Assalamualaikum.
Perhatian-perhatian. Kepada diri sendiri dan hadirin yang membaca blog aku. Walaupun aku tahu, hanya Asma yang membacanya. Ketawa. Baiklah. Aku tipu. Aku tahu, bukan hanya Asma, Tapi orang lain juga. Terima kasih kepada semua. Senyum.
Menulis dalam keadaan yang lega kerana perut sudah terisi. Senyum.
Perut ni, tepat masa, mesti berkeroncong. Semua lagu dia nyanyikan. Hiphop. Etnik kreatif. Rock. Irama 60an, 70an, 80an... ish3.
Hm, entah untuk kali keberapa aku menatap gambar yang ada di sebelah ini. Aku pun kurang pasti. Mungkin rindu ini sangat memuncak. Sabarlah hati, minggu depan bakal pulang ke kampung bersama-sama. Wah!
Telefon bimbit ku capai.
Menaip sesuatu. Sebentar kemudian, sms masuk ke dalam inbox.
"Rindu apa yang?"
Ketawa sakan aku membaca sms daripadanya. Sah-sahlah aku rindukan dia. Adeh!
Comel je jawapan.
Membuatkan aku makin lama, makin suka. Makin lama, makin sayang. Makin lama, makin cinta. Ingin sekali aku ketawa kuat-kuat mengenangkan jawapan comel dia. Senyum.
Kembali menatap gambarnya.
Gambar 7 tahun yang lalu. Dah lama. Tapi ia tetap dalam kenangan.
Tak lama lagi. Aku akan tunggu saat nya. Senyum.
Apa yang aku rasa saat ini?
Rasa sangat bahagia. Sangat bertuah. Sangat berbunga-bunga dunia. Ketawa.
nota hati yang riang:
"Saat ini, aku masih sabar menunggu. Ya, sabar menunggu saat yang akan datang. Saat kita kan disatukan. Aku pohon, semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Senyum."
2 comments:
wow.. feeling so good ye? :)
hehehe. Alhamdulillah. =P
Post a Comment