RSS

untuk apa kamu melihat memori silam jika memori sekarang sangat indah?

Assalamualaikum.

Pernahkah kamu bertanya diri sendiri, "Untuk apa kamu melihat memori silam jika memori sekarang sangat indah?"
Satu soalan yang aku tak pernah ade jawapan.
Sentiasa berlegar di dalam otak. Tidak mahu keluar. Dan hingga ke saat ini, aku masih bertanya diri sendiri, untuk apa kamu melihat memori silam jika memori sekarang sangat indah?

Haruskah memori dulu di delete?

Jika kamu tanya aku, aku pasti jawab ; DELETE. Ketawa.


Memori sekarang adalah memori terbaik yang pernah aku lakarkan.
Aku sukakannya.
Tiada lagi kesedihan. Tiada lagi caci maki. Tiada lagi umpat keji. Tiada lagi semua yang menjadikan jiwa ku sebal dan keras.
Aku suka dengan hirupan udara sekarang.
Senyum. Penuh warna warni.

Cuma sekarang, persekitarannya mungkin berbeza.
Tapi, ada yang sama. Pengalaman yang aku lalui dulu, mungkin kembali ke masa sekarang. Tapi, aku tetap sukakan diri aku sekarang. Kerana semua yang lepas, membuatkan aku berjaya menanggungnya seorang diri. Menjadi aku lebih kuat dan tabah.
Membuatkan aku pandai berfikir. Walaupun sesetengah orang menilainya dengan tidak matang.
Realiti hidup sekarang, bukan masanya kamu menilai orang, sayang. Tapi, nilailah diri kamu sendiri.

Cuba kamu tekan butang alt+ctrl+del = pasti berjaya. Ketawa.


Seringkali di dalam benak fikiran memikirkan sesuatu perkara yang lepas.
Untuk apa, diri bertanya. Namun, susah bukan untuk melupakannya?
Aku cuba men"delete" hampir kesemua memori silam. Berjayakah aku?
Ya. tak semua orang dapat buat dengan baik. Makin ingin dilupakan, makin diingat memori itu.
Akhirnya, ia terkadang mengundang 1001 kedukaan.
Setuju dengan apa yang aku katakan?

Kalau kamu tanya, bagaimana aku berjaya memadam kebanyakan dari memori silam dengan jayanya?
Ini jawapan aku.
Aku tidak memadamnya keseluruhan secara tergesa-gesa. Aku memadamnya satu persatu. Memilih memori mana yang tidak patut diingat terlebih dahulu dan tekan butang remove.
Ketawa.

Aku tegaskan, boleh dikatakan aku berjaya melakukannya sebanyak 81%.
Senyum. Bangga dengan diri sendiri.

Jadilah seorang insan yang berjawa mengawal emosi dengan baik.
Dan sekarang aku sedang belajar mengawal emosi. Jangan kata, aku tidak cuba. Kerana kamu tidak tahu aku sedang mencuba.
Ketawa.

Buat apa kamu menoleh untuk melihat memori silam, andai memori yang kamu genggam sekarang adalah lebih bermakna buat kamu?

Senyum. Pandang diri sendiri. Kelak kamu akan puas hati.




Nota hari ini :
"Aku harap, aku tidak cepat mahu menghukum seseorang apabila pertama kali memandangnya. Moga Allah melindungi aku dengan perkara-perkara yang baik. Amin. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

mazhad said...

post2 kamu suma tentang cinta belakangan neyh.haha...

piNky LuCiA said...

yes.. kerana aku sedang menyiapkan sesuatu untuk mengakhiri cinta ini dengan senyuman. :)