagi aku dan nad bergaduh dengan bos, dalam erti kata sopan, kami bertikam lidah untuk tidak mahu mengikut mereka semua ke teater cuci2 the musical 2. soalan. jawapan. soalan. jawapan. sampai laa kami berdua akur dengan kehendak bos. aduhai.
kalau ikutkan hati dan jiwa ni, kami tak mahu pun ikut. tapi apa nak buat. katanya, kenapa tak cakap awal-awal tak nak ikut. tiket dah booking. dah laa tiket mahal. aku melawan. kata ku, "zura tak tahu menahu pun. kan zura baru sampai pagi tadi." lagi pun badan aku masih lemau dan lenguh serta letih setelah 8 jam dalam perjalanan dari terengganu ke kL. 8 jam berada di dalam bas yang macam pelesit pandu. laju tahap dewa. dewa pun tak bawak bas laju macam tu. (dewa memang tak pernah bawak bas laju, sebab dewa terbang. ambil dari hikayat yang aku cipta.)
lagi satu, badan aku yang sedia panas ni, dah panas 2 macam dah ni. ngan tak larat nya lagi. tapi malas laa plak nak cakap kat sesiapa yang badan macam ni. sebab nanti semua orang bising suh aku makan ubat. padahal, aku dah boring dah makan ubat. asyik kena makan ubat je keje aku ni. so aku pun gagahkan jugak laa.. hehehe.
aku ngan nad sebenarnya bukan tak nak ikut. tapi kami penatla. seharian shoting dan kelas. tetibe waktu malam nak rehat kena pegi tengok teater plak. huhu. disebabkan boring dengar dia orang membebel dan terus membebel, penyudahnya kami ikut je. hmm, buli perempuan namanya ni. hehehe. pergi dalam terpaksa.
tapi tak pelaa.. lagipun masih tak de pengalaman tengok teater. so ni laa 1st time aku tengok teater. lagi 1, tiketnya pun mahal. sebab aku duduk seat depan jugak laa.. kata bos, harga tiket saje dah RM350.00. patutlaa bos aku bising. tiket mahal rupanya. hahaha. aku plak dapat free je. lalala~ (ayat untuk menyedapkan hati yang tengah membara. hahaha) hmm, kenapa tiket teater mahal? aku pun tak tahu.
teaternya best. nak-nak part dorang nyanyi tu. live tu dengar suara dorang semua ni. memang best. nak-nak suara afdlin sauqi tu.. mantap. tapi ceritanya agak meleret-leret. hehe. lambat plak tu habis. aku dan nad balik sebelum habis teater. hehehe.
tepat jam 12, aku balik masjid. hehe. tapi macam mana entah, boleh plak kami sesat. hahaha. macam baru datang kL je gayanya. aduhai. tapi jangan panic. signboard kan banyak. so ikut jela signboard yang betul. nanti jumpa laa tu jalan balik. hehe.
balik, niat hati nak terus tidur. tapi, ade saje yang mengganggu. tak pelaa.. layan jelaa dulu. tapi kalau aku cakap bukan-bukan jangan marah aku.. ampun maaf di pinta terlebih dahulu..
boleh ke mintak maaf sebelum kita buat salah?
Mengandung kali ke-4.
6 years ago