kekadang kita tahu, masa kita kian suntuk. tapi kita masih berdegil. masih main-main. masih jugak berkeras hati tidak mahu berganjak. tapi masa makin menghampiri. makin menyesakkan. makin dekat.
hmm.. dan aku tahu, sekarang dah minggu ke 10. masih berbaki lagi 4 minggu. untuk semester ni. semua persiapan harus dibuat. semua persediaan harus dikemaskini. sebab exam akan muncul tiba tak lama lagi.
tapi bersediakah aku?
jawapan otak.. macam tak je.
jawapan hati.. tak sedia.
bibir.. mengatakan.. aku masih tak sedia.
semua menyatakan yang negetif.
tapi ade sesuatu perkara yang pasti.. nafsu.. alaa.. releks la.. awal lagi..
adeh...
ikut rasa nafsu, binasa laa diri ku..
kerja makin banyak. lappy pun kekadang demam kekadang sihat. data, kekadang ade sempat save. ade yang tak sempat. yang tak sempat.. apa reaksi aku? malas laa aku nak buat balik. so aku biarkan saje.
akibatnya kerja ku terbengkalai.
aku perlukan lappy baru. tapi tunggu laa dulu. sebab duit ku tepu. tak berganjak-ganjak dari kocek ku..hahaha. sebab mak kata, kalau tak de duit, jangan cakap kat orang yang kita tak de duit. sebab bila kita cakap kita tak de duit, kita susah hati. bila susah hati, kita tension. bila tension, kita cepat tua.
so apa rahsia awet muda ku ini? rahsianya.. senyumlah selalu.. hihihi..
dah laa.. malas nak merepek lagi. nak buat keje. sebab banyak dah ni yang terbengkalai sebab aku malas nak buka lappy sendiri yang demam.
p/s: terima kasih atas ehsan Pija a.k.a fiza_zaza.. kerana memberi aku menggunakan lappy nya.. cayang fiza.. hahahaha
Mengandung kali ke-4.
6 years ago