menangis.. memang itu hobby aku. haha.. aku pun tak tahu sejak bila aku suka sangat menangis. masa ketawa pun aku boleh nangis. masa sedih lagi laa.. masa terharu, itu mesti. masa nak marah, orang kebanyakannya akan marah sesiapa saje. tapi aku, menangis je keje nya.
aduhai. adakah aku memang perempuan sejati? haha. perempuan dengan air mata.. hehe.. tapi aku tekankan.. aku tidak mengumpan lelaki dengan tangisan ku ye.. kerana mak cakap, kelembutan lebih power dari tangisan. haha.
so, jangan kamu menangis banyak-banyak depan lelaki. nanti diorang meluat. hehe.
hari ni, kerana perkara yang tak munasabah, air mata aku jatuh. aku menangis semahu-mahunya. sakit hati, geram, nyampah.. semua ade. aku pun tak tahu mengapa aku terlalu sensitif. terlalu emosional. tak macam selalu. biasanya aku tak kesah. apa nak jadi, jadilaa.. tapi hari ni, kerana perkara yang kecik pun, air mata ku jatuh. dah laa lama plak tu..
air mata ni macam tak nak berhenti. tak nak diam. ia mengalir dan terus mengalir tanpa aku pinta. bukan aku pohon ia mengalir. tapi perasaan ini seolah-olah memahami bahawa saat itu aku sangat geram. geram segeramnya.
cerita nya bermula saat aku bangun seawal 6am. mandi. iron baju. penuh semangat untuk ke kuliah.
jam 1130am. aku keluar seperti biasa sebab nak kena tunggu bas.. bas biasalaa.. pengangkutan awam.. memang laa lambat sikit. tapi sabar jelaa.. huhu. sambil aku menunggu, aku membaca.. bukankah membaca itu baik dan digalakkan oleh kerajaan Malaysia. hehe. aku memang patriotik. haha.
sms masuk tepat jam 1205pm. aku baca. nad tanya.. tak nak datang kuliah ke? ku reply. bas tak datang lagi. dah 35minit saya tunggu.
aduhai... tak kan aku nak tunggu sampai 2 jam baru nak ade bas. detik hati aku. memang dah geram ni. nak marah. nak menangis. semua ade ni. hmm.. aku tak fikir, manje nya aku ni..
sejam menunggu bas.. aku dah tak tahu nak marah kat siapa. aku menangis. semua orang yang ngah tunggu bas.. memang perasan aku nangis. aku kira. aku macam biasalaa.. aku tak heran dah kalau aku nak nangis. time tu jugak aku nak nangis. tak peduli siapa yang ade kat tepi aku. tak peduli siapa yang ngah tengok aku. haha. memang sengal.
so aku nangis la.. hehehe..
kuliah pengantar usul dah tertinggal. sebab kuliahnya jam 12-1pm. bas datang jam 1pm. so see.. bape lama aku tunggu??? sejam setengah.
masuk kelas, air mata tak nak lagi berhenti. aku malu sebenarnya. tapi air mata aku memang tak nak berhenti. aku dah puas pujuk hati. tapi air mata memang degil. tetap keluar dan keluar. jam 130pm baru ia betul-betul berhenti mengalir. itu pun masih bersisa. huhu
semua orang tanya. semua orang nak tahu. semua orang macam pelik. kenapa ni. kenapa menangis. kenapa? haha
rasa nak ketawa pun ade. sebab tak semahunya aku nangis. hihi. memang ngok laa plak aku hari ni. huhu.
aku cakap perkara sebenar. tak kesah laa apa orang nak cakap. rahman ngan hadi cakap.. alahai.. manje nya.. azhar ketawa.. yna plak kata, aku comel.. sebab menangis sambil ketawa. aku pun nak tergelak kan diri sendiri. apasal laa aku manje sangat ni? huhu.
tapi lepas sejam menangis.. aku rasa sangat lega. rasa macam terluah semuanya. haha. memang menangis pengubat hati yang sakit.
tapi itu bagi aku laa.. aku tak tahu korang rasa apa bila menangis. sebab biasa nya lelaki tak mahu menangis dan sebolehnya tak nak menangis. kata diorang tak macho.. tapi kata aku.. aku tak kesah lelaki nak menangis. sebab tangisan tu hak milik semua orang. apa salahnya lelaki menangis kalau dia tak boleh nak luahkan apa yang terbuku kat hati dia. aku memang sarankan lelaki menangis kalau diorang nak nangis. hehe. meh nangis kat aku meh.. lalaa~
tangisan tu dicipta tanpa ade bias.. sesiapa saje boleh menangis. sebab ia adalah pengubat hati yang duka..
siapa setuju? =p
Mengandung kali ke-4.
6 years ago