Keadaan sekarang bertambah busy-busy-busy. Tak sempat nak fikir apa-apa melainkan menyiapkan semua kerja yang ada.
Balik kolej hari dah gelap. Basuh muka, gosok gigi, bersiap apa yang patut dan tidur. Itu kalau balik tak terus baring. Kalau balik, terus baring, comfirm terlelap dan tak buat apa-apa dah. Pagi esok baru sambung basuh muka and gosok gigi. Ketawa. Tak senonoh betul bila aku terlalu penat.
Tapi, satu perkara yang membuat aku lega.
Aqeef dah mandi dan dah hensem macam papa dia. Senyum. Tak perlu lagi aku risau ke apa. Tak perlu risau Aqeef comot. Minyak kat badannya tak tanggal atau lain-lain yang melekat kat badan Aqeef. Fuuuhhhh. Menghembus nafas lega. Ketawa.
Ni haa, uncle JIJI YU. si Aqeef yang baru siap dimandikan oleh mamanya.
Uncle mintak nak tengok kan? Salam perkenalan dari Aqeef Aiman. hehehe.
Hal kedua yang sudah disiapkan.
Adalah sudah menyiapkan apa-apa yang perlu difotostat untuk silibus Imam Muda. Senyum. Banyaknya nak kena buat. Tapi tak pelah. Bukan aku nak kena belajar pun. Lalala. Tapi bila aku yang menaip dan menyiapkannya, pastinya dengan tidak sengaja, ilmu itu meresap kembali. Bagus jugak buat silibus ni. :)
Hal ketiga, keempat, kelima dan seterusnya...
Sangatlah banyak lagi. Hmmm, aku harap semuanya berlalu dengan baik.
Satu perkara lagi.
Tiket belum dicari lagi untuk balik ke kampung. Mesti cari orang yang sanggup menemani aku ke putra untuk membeli tiket. Senyum jahat. Siapakah yang akan menjadi mangsanya. Hahaha. Ketawa jahat.
Tambah satu hal lagi.
Tudung oren.
Pun belum dicari. Degil betul en. Hati. Nak jugak kaler oren. Aku beli kaler pink, dia nak jugak kaler oren. Hisshhh. Tak pelah. Dengar cakap en. Hati kali ni. Kali ni je sayang tau. Ketawa manja. lalalala~
Mahu bersiap untuk ke kelas.
Aqeef pun perlu di manja-manjakan dulu sebelum ke kelas. Tak nak Aqeef comot je. Susah jugak ade anak yang manje ni. Hahaha.
nota hati :
"Tetiap hari, selepas aku bangun tidur, hati ni, mesti berdebar-debar hingga ke tengah hari. Apakah ini petanda yang baik akan terjadi kepada ku? Hmmm. Sungguh aku tak mengerti. Senyum kelat."
2 comments:
Aku mati3 ingatkn Aqeef tu nama budak..nk kata ko ader anak, ko xkawen agi..tp xknlah ko ambik anak angka...huhuhu~
Bengang kepala aku memikirkn!
Sampailah aku jumpa entry ni..terjawab sume persoalan aku..xyah mkn panadol..hehehe~
Berapa dah umur Aqeef? hensemnye dia..Kenalkanlah aku dengan dia..
HAHAHA. yang mu pandai buat andaian sendiri tu siapa suruh? lain kali tanya mama nya dulu. hahaha. tak yah sakit kepala nak fikir. lalalala~
hari ni genap 2minggu.. hensem lah, macam papa dia. papa dia kan hensem di mata ku. lalala~
Post a Comment