RSS

Antara Ustaz dan Hakim, mana kamu pilih?

Salam penuh mesra sambil tersenyum manis kepada semua.


Mood : Mengharapkan en. Hati dapat memilih dengan baik.
Siang tadi, panggilan dari nya ku jawab dengan penuh semangat. (Bukankah selalunya begitu?) Ketawa. Katanya result SPA telah keluar. Dan dia adalah salah seorang yang berjaya mendapatkan jawatan yang dipohon itu. Pegawai Syariah = LS41 = Hakim. (betul ke? Ntah. Rasanya dah betul sebutan tu. haha. Senyum simpul.)

Aku tidak tahu untuk mengulas dengan baik.
Dan aku juga bukan seorang pengulas yang baik. Aku akuinya. Tapi jika ditanya apa pendapat ku, antara menjadi seorang Pegawai Syariah a.k.a Hakim dan menjadi seorang guru tahfiz + arab, aku pasti aku tidak dapat memilih dengan baik. Kerana kedua-dua jawatan itu sangat baik untuk aku pilih.

Ya. Aku akui, aku sedikit failed di dalam bab memilih. Ketawa.
Tapi, jika difikir-fikirkan, mungkin aku memilih untuk menjadi guru tahfiz + mengajar bahasa arab. Kenapa dan mengapa? Pendapat ini, bukan terjadi kerana aku adalah seorang bakal guru. Tapi ia adalah pendapat semata-mata. Tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.

Pertama.
Menjadi seorang guru adalah tugas yang mulia.
Untuk menyampaikan ilmu bukan semua orang dapat melakukannya. Tidak semua orang ada bakat untuk menjadi guru. Aku tidak menunding jari kepada sesiapa. Tapi untuk menjadi seorang guru, ia adalah anugerah semulajadi. Jika dia tidak dianugerahkan oleh Allah dengan bakat seorang guru, mungkin dia mempunyai minat menjadi seorang guru. Barulah dia akan menjadi seorang guru yang baik.

Adakah en. Hati mempunyai bakat atau minat?
Aku bukan ingin memuji kamu. Kalau kamu dapat menjadi fasilitator yang terbaik, bukankah kamu juga akan menjadi guru yang baik?

Ok. Berbalik kepada tugas guru yang mulia. Ya. Sangat mulia aku kira. Kenapa? Kerana tak semua orang dapat melakukannya. Ia adalah amanah yang berat yang hanya segelintir sahaja dapat memikulnya.

Kedua.
Menjadi seorang guru, pahalanya akan berterusan hingga ke akhir hayat.
Contohnya, Jika kamu mengajar pelajar kamu, dan pelajar kamu menyampaikan kepada anak nya. Anaknya juga semestinya akan mempunyai anak. Jadi anak nya mengajar kepada anaknya. Bayangkan berapa banyak pahala yang mengikut kamu, jika ilmu Allah itu terus berkembang kerana kamu?
Bayangkan.

Ketiga.
Guru tidak glamour.
Aku tidak suka hidup dalam glamour. Aku boring semua manusia memerhatikan semua pergerakan ku. Aku bosan manusia mengambil tahu tentang rutin harian ku. Aku jemu untuk berdepan dengan manusia yang suka menjadi tepi kain orang. Jika menjadi seorang guru, hidupnya tidaklah se'glamour' menjadi seorang Hakim.

Keempat.
Guru hidupnya simple.
Maksudnya, tidaklah kompleks dan memerlukan pemerhatian yang umum. Cuma perlu kreatif dari semasa ke semasa. Dapat hidup dengan aman dan sentosa dan dapat menikmati hidup bekeluarga dengan baik.

Kelima.
Sebenarnya, aku sudah penat menyenaraikan banyak sebab. Mungkin kamu boleh menyenaraikan sendiri semuanya. Senyum.

Aku sangat berharap, en. Hati dapat memilih yang terbaik di antara yang baik.

Kamu,
Aku akan selalu menyokong kamu, walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Sama ada kamu memilih apa sekali pun. Bidang apa sekali pun yang kamu lalui. Aku tetap akan berdiri disebelah kamu. Dan aku tidak sekali-kali akan membiarkan kamu sendirian. Pilihlah yang mana yang terbaik antara yang baik. Aku akan menerima segala yang kamu putuskan.

Dan ingat sayang, jika kamu sudah memilih salah satu daripadanya, kamu tidak boleh memandang ke belakang lagi. Dan kamu harus meneruskan langkah kamu walaupun ia sukar. Sekarang, kamu punya masa untuk memilih. Pilihlah yang terbaik. dan istikarah lah, memohon petunjuk kepada Allah. Kerana Allah ada segala petunjuk yang kamu mahukan sayang...





nota hati ;
"Hati sangat bimbang dan berdebar-debar menanti keputusan kamu. Sabarlah wahai hati. Bagi dia putuskan sendiri tanpa sebarang desakan. Yakinlah, dia pasti tahu apa yang dia lakukan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

hana devushka said...

pesan dekat en. hati 2 suruh solat istikharah la..^_^

piNky LuCiA said...

dah pesan dah.. hehehe. tapi tak tanya pun perkembangan dia macam mana. hahaha.