Hello 'semek-semek' comey dan 'awang-awang' hensem. Apa khabar kamu hari ini?
Aku sedang keboringan akibat cuti yang lama dari hari Sabtu + Ahad + Isnin + Selasa + Rabu dan Khamis & Jumaat baru ada kelas. Kalau rumah dekat, mahu sahaja aku balik. Ketawa.
Dasar anak manje!!
Jom tweet sesama. Ketawa.
Sekarang sedang teruja dengan tweetdeck. Orang lain, zaman bila entah layan tweetdeck ni. Aku baru je nak belajar "godek". Ini pun atas saranan Puan Farha. Katanya syok. Dah lama di sarankan. Aku buat 'dek' dengan saranannya. Hari ni, dia agak sedikit marah kot. Tapi aku senyum je. katanya ;
"weyh semek! install laa tweetdeck atau echofon. hehe."
Ini adalah saranan kali ke berapa entah. Aku tidak mengiranya. Ketawa.
Lupakan sahaja perkara itu. Bukan penting sangat pun. Ketawa.
Sedang bermalas-malas untuk melakukan semua pekerjaan. Termasuk untuk makan. Kalau makan pun malas, ertinya itu petanda yang tidak baik. Dan semestinya, perkara lain jugak harus malas. Ketawa besar-besar.
Oh, sungguh malas-malas-malas saat ini.
Tidak dapat dipastikan berapa peratusan malas itu. Yang aku tahu, sangat banyak. Ketawa.
Mahu memaksa diri untuk menghilangkan malas dengan membaca buku untuk membuat asigment yang ditugaskan.
Harap selepas membaca buku, malas yang ada di dalam diri akan keluar membuak-buak dan berebut-rebut untuk tinggalkan badan. Agak-agak, banyak sangat setan yang berwarna merah yang sedang tumbuh tanduk di kepala. Ketawa.
nota tangan yang malas :
"Adeh!! Tolong-tolong-tolong. Janganlah malas. Kenapa tersangatlah malas ni? Ish! Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Jauhilah setiap setan yang mahu dekat dengan ku. Ketawa."
2 comments:
hahha yess, senang untuk terus berhubung. Ha aktif twitter hakhak~
yeah! hahaha
Post a Comment