RSS

Perlu cepat + tangkas dan lebih agresif. Ketawa.

Assalamualaikum.

Salam banyak kerja kepada sesiapa yang banyak-banyak-banyak kerja seperti aku. Ketawa. Kepada sesiapa yang tak de kerja, sila main jauh-jauh. Senyum.

29March2011.
Tinggal seminggu lagi. Dapatkah aku menyiapkan semua silibus IM dengan baik? Meeting tempoh hari pun, buat aku pening. Orang ni, nak macam ni. Orang tu, nak macam tu. Tapi terpaksalah mengikut semua kehendak mereka. Bukan aku yang nak mengajar IM. Ketawa.

Andai masa boleh di tambah dari 24jam/hari menjadi 100jam/hari, cukupkah masa aku? Ketawa.


Masa yang semakin suntuk menyebabkan aku hanya menaip separuh di blog ini dan aku tekan butang save. Bukan butang publish. Alah. Bukan ada sesiapa yang peduli pun kat blog aku. So, nak kesah apa kalau aku tak update pun. Ketawa.

Demam.
Ya. Aku baru je baik dari demam. Demam kali ni, agak lama untuk sembuh. Hampir 4 hari juga aku terasa lemah longlai. Biasanya hanya 2 hari.
Bonda cool kata, "itulah kamu, kerja kuat sangat. Lain kali, bawak-bawaklah rehat jugak."
Aku gelak.

Buat bonda tersayang,
"Bonda, bagaimana harus aku berehat, jika kerja ku sangat banyak yang terbengkalai? Jika aku berehat, siapa yang akan menyambung kerja ku saat aku rehat. Tak pe, bonda. Kamu jangan risau akan anak mu. Aku akan jaga diri sebaik-baik mungkin sebelum saat yang sepatutnya terjadi. Senyum."

Aku tahu, bonda sangat sayangkan aku. Senyum.





nota kaki :
"Perlu berhenti menghadap blog. Aku sudah lapar dan mahu sambung buat kerja. Senyum kelaparan tahap dewa.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 comments:

hana devushka said...

kasihan kamu. letih ya?..mai nak tlg buat sket keje tu..huhu~

Henry Zackery said...

kamu demam ye ?? rehat la dulu.. makan ke.. jangan paksa sgt diri tu bekerja.. sesekali kena rehatkan badan.. ok :)

10 Remaja Popular Dunia

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
yok gua belanja kfc

Unknown said...

hoo..ko demam ek..aku dah lame dah tak demam..makan bertaon taon jgk..bimbang gak aku ni

Henry Zackery said...

x update blog lg ke?? T__T

Teka Gambar Kembali Lagi

piNky LuCiA said...

cik hana..
Yup letih. Mehlaa tolong. hehehe. kecik tapak tangan, padang golf i tadahkan.. hehehe

piNky LuCiA said...

henry..
biasalah skrg memang musim demam. dah rehat. tp asik fikirkan keje yg menimbun la plak. hehehe.

TQ utk nasihat kamu.. ;)

piNky LuCiA said...

brutal..
kfc time demam xsedap.. huhuhu

piNky LuCiA said...

uncle jiji...

hmm.. sama macam ayah aku. sekali demam 1 bulan... dah 5 6 7 tahun xdemam.. huhu..

sian mak aku yang menjaganya.. sian jugak kat ayah yang menggigil kesejukan..