sekarang masa semakin lama semakin singkat.. pejam celik.. pejam celik.. dah pun nak sampai ke kemuncak Imam Muda. hmm.. means.. dah 9 minggu aku menjadi seorang writer di Imam Muda. singkatnya masa. rasanya, aku baru je masuk ke dalam Imam Muda semalam. tapi sekarang dah pun minggu ke-9..
tapi dalam masa yang sama, aku tak sabar nak menghabiskan semua yang ada ini. tak sabar nak ada masa sendiri. tak sabar nak rehat-rehat dan baring-baring atas katil. hehe.
hari ni, sempat juga aku balik kolej. mengangkat barang-barang ku yang masih berbaki di bilik store. hehe. banyak. dan aku tak dapat nak habiskan angkat. sebab aku dah memang hilang tenaga dah. barang aku 7 8 kotak. aku dah angkat 6 kotak. tinggal 2 kotak lagi. yang tak terdaya diangkat oleh ku. tenaga perempuan, banyak mana sangat laa..
Asma tanya; "kenapa tak mintak tolong Asma,"
apa aku jawab? "ala, tak pelah. lagipun sikit je tu,"
padahal barang sangat banyak dan dalam hati, aku memang inginkan kawan-kawan menolong aku. haha. tapi, bila aku fikir balik, takyah laa.. tak baik menyusahkan orang. kalau aku boleh buat, aku buat. lebih baik berhutang budi ngan diri sendiri daripada berhutang budi ngan orang lain. sebab kawan-kawan ni, kekadang ade sesetengah yang suka nak mengungkit. haha.
lagipun, aku selalu ingat mak kata, kita ni orang susah. jadi buat-buat laa sedar kita orang susah. dan sebab itulah yang membuatkan aku menjadi seorang perempuan yang sangat berdikari dan apa yang aku mahu, aku akan usaha kan sendiri.
bukan sombong dan tidak mahukan bantuan. tapi aku ni jenis yang tak boleh terima kalau aku dengan muka tebal dan kesiannya mintak bantuan, tapi orang tak kasik. hahaha. aku mudah kecik hati. alaa.. maklum jela. orang tua macam aku ni, mudah kecik hati. so aku lebih rela buat sendiri dari malu apabila bantuan diminta tapi direject. haha.
adakah itu satu perangai yang buruk?
lepas penat, aku baring je atas katil dan tak sedar time mana aku lena. adeh. penatnya seorang aku. tersedar balik pun sebab aku terkejut sebab aku ade kelas. boleh tak gitu? haha.
lepas kelas, terpaksa bergegas ke Masjid Wilayah. untuk apa? untuk keje laa.. namanya pun lagi keje+study. so itula rutin seharian ku sekarang. dan aku perlu cari masa lagi untuk balik ke kolej, untuk kemas apa yang patut. angkut apa yang patut, ambik apa yang patut. semua yang patut-patut je...
nampaknya, malam ni terpaksa tidur lewat lagi. sebab banyak keje yang perlu dibereskan oleh aku. =) harap semua perjalanan jadi lancar sampai minggu final Imam Muda..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago