RSS

Aku rasa kebahagian itu. Ia tidak terucap di bibir.


Assalamualaikum.

Hari Ahad yang indah.
Sepatutnya hari ni, aku pergi program bersama kawan-kawan sekelas. Tapi pagi Ahad, aku tidak dapat mengelak. Aku perlu memilih hal yang penting dahulu untuk diselesaikan. Jadi, aku memilih untuk menyelesaikan masalah yang ada daripada pergi menyertai kawan-kawan untuk merealeasekan tension.

Takpe.
Mungkin kali ini, rezeki untuk berseronok tidak ada untuk dinikmati.
Kawan-kawan, maafkan aku kerana tidak dapat menyertai keseronokan yang ada. InsyAllah, aku akan menyertainya lain waktu. InsyAllah.

Masalah yang timbul.
Telah 2 minggu ku biarkan terbengkalai. Ketawa. Memberi ruang waktu untuk diri sendiri dan en Hati memikirkannya. dan selama tempoh inilah juga, masalah itu membelenggu diri masing-masing. Tidak cukup dengan itu, ada yang lain tiba-tiba menyusul. Macam-macam yang datang. Umpama, lari dari mulut harimau, masuk ke mulut buaya.

sabar itu indah.


Masa berlalu dengan pantas.
Tanpa aku sedari. Ia seolah-olah seperti menaiki kuda dengan kelajuan tahap maxima. Kenapa kuda? Entahlah. Ketawa dengan semahu-mahunya. dan hari ini, semuanya selesai. Aku sangat lega dan ingin sahaja aku menangis kelegaan. Tapi, diri hanya menguntumkan senyuman. Bukan mengeluarkan air mata kegembiraan. Bukankah tersenyum melambangkan kegembiraan juga? Gembira yang tidak terhingga, sehingga tidak terucap.

Gembira atau bahagia, adalah hak milik semua insan.
Lambat atau cepat, ia tetap akan datang juga akhirnya. Percayalah. Cuma, jika lambat, kamu perlu bersabar. Sabar itu indah jika kamu redha.

Ya!.
Bersabar menanti pelangi yang indah muncul. Mungkin masanya belum tiba untuk menikmati pelangi itu. Kerana itu, tunggulah masa yang sesuai. Jangan paksa ia keluar. Kerana kamu tahu, ia tak kan keluar secara paksaan. Bahkan, bersabarlah menantinya. Kekadang, sabar itu lebih indah jika kamu redha dengan segalanya.





kata hati yang sedang tersenyum ;
"Aku sangat lega apabila dapat berdiri di sisi mu secara normal kembali. Terima kasih sayang atas semua pengorbanan yang ada. Cinta ini, tidak pernah di miliki oleh sesiapa pun. Ia hanya untuk kamu. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Anonymous said...

sweetnyer... hhuh

piNky LuCiA said...

kamu pun sweet juga.... hehehe.