RSS

Mimpi. Apa yang aku merepek ni?

Assalamualaikum.


Pagi-pagi semua orang dah bising. Macam nak raya pun ade.
Hmm... itulah kemeriahan pilihan raya kali ni. Semalam, macam-macam bunyi ade. Nasib tak de mercun bagai. Kalau tak, dah kalah raya Aidilfitri. Tapi ngan paluan gendang siap tuuu.. Aku turut merasai kemeriahan pilihan raya kali ni.

Perasaan aku kali ni.
Rasa serabut ngan kertas-kertas yang diedarkan.
Rasa serabut bila nak keluar masuk kolej, kena check macam-macam bagai.
Tapi rasa suka tengok semua orang sibuk berkempen.
Rasa suka bila tengok Pro-M dan Penggerak-M bertungkus lumus berkempen.
Rasa marah bila ada kawan yang cakap tak serupa bikin time pilihan raya ni.

Satu perkara yang menggemparkan terjadi.
Kredit to Asma dan Qilah sebab story morry yang meremengkan bulu roma aku tu.
Hye, time pilihan raya semua perkara yang besar-besar selalu terjadi. Perkara buruk. Perkara baik. Semua ada. Tapi, bagi yang ditimpa musibah atas buatan orang tu, sabarlah. Allah selalu ada dengan kamu. Percayalah. Senyum.

Mood sekarang, saat pelik dengan diri sendiri.
Dua tiga malam kebelakangan ni, asik bermimpi benda-benda yang pelik. Plus dengan benda-benda yang tak masuk akal + benda yang seram dan macam-macam lagi benda yang pelik.

Kata Asma : "Mimpi mainan tidur."
Ya. Aku tahu.

Ustaz Piee pernah pesan, "Kalau mimpi pelik-pelik, macam-macam, itu maknanya ada jin yang sedang mengintai kamu. Kalau macam tu, banyakkan solat sunat, baca quran. Nescaya dia tak kan mengganggu kamu lagi. Jin memang suka kacau orang yang lalai dalam mengingati Allah."

Banyak pesanan dari Ustaz Piee, jadi pegangan dalam hidup aku. Mungkin kebanyakan hidup yang aku lalui hanya dipenuhi dengan pesanannya. Kuat sungguh penangan pesanannya.

Terima kasih Ustaz.

Aku harap, lepas ni, dah tak mimpi pelik-pelik dan seram-seram lagi.





Pesanan buat Asma,
sila baca quran dan selalulah solat-solat sunat. Untuk mengelakkan ada sesiapa yang mengintai kamu. Ketawa. Comfirm Asma jawab, Asma lak yang kena. Ketawa.

nota penting :
"Ya Allah, lindungi aku dari gangguan-gangguan yang menyesatkan. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

KUREKURE COMEL said...

mina dulu selalu buat undi rosak..
sebab mentaliti mina pikir, bila salah pilih pemimpin..kita yg akan menanggung dosa....huhuhu...


myabe skrg sudah terbuka kot...

piNky LuCiA said...

hehehehe. tak pernah mengundi rosak. undi sapa yang rs perlu diundi je. kekeke.