melihat bintang yang berkelipan seorang diri semalam, mengingatkan aku banyak kisah dulu. kisah yang sangat aku suka. kisah bahagia tiada duka. dan kisah itu juga aku semat dalam-dalam ke sanubari ku ini. aku tersenyum.
sebentar kemudian, air mata ku mengalir perlahan. ku betul-betul rindu saat dulu. saat bahagia, tiada duka dijiwa. saat senyuman ku mekar. saat gelak tawa ku bermakna dengan jenaka yang disampaikan. kini, ia hilang sedikit demi sedikit.
aku sebenarnya rindu. ya, aku mengaku, aku rindu.
ku panjatkan doa di dalam solat ku, agar aku kuat. agar aku tabah. dan tunjukkan aku jalan supaya aku tahu, apa yang perlu aku buat. dan agar kasih sayang yang tersisa ni teguh seteguh gunung himalaya..
dan aku tahu, hati ni akan terus teguh untuknya. walaupun apa pun badai melanda.. kerana alasannya hanya satu, hati ku sudah dicuri olehnya.. dan hati itu sudah tiada pada ku.. dan aku nak dia tahu, tiada yang lain buat ku, hanya pada nya..
percayalah.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago