RSS

Masa yang tak pernah cukup.

Assalamualaikum.


Keadaan diri semasa aku menaip : Penat + Sakit badan.
Aku memang penat sejak dua menjak ni. Bertambah-tambah penat bila banyak sangat kerja yang datang menimbun dan semuanya nak urgent.

Lecturer cakap; Urgent.
Bos cakap; Urgent.
Orang tu cakap; Urgent.
Orang ni cakap; Urgent.
Nasib bonda tak cakap urgent. Kalau tak, mahu giler jugak aku ni.

Keadaan tangan ketika ini ; Menaip ngan laju.
Keadaan mata saat ini ; tak boleh nak bukak. Mengintai jam di tepi. Baru jam 930 malam. Wah. Mata dah nak tertutup.

Butang publish di abaikan.
Tekan butang save.
Lain kali lah aku publish. Tak tahu apa yang aku tulis. Haha. Ketawa dalam mata yang tertutup separuh.






nota otak :
"Sejak dua menjak ni, selalu je aku mengantuk jam 9malam. Ish3. Penat yang teramat lah tu. Banyak sangat ke keje nya. Huh! Allah je yang tahu betapa aku tak sempat masa. dan aku perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan semua yang datang."

Pertanyaan hati :
"Ada tak masa kecederaan dalam hidup ni? Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: