RSS

Mahu jadi nenek lah.

Assalamualaikum.


Hari ni, dah tak tahan sangat dah ni. Terpaksa pergi ke klinik gigi.
Aku paling takut nak pergi klinik. Walaupun hakikatnya, aku ni memang banyak penyakit. Sabar jela.

Kali ni, apa masalah plak?
Kali ni, seperti 4 tahun yang lalu. Gusi aku bengkak lagi. Dah dekat seminggu aku tahan. Tapi, konon tunjuk kuat. Tak nangis dan tak nak pergi jumpa doctor. (Sebenarnya, aku takut jarum kat klinik gigi. Jarumnya tak delah sebesar mana pun. Tapi dia punya tempat letak jarum tu, boleh tahan lah. Apa ntah namanya. Itu yang aku seram tu.)

Tapi, pagi-pagi hari aku dah cabut dah ke klinik.
Sakit tak tahan punya pasal. Last-last nasib baik doctor cakap tak boleh cabut hari ni. Gusi bengkak. Ada nanah kat akar gigi. Tak boleh nak simpan dah gigi ni. Sebab akar dia dah rosak. dan apa lagi entah. Aku pun bukan berapa faham pun istilah-istilah doctor ni. Main hentam angguk dan iakan je. Haha.

Doctor bagi ubat untuk hilangkan bengkak. Harap dapat hilangkan. Dan cabut semua gigi lah senang. Jadi nenek di usia 270 tahun. Lalalala.




nota diri :
"Banyaknya ubat nak kena makan. Ubat demam lagi. Ubat selsema lagi. Ubat batuk lagi. Ubat alergic lagi. hmm.. tak larat nak sebut dah.. Tak makan ubat, boleh tak?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: