RSS

Segalanya hanya ku serahkan pada Mu, ya Allah.

Selamat pagi.


Siapa yang belum bersarapan, jom temankan aku sarapan selepas aku tekan butang publish sekejap lagi. Senyum.

Terasa lega melihat bilik yang agak kemas, aku kira pada pandangan mata aku. Ketawa.
Barulah aku boleh bernafas dengan lega setelah melihat semua dalam keadaan teratur. Senyum bangga dengan diri sendiri.

Bangun pagi dengan perasaan down 203%.
Entah apa yang aku rasa saat mata terbuka jam 6.15pagi tadi. Bangun. Mandi dan solat subuh. Menghadap yang Maha Esa. Ku luahkan segalanya pada Dia.

Ingin sekali rasanya aku meluahkan rasa yang terpendam dalam jiwa ini kepada sesiapa sahaja yang aku kira boleh dipercayai. Tapi... entah. Aku lebih percayakan Dia. Kerana Dia-lah pembakar semangat aku untuk meneruskan kehidupan yang Dia kurniakan ini. Aku lama-lama ditikar sejadah. Menceritakan segalanya pada Dia. Sehinggalah aku senyum.

Memulakan hari dengan senyuman adalah sebaik-baik amalan.
Bagus jugak untuk kesihatan muka. Jangan dilayan sangat rasa yang ada di dalam jiwa. Kelak memakan diri sendiri. Aku merancang, tapi pasti Allah juga punyai perancangannya sendiri. Jadi, sabar itu penting. Kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Senyum, untuk menambahkan kekuatan dalam diri.

Hari ini, segalanya aku serah kepada Allah.
Ada seseorang meninggalkan secebis nasihat yang berguna.
Katanya, "teruskan tabah dan redha di dalam kehidupan seharian. Mungkin ada perkara yang lebih baik berlaku jika kita terus bersabar."
Aku tambah di dalam hati, "Ya. Allah selalu bersama orang yang bersabar. Walaupun tidak ada sesiapa pun faham hakikat sebenar tentang kehidupan aku. tapi Allah tahu segalanya."

Ade sesuatu yang mencuit hati berlaku gara-gara mengambil hati orang dengan jayanya. Menerima senyuman yang penuh bunga-bunga kemesraan. Menyebabkan aku tergelak kecil. Ingin sekali aku ketawa besar-besar. Tapi, anak dara tak elok berkelakuan begitu. Ketawa sambil menutup mulut.





hati kecil yang berkata :
"Aku rindukan kemesraan dulu. dan aku dengan sabarnya menunggu ia akan muncul lagi. Mungkin dengan sekuntum senyuman ia akan membuatkan hidup kamu bahagia. Siapa tahu. Kan? Jom mulakan hari dengan senyuman."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: