RSS

Alhamdulillah. Selesai 1 perkara.

Assalamualaikum.


Salam sihat kepada semua.
Aku sedang menghadapi sakit kepala yang bertubi-tubi. Aku sama sekali tidak tahu apa yang aku fikirkan sehingga sakit ini tidak mahu hilang. Mungkin kerana seharian di Konvensyen Pendidikan Islam, belajar bertubi-tubi seharian menyebabkan ia tidak dapat menampung dengan baik ilmu-ilmu yang dicurahkan itu.
Ketawa.
Yeke? Senyum. Ketawa sopan.

Jam 12.38am.
Perut aku berkeroncong. Aduhai. Kenapalah perut ini selalu berbunyi lapar walaupun jam7.00pm tadi telah aku suakan nasi kepadanya. Agaknya badan aku ingin menambah sedikit berat badan. Senyum. Kalau begitu, syukurlah. Ketawa.

Hari ini, satu perkara telah aku selesaikan.
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur pada kamu kerana memudahkan segala urusan hambamu ini. Senyum lega. Menarik nafas dan menghembusnya dengan penuh nyaman.

Harapan, Allah merahmati dan melindungi aku dengan rahmatnya.





note lewat malam :
"Aku sudah mengantuk. Mata ku sudah layu. Dan sekarang ia makin layu. Esok KOPIM lagi. Nanti Asma mesti marah kalau aku bangun lambat. Baik aku tidur sekarang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: