RSS

Kamu, yang selalu membahagiakan aku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam penuh mahabbah dan rahmat untuk kamu semua.

Pernah tak kamu rasa sesuatu yang membuatkan kamu sangat-sangat tidak tahu untuk mempamerkan apa yang kamu rasa? Bagai... semua gerak geri kamu diperhatikan sehingga semua perbuatan yang kamu lakukan seolah-olah tidak kena. Mahu senyum, terasa kekok. Mahu masam, terasa salah. Buat muka biasa, macam tak kena plak dengan situasi ketika itu. Lutut plak terasa longgar. Jantung, berlari sekencang yang mungkin, mencecah 200km/saat. Perasaan itu sukar untuk menggambarkannya bukan?

Melihat awan bersama kamu, adalah saat yang tidak dapat aku lupakan.
Terima kasih untuk hal yang membahagiakan itu, sayang.


Aku pernah merasainya.
Dan aku tidak tahu bagaimana untuk diberitahu, jika ada yang bertanya. Jawapan aku, senang. Kamu akan rasainya, bila kamu ada di tempat itu. Senyum.

Kamu.
Terima kasih kerana selalu membahagiakan aku. Dan bila tiba saat yang dinantikan itu, aku harap, ia akan berkekalan seperti selalu. Dari saat kita mula kenal hingga saat akhir kita hidup bersama.

Jujur aku katakan, aku sunyi tanpa kamu.
Aku sentiasa mahu kamu di sisi. Tapi, kata ibu, sabarlah dan tunggulah saat yang sepatutnya. Dan aku akan menantinya dengan penuh sabar. Senyum.

Bila aku utarakannya pada kamu, kamu mengiakannya.
Aku tahu, kamu rasa apa yang aku rasa. Dan sekali lagi, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana hadir di dalam mimpi dan jaga ku, serta selalu membahagiakan aku tidak mengira saat pun.






nota hati yang bahagia ;
"Kamu, aku tidak sabar menunggu saat itu. Ketawa gatal."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

wohhh gelenyee dehh hahahahaha

piNky LuCiA said...

biasa.... hahaha