semalam..
MAK fasa II.. dinner anjuran kolej.. aku macam tak de semangat nak pegi. aku nak pakai skirt and blaus yang biasa aku pakai je.. tapi kengkawan tak kasik. kata dorang, blaus tu dah selalu aku pakai. haha. aku tak kesah pun. dorang plak yang kesah. pelik plak aku.
terima kasih untuk pija zaza kerana bersungguh-sungguh mencari baju-baju yang cantik-cantik untuk aku. mulanya, ade orang yang baik memberikan baju nya pada ku. hmm.. kena pakai inner laa plak.. baju nya.. macam budak-budak muda zaman sekarang.. sesuai laa ngan tema nya, red karpet. baju nya dah lengkap. puteh pink. aku memang suka.
tapi jauh di sudut hati aku, aku tak sanggup nak pakai. memang bagi orang lain, ia nampak biasa, nampak elegent. nampak ok. tapi bagi aku, ia terlalu seksi. inner untuk aku pakai di dalam. bukan diluar. jadi, aku sedikit down. baju tak ku iron. aku hanya berbaring dan termenung.
jauh di sudut hati, aku berdoa.. "Ya Allah, hantar laa pada ku baju yang elok sikit pada pandangan ku. dan jauhilah aku dari perkara yang mak aku tak suka."
akhirnya...
terima kasih kepada Adik. kerana menghantar sepasang baju gaya muslimah untuk ku. colour kegemaran aku plak tu.. oren.. =)
dan sekarang aku tahu, Allah masih menyayangi aku. dan aku masih lagi waras dan dapat berfikir dengan baik. haha. dan sekarang aku tahu, teruknya aku sebagai ustazah, tak dapat nak buat keputusan dengan baik.. huhu
hari ni pun masih tak de semangat nak buat apa-apa.. keje yang aku buat pun.. ngan penuh tak semangat.. dahla banyak keje yang perlu aku siapkan dalam waktu terdekat.. ish3... tak tahu nak buat yang mana satu...
hmm.. aku kena siapkan semua keje sebelum waktunya.. kerana akan datang, banyak lagi keje yang aku patut buat. jadual full.. sampai akhir bulan 3. nak date pun tak sempat. sory.. huhu
berlegar hal semalam lagi.. biasanya aku laa manusia yang sangat suka bergambar.. tapi semalam, aku tak bergambar sangat pun. hmm.. may be aku tak punya apa-apa menyebabkan aku malas mahu mintak pinjam camera dari orang or mintak orang ambil kan gambar ku... sebab malas laa plak aku nak semakkan muka aku dalam camera orang. haha. sebab utama, aku sebenarnya kurang suka sesiapa tag gambar aku kat FB. kalau gambar yang elok. menutup aurat. senonoh. oklaa.. kalau gambar yang tak senonoh.. kecewa pun ade.
mungkin aku bukanlah manusia yang baik. tapi tak kan aku nak tunjuk semua yang tak baik pada semua orang. agak-agak la. lagipun, aku try jadi yang terbaik untuk diri aku sekarang. kekadang memuaskan hati orang, seronok jugak.
adakah aku sudah bosan dan ingin kembali pada kehidupan yang dulu. ntah.
so kesimpulannya.. MAK fasa II semalam, tak mengembirakan hati aku. aku banyak berdiam dari berseronok. huhu. tak tahu kenapa.
sampai sekarang aku masih fikirkannya.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago