RSS

Rutin kembali ke asal.

Salam bahagia dan salam hebat-hebat semua.


Setelah lama berehat dan menanam anggur yang buahnya tidak juga masak hingga ke saat ini, aku mula dengan rutin baru. Busy menyelesaikan semua perkara. Baik busy dari diri berada di dalam bilik, memikirkan semua perkara yang sangat menyesakkan minda. Malas mahu ingat orang. dan malas mahu memikirkan semua perkara yang tidak patut-patut. Ketawa.

Sekarang.
Mahu menyiapkan silibus Imam Muda sesion 2. Melihat buku yang banyak menimbun, membuatkan aku rimas. Banyaknya lah Imam Muda sesion ni nak belajar. Ketawa. Memang patut pun. Kerana mereka bakal imam. Jadi, mereka perlu tahu semua ilmu yang ada. Biar mereka susah. Senyum jahat.

Tak pe. Jangan bimbang wahai Imam Muda sekalian.
Kamu adalah insan yang terpilih. Jadi perkara yang aku mahu letakkan di dalam buku ini, hanyalah sedikit cebisan ilmu yang telah kamu belajar. Bersedialah mengaplikasikan ilmu itu nanti. Ketawa.

Tuan Asmawi adalah bos yang baik. Senyum.
Meeting bersamanya, tak sedar masa berlalu. Ok. Siapkan apa yang patut-patut. Kerana aku tidak punya masa sekarang. Hmmm, macam tak cukup je masa ni... Takpe. Cuba sebaik mungkin. Senyum.

Harap dapat segera menyiapkannya.






kata hati ;
"Seronok jugak kalau asyik fikir pasal kerja. Takyah susah-susah nak fikir benda lain."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: