RSS

Bertahanlah. Kunci itu akan kamu temui.

Assalamualaikum.

Salam sejahtera, salam sayang dan salam kasih kepada semua.
Mood : baik dan Alhamdulillah, Allah memberi rezeki yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah. Ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.

Ada sesuatu yang membuatkan hati kecil bertanya.
Mengapa harus kamu bergaduh lama-lama. Tidakkah kamu boleh sahaja menyelesaikannya secepat mungkin yang boleh. Jangan membiarkan persengketaan membelenggui hidup kamu yang penuh dengan bunga-bunga ceria yang dihiasi dengan rama-rama cantik lagi indah.

Kawan : "Aku buntu. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat."
Aku : "Ada apa dalam kepala kamu yang aku tidak tahu?"
Kawan : "Aku bergaduh dengan buah hati."
Aku : "Kamu dah mintak maaf dengan dia?"
Kawan : "Dah. Tapi dia tak maafkan aku."
Aku : "Apa yang kamu buat selepas itu?"
Kawan : "Aku pujuk la."
Aku : "Apa yang dia kata?"
Kawan : "Kamu ni, banyak tanyalah." Merengus. Protes. Tanda tidak setuju.
Aku : Ketawa. "Memanglah. Aku kan penasihat kamu. Mestilah aku banyak tanya. Apa yang dia kata?"
Kawan : "Dia suruh aku cari lain. Dia cakap, aku tidak lagi mempercayai dia. Aku lebih percaya orang lain."
Aku : "Betul ke?"
Kawan : "Semuanya salah faham. Dia tak bagi aku ruang untuk aku terangkan perkara yang sebenarnya."
Aku : Menarik nafas sedalam mungkin. Pejam mata. "Mungkin dia perlukan masa untuk terima semua yang terjadi ni. Atau mungkin dia masih marah-marah sayang pada kamu. Bagilah dia masa untuk tenangkan hati dia yang sakit tu."
Kawan : "Tapi aku tak dapat bertahan. Mungkin bila aku sakit atau aku mati dulu, baru dia nak maafkan aku."
Aku : "Eh, ke situ plak. Kau lelaki yang kuat. Aku tahu. Bertahanlah."
Kawan : Ketawa. "Pernah kau bergaduh lama-lama?
Aku : Diam seribu bahasa.

Bersabarlah.
Kelak kamu akan jumpa kunci untuk membuka kemaafannya.



Ya, kami pernah bergaduh lama. 2 minggu.
Pergaduhan yang berpunca dari aku. Yang menyebabkan dia marah. Ya. Aku akui salah aku. 2 minggu aku bersabar atas sikapnya. Memberikan dia masa untuk menerima apa yang berlaku. Menunggu masa dia pulih seperti asal. Menunggu dengan penuh kesabaran.

dan Allah itu Maha Adil. Jika kamu sabar, Dia pasti membalasnya dengan penuh kebaikan.
Dan kini, hubungan kami kembali seperti asal.
Kata kawan, Syaitan banyak dan makin banyak bila dia tahu kamu mahu mendirikan masjid yang indah disulami dengan cahaya keimanan.
Bertahanlah, kawan. Aku tahu, kamu pasti akan menempuhinya dengan berjaya.
Aku doakan kamu. Senyum.






nota hati :
"Bertahanlah wahai kawan. Aku faham apa perasaan kamu. Aku pernah melaluinya. Jika kamu bersabar, kamu pasti akan mengecapi indahnya pelangi. Cinta yang agung itu akan melalui banyak jalan yang berliku. Tempuhilah ia dengan sabar dan tabah. Nescaya keagungan itu akan menjadi milik mu, kelak. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: