kerja dalam production, kekadang membuatkan aku tension, pening, tak faham. dan macam-macam rasa. kekadang sesama sendiri pun terpaksa bergaduh. kenapa perlu bergaduh pun aku tak faham. kekadang benda kecil pun nak gaduh.
tapi kekadang best pun ade jugak. yang paling best, bila satu-satu episod telah berjaya di tayangkan dengan jayanya. masa tu, satu perasaan yang puas bersemadi dalam hati. betapa aku berbangga dengan diri sendiri pun ada. haha. tapi kalau tak de kerjasama dengan semua team writer, mesti tak berjaya. thanks writer semua. =)
dalam kehidupan bekerja seharian, aku dapat jumpa banyak ragam orang. macam-macam orang yang aku jumpa. ada orang dengki. ade orang very positive thinking. ade orang yang selalu negative thinking. aku sendiri? kekadang positive. kekadang negative. tapi aku berusaha untuk berfikiran positive.
kekadang dalam kehidupan bekerja, lumrah laa kalau ade orang nak jatuh kan kita. sebab hidup dalam dunia ni kan hidup bermasyarakat. tak semestinya semua orang suka kamu. so kamu kena laa faham. dan cuba bertolak ansur dengan baik.
aku selalu pesan pada diri sendiri. cuba berlebih kurang dan bertolak ansur. tapi kekadang, aku jugak gagal membuat apa yang aku pesan. tapi biasalaa manusia. bukan sempurna. kekadang kita lupa diri. tapi sebaiknya, kita ingat siapa diri kita. =)
tapi aku sangat berharap, aku tak kan lupa diri dalam kehidupan bekerja. sebab sombong dan lupa diri tu, akan membuatkan kita makin jauh ngan Allah. aku sangat berharap, aku tak kan menjadi seorang wanita yang sombong dan tak ingat siapa diri aku.
ingat apa yang mak pesan. ingat apa yang ayah pesan. ingat semua. pasti aku selamat. yang penting, apa yang mak pesan, apa yang ayah pesan, sama dengan apa yang Allah mahu.
landasan syariat tu penting dalam kehidupan seharian. kan?
Mengandung kali ke-4.
6 years ago