RSS

Aku bukan ingin mentigakan kamu. Aku terpaksa.

Assalamualaikum.


Pernahkah kamu rasa, ada malang bertimpa-timpa ke atas kamu?
Itu bukan malang, itu adalah ujian dari Allah buat kamu supaya kamu tahu, Allah selalu ingat pada kamu dan selalu mahu kamu juga ingat padanya.

Sabar.
Ya. Aku memang sedang bersabar. Sabar yang teramat-amat sabar. Haha. Puji diri sendiri.

Keadaan diri kala ini : Pening sambil mengerut-ngerutkan kening.
Ya. Sedang pening memikirkan kenapa hp aku ini demam kah dia? Atau sakitkah dia? Mahu dikatakan simkad yang rosak, aku sudah menukar simkad baru dan masih lagi tidak dapat berfungsi dengan baik. dan hari ini, aku dengan jayanya, memutuskan untuk menggantikannya dengan yang baru. Senyum.

Maaf yer.
Aku bukan ingin mentigakan kamu. Tapi aku terpaksa. Tapi jangan bimbang. Aku akan mengantung kamu di dinding, supaya aku selalu nampak kamu di sisi ku. Cheeeewah. Ketawa.

Memang benar kata orang hp adalah alat komunikasi yang amat-amat diperlukan di zaman sekarang. Kedua-dua hp, terpaksa aku rawatnya. 1 di wad jagaan rapi selama seminggu. dan 1 lagi, di tanah perkuburan. Huhu.

Dan aku terpaksa membeli hp baru untuk menggantikan yang sudah tiada. Kata pepatah, patah tumbuh hilang bergantikan. Ketawa.

Hp ku sayang, Aku bukan ingin mentigakan kamu. Aku terpaksa.






nota tangan :
"Hp itu adalah pemberian seorang guru sempena aku memperolehi pointer 3.5 semasa aku di tahun 1 dulu.. 1 pemberian yang sangat-sangat aku hargainya. Terima kasih, cikgu.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: