Kawan, aku harap kamu tabah.
Kerana aku tahu, kamu sangat kuat di mana jua kamu berada. Senyum.
Kawan.
Manusia memang macam tu.
Sebenarnya orang yang punya sifat dengki di dalam dirinya, sangat susah untuk kecapi bahagia. Mana tak nya, dia asyik nak jatuhkan orang je. Sampai dia sendiri lupa untuk memikirkan tentang kebahagiaan diri sendiri.
Bahagia itu luas, kawan.
Sesiap pun boleh mengecapi indahnya bahagia itu.
Malangnya.
Hidup yang sementara ini, dia isi dengan sifat hasad dengkinya. Oh, sungguh rugi dan betapa dia mensia-siakan masanya untuk semua sifat yang tidak menjamin apa-apa untuknya itu. Senyum kelat.
Hati-hati kawan.
Kekadang orang yang terdekat adalah musuh kamu.
Dia akan tikam kamu dari belakang jika kamu tidak bertindak untuk melawannya kembali.
Tapi, kamu mesti ingat satu perkara.
"Allah tidak akan menganiyai kamu jika kamu pasrah pada ketentuannya dan tidak berputus asa dalam mengharapkan rahmatNya. Allah selalu ada dekat dengan kamu."
Kawan, tabahlah kamu.
Aku hanya tahu menasihatkan.
Mungkin aku juga kekadang tidak berdaya melalui ujian yang menimpa. Tapi aku mengharapkan secebis ketabahan ada menemani aku dan juga kamu.
nota hati :
"Allah itu Maha Adil. Dia tahu segalanya yang terbaik untuk kamu. Jangan bimbang. Senyum."
0 comments:
Post a Comment