RSS

pilihan raya kampus, kembali.

Assalamualaikum.

Sedang mengerutkan kening. Tanda ada sesuatu perkara yang aku sedang fikirkan. Masih juga tidak mendapat maklum balas, kenapa dan mengapa dari en. Hati.
Hati ini, sangat risau+bimbang akan kesihatannya yang tidak menentu semenjak dua menjak kebelakangan ni.
Demam. Batuk. Nampaknya ade sedikit selsema.
Semua tu, membuatkan aku terasa tidak sedap hati. Lagi-lagi kami berjauhan begini. Biasanya akan menemaninya ke klinik atau hospital yang berdekatan. Kali ini...
Lupakan saja hal ini.

Pilihan raya campus kembali. Jom memilih.


Musim pilihan raya kembali lagi.
Kali ni, adalah kali terakhir untuk mengundi. Ada kawan menyuarakan untuk tidak mahu mengundi. Aku sekadar ketawa dan memberi komen apa-apa.
Aku jugak terniat begitu.
Tapi kata mak, kita berjuang untuk Islam. Jadi mahu tidak mahu, undi itu sangat penting untuk menentukan kemenangan.
Yeah!

Kini sudah nampak kempen pilihan raya, speaker corner dan pengedaran flyers-flyers kepada orang ramai.
Senyum.
Kehidupan campus memang kena macam ni. Kan?
Bertukar pucuk pimpinan. Pilihan raya. Kempen. Pertahankan kerusi dan banyak lagi yang perlu di lakukan. Sama juga dengan dunia luar campus. Mengeluh.

Aku tak suka bergaduh.
Tapi sekali aku layan bergaduh, tengoklah. Ketawa.
Pilihan raya campus, ada pihak yang bergaduh, saling menyalahkan antara satu sama lain, dan ada sesetengah dengki mendengki. Perlu ke begitu?
Tak. Tak perlu pun.

Selamat mengundi.


Jadi, sama-samalah kita mengundi dengan baik dan berhemah.
dan pilihlah orang yang betul-betul layak untuk menyandang jawatan itu. Nescaya kita akan puas hati.

Selamat berkempen dan berpilihan raya untuk semua.
Senyum.






nota hati :
"Aku sebenarnya agak tidak tentang politik. Tapi kuasa politik sangat besar. Ia boleh membantu hidup kita. Jadi, fikirlah yang mana baik dan yang mana buruk. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: