RSS

Mahu menangis, boleh?

Assalamualaikum.
Salam sayang. Salam cinta. Salam kasih kepada semua.

Sedang menghadapi situasi yang agak sukar. Entah bagaimana harus aku luahkan. Terasa mahu ketawa terbahak-bahak mengenangkan diri sendiri yang sangatlah tidak tabah dan kuat untuk diri sendiri.

Mahu bertabah kerana siapa?
Sekarang terasa seperti keseorangan dan tidak ada sesiapa untuk ku pinjam bahunya.
Biasanya, jika terasa berat sangat hati, dia akan selalu berada di sisi. Tapi kali ni, terasa sangat berbeza. Terpaksa bertahan dan melaluinya seorang diri. Terasa sangat berat dan terbeban.

Untuk kesekian kalinya, airmataku tumpah lagi.


Masuk bilik.
Menghempas diri di atas katil nan lusuh.
Termenung. Memandang syiling dan kipas yang berpusing.
Tetiba, Asma masuk.
Tersentuh dengan perbuatannya. Sehingga air mata jatuh kerana terasa Asma yang sangat baik dan memahami situasi aku.
Senyum.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Asma.
Budimu takkan aku lupakan sehingga hayat dikandung badan.
Senyum untuk Asma.

Menangis lagi.
Sudah aku katakan dan berjanji pada diri, bahawa aku tidak mahu menangis.
Tapi janji itu aku mungkiri. Dasar perempuan manje! Ketawa.







tulisan hati yang sedih;
"Aku tidak pandai berkata-kata atau meluahkannya. Semakin hari, semakin lidah ku kelu. Sehingga semuanya ku tanggung sendiri. Adakah ini yang terbaik untuk diri?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

~fais~ said...

kenapa pinky???

piNky LuCiA said...

hehehe. ade masalah sikit. huhu. tapi dah settle. kakaka. dont worry. tQ ;)