Salam Ahad kepada semua.
Sedang berehat-rehat atau membawa family atau aweksss bersiar-siar?
Ketawa.
Situasi aku saat ini : Sedang termenung.
Otak aku serabut. Jiwa aku kacau. Banyak sangat kot "setan" yang datang memberi nasihat dan sedang memujuk rayu. Menyebabkan aku ada saja perkara yang menyebabkan aku mahu marah. Senyum untuk meredakan segala kekusutan yang ada.
Kerja.
Banyak. Bertimbun-timbun. Tidak menang tangan untuk melakukannya. Dan kekadang aku sendiri confuse yang mana satu perlu aku dahulukan. Ketawa. Memang macam tu ke kalau perempuan banyak keje. Senyum simpul.
Minggu depan.
Mahu berjumpa adik-adik dan family. Eh, bukan minggu depan. Jumaat ni.
Sekarang kekerapan untuk balik kampung bertambah. Ketawa. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa aku kerap sangat balik kampung. Senyum. Makin ingin aku menamatkan pengajian ku, semakin kerap aku pulang ke kampung. Ada apalah yang membuatkan aku ingin pulang ke kampung sekerap yang mungkin. Ketawa. Ntah. Malu-malu kucing plak.
Mak, Ayah, Adik-adik.
Ya, mereka ada di kampung. Kalaulah kampung aku dekat, tiap-tiap minggu aku balik. Terasa ingin menolong mak mengemas rumah. Kesian emak sorang-sorang di kampung. Sayu laa plak hati ni. =S
Adik-adik yang sudah semakin besar. =) Terutamanya yang bongsu itu. =p
Senyum.
Keindahan kampung. Kemesraan adik-adik. Senyuman ayah dan mak. Oh, sungguh aku mahu pulang sekarang. Ketawa sedih.
Kekerapan aku pulang ke kampung adalah berselang 2 minggu. Ketawa.
Kerapnya. Kerja giler. Kalau tidak dapat membawa Aqeef pulang, aku akan mintak khidmat pemandu berbayar rm40.00 perjalanan sehala. Hehe.
Aqeef, anakku.
Takpe kan. Kalau mama tinggalkan Aqeef sebentar. Mama masih berfikir mahu membawa Aqeef pulang atau mama pulang bersama kakak sahaja. Aqeef jangan sedih sebab mama bawak kakak je balik. Senyum. Nanti sampai giliran Aqeef balik, kita balik sama-sama yer. Sayang anak mama. =)
nota hati ;
"Bersediakah aku? Aku tidak ada jawapannya sekarang. Termenung sambil menongkat dagu."
4 comments:
yeyeye..aku minggu depan dah cuti sekolah..tapi keje banyak gak..
wah.. aku nak cuti jugak. tapi... lambat lagi. akhir bulan 4 ni baru cuti. huhu
kerap pulang ke kampung?..i2 petanda yg baik..ada sesuatu akan berlaku?..hehe~
cik Hana...
kamu diam.! hahahahahaha. tidak ada2 yang istimewa lah. tapi aku suka. hahahahaha.
Post a Comment