Jam 6.00pagi.
Asma dan Qilah sampai di Putra membawa Aqeef bersama. Menjemput ku untuk balik ke Kolej kediaman tercinta. Baru beberapa hari aku meninggalkan kL. Tapi sudah menimbun kerja yang harus aku bereskan bila sampai di sini kembali. Terasa mahu bercuti lagi. Menghilangkan penat yang ada di dalam diri.
Jam 10pagi.
Kuliah Mikro Teaching BA adalah tepat jam 9.30pagi. Tapi jam 10pagi baru aku sampai. Arrgghh.. Sangat penat dan terasa tidak mahu menghadirkan diri ke kelas. oh.. Allah sahaja yang tahu betapa otak aku penuh dengan huruf T.I.D.U.R. Ketawa sekuat hati. Mengilai barangkali. Senyum.
jam 3.00petang.
Harus mengajar kelas tusyen yang diamanahkan pada ku.
Sementara aku ingin menjadi guru, apa salahnya aku menimba pengalaman sebanyak mungkin untuk aku bawa ke sekolah nanti.
Rutin aku seharian, adalah sangat padat. Mungkin ia patut dipanggil penuh. kekadang sehingga malam aku terpaksa ke sana dan ke mari. Inilah yang dinamakan hidup. Perlu mencari sendiri semuanya jika usia telah meningkat dewasa dan semakin tua. Senyum. Tanggungjawab pula semakin lama semakin berat yang harus dipikul.
Kepenatan semalam, masih tidak lagi hilang.
Bukan sahaja penat. Malu + ketar lutut + tidak tahu apa yang harus dilakukan + nervous + senyum tidak senyum = perasaan yang bercampur baur yang aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lontarkan keluar.
Yang aku tahu, aku sangat lega sekarang. Gembira juga. Senyum.
nota tangan :
"Alhamdullillah. Akhirnya, Senyuman ini sudah bertukar kuntumannya. Memutikkan kuntuman baru yang akan mekar tidak lama lagi. Senyum penuh bahagia."
0 comments:
Post a Comment