bila dah biasa kerja macam ni, dari jam 10am sampai 10pm, bila ade cuti, terus tak tahu nak buat apa. buntu. betul laa kata mak, ayah dah biasa bekerja, kalau duduk diam, macam tak selesa.. mesti nak jugak bekerja. itulah yang aku alami sekarang. bila cuti mesti boring. tak senang nak duduk.
tapi kalau cuti, ade orang yang tersayang, mesti tak boring dan best.. huhu.. tapi apa kan daya. tak de kesempatan.. huhu.
kul11pagi, ku hantar semua crew dan budak-budak serta skrip writer lelaki naik bas untuk out ke Johor Bharu. rasa sedih pun ada. tak tahu kenapa. may be nak kena tinggal. dan dikesempatan yang ada, aku sepatutnya dapat rehat. tapi macam tak tahu laa plak nak rehat kat macam mana. haha. dah biasa dengan orang ramai, sekarang tinggal aku ngan Nad, aku rasa macam pelik laa plak.. ish3..
kul2petang..
masa berlalu dengan cepat. sepantas kilat. sedar-sedar, hujan dah lebat. baru je tidur 1 jam. haha. seronok laa plak tidur hujan-hujan macam ni. dah lama tak macam ni.. hmm, kan best kalau cuti-cuti gini, dapat dating. haha. berangan!
selamat pengantin baru untuk Taufek. Semoga hubungan yang di bina, akan dirahmati oleh Allah dan berkekalan hingga ke akhirnya.
walaupun aku tak dapat pergi, tapi rehat itu sebenarnya men'tension'kan aku. sebab kena tunggu orang yang cakap nak datang. alih-alih tak datang-datang sampai laa hari isnin pagi. hari isnin, bos tak bagi cuti ke, bagi ke.. aku tak kira, aku nak cuti..
kekadang mengambil risiko itu berbaloi.. hehe..
so akan ku ambil risiko hari isnin ni.. maaf kan zura ye BOS.. hehehe.. mata aku dah jadi macam ni @_@ itu tandanya aku rindu.. dan cuti akan di ambil.. lalala~
Mengandung kali ke-4.
6 years ago