Assalamualaikum.
Semalam, Aqeef Aiman dengan rasminya menjadi anak aku yang kedua.
Selamat datang ke dunia mama, anak ku. Senyum.
Selamat datang Aqeef Aiman. Mama akan menyayangi kamu sebagaimana mama menyayangi kakak kamu, Awliya' Addin. Senyum.
Solat hajat telah aku buat.
Memohon keberkatan dan kerahmatan dari Allah Taala. Hanya Allah sahaja yang akan melindungi dan memberkati setiap perjalanan yang kami akan tempuhi kelak. InsyAllah, segalanya berjalan dengan lancar dan keselamatan akan melindungi kami dengan rahmat Allah. InsyAllah, Amin.
Aku seorang mama.
Menjadi seorang mama bukanlah senang. Aku tahu.
Mesti menjaga makan, pakai kamu. Kebersihan kamu juga mama perlu titik beratkan. Kalau tidak, siapa lagi yang akan menjaga kamu kalau bukan mama. Betul tak anak ku, Aqeef?
Mahu tergelak sorang-sorang. Mahu ketawa kuat-kuat.
Ah, sekarang aku perlu siapkan asigment yang terbengkalai, yang patut dihantar hari ini. Malas masih lagi mengundang di dalam hati. Mungkin kerana aku sudah nampak kampung halaman esok hari. Ketawa.
Mak, Ayah.
Tunggukan kepulangan anak mu. Dah lama tak merasai kesejukan air di kampung.
Kamu juga perlu di mandikan oleh atuk tau, Aqeef. Nanti kamu akan tahu, betapa sejuknya air di kampung mama. Senyum.
Jangan mengada-ngada tak nak mandi yer... Tak boleh nakal-nakal tau. Kamu mesti menjadi anak lelaki mama dan cucu atuk yang baik.
Senyum.
note tengah hari :
"Mahu mendengar seminar pula. Sambil tangan menaip, mata lihat ke depan, telinga dengar apa yang mereka bentangkan, dan hati di kampung. Wah. Berterabur semuanya. Sudah. Jangan main-main. Mari kita menjadi budak baik."
4 comments:
Jeless, nok gok huhu~ entah bile nak "anak" ha sendiri~
insyAllah. tak lama lagi dapat laa tu. Rezeki untuk ha mesti ade sayang... =)
ada rezeki tak ke mana :)
rezeki Allah itu luas.. ;p
Post a Comment