RSS

Dilema seorang umi.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Good Evening.

Jam menunjukkan pukul 11.38 malam. Tadi aku dah tidur. Sekarang terjaga dari tidur.  Kedua-dua anak, kiri dan kanan nak susu.
Saat paling mencabar setiap hari bila rutin kembali. Tidur.

Naurah Nabihah. 3 hari lagi genap setahun enam bulan. Tapi masih menyusu badan. Campur dengan FM.

Faqihah Husna. 19 hari. Comfirm 203% aku bagi susu badan.

Sebenarnya, dah berbuih mulut mak suruh aku lepaskan susu Naurah. Tapi aku sayang. Aku target sampai 2 tahun. Tapi ni baru setahun enam bulan. Ade 6 bulan lagi. Aku dah tanya ramai doctor dan nurse.. Semua benarkan aku meneruskan penyusuan untuk Naurah. Tinggal aku je lagi kuat ke tidak.

Nak lepaskan susu untuk Naurah.
Aku tak tahu kenapa. Ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan yang aku macam belum bersedia lagi. Mungkin aku belum bersedia untuk terima hakikat yang sekarang, Naurah dah besar. Akan datang, Naurah akan membesar dan ke sekolah. Dan akan melalui proses yang aku lalui sekarang. Inikah perasaan seorang mak?

Dilema.
En. Hati macam biasa, dia serahkan pada aku untuk buat keputusan. Dia sokong apa saje keputusan aku asalkan tak bersalahan dengan syariat. Dan aku masih belum buat keputusan. Rasa macam susahnya nak buat keputusan kali ni.. Tak tahu kenapa.

Penyusuan untuk Faqihah, Insya Allah, 2 tahun jugak. Harap aku kuat. Sebab menyusu badan ni, sangat memerlukan Kekuatan luar dan dalam. Kalau down, susu mesti drop. En. Hati pun cakap, "lepas ni u rehatlah. Menyusu 2 tahun pastu baru kita fikir pasal anak lagi." Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami yang soleh kepada ku. Senyum.

Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
Kau bantulah aku dalam membuat keputusan. Kau jadikanlah keputusan yang aku buat adalah keputusan yang terbaik untuk semua.. Kau kuatkanlah semangat ku dalam menempuhi semua yang telah Kau tetapkan. Amin.










Nota Pinky;
"Aku menangis mengenangkan nasib My BFF. Allah datangkan ujian yang hebat buat dia. Dia lalui dengan tabah. Kalau aku berada di tempatnya, adakah aku begitu? Aku fikir, hanya orang yang hebat saja boleh melaluinya. Bertahanlah sahabat. Insya Allah, Allah akan datangkan sesuatu yang lebih baik buat mu. Lap air mata."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Leteran mak macam pakar motivasi. Lengkap.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Tempoh berpantang adakalanya menyakitkan. Adakalanya mengembirakan.

Yang sakit tu,biasalah. Bila beranak normal untuk kali pertama,memanglah sakit. Ditambah pulak memang langsung tak de pengalaman. Terawang-awangan aku ni haaa.. Alhamdulillah ade my BFF, Puan Farha yang sudi melayan kerenah dan persoalan aku yang pelik-pelik sebab tak de pengalaman langsung. Aku, mahu pun mak, dua-dua tak de pengalaman dijahit hidup-hidup. Wah. Bila sebut,terasa seram sejuk plak.

Yang mengembirakan tu, aku dilayan macam puteri. Hoho. Seronok. Tapi bosan. Minggu pertama,mungkin seronok. Dah masuk minggu kedua, ketiga ni.. aku memang bosan sebab asyik duduk ngan sopan dan tak boleh bergerak banyak2.. Hmm.. Patutlah aku tak dilahirkan sebagai seorang puteri raja. Alhamdulillah syukur.

Bila duduk ngan mak, banyaklah benda yang nak diborakkan. Banyak jugaklah benda yang aku nampak melalui mata hati dan banyak benda yang boleh aku baiki dalam diri.

Kesusahan hidup.
Mak cakap, bila hidup kita susah, kita tak boleh salahkan orang. Kita tak boleh letakkan beban yang kita tanggung pada orang lain. Kadang-kadang bukan salah orang tu. Kita yang salah. Kita yang tak nampak. Tapi kita tetap buta. Bukan buta mata. Tapi buta hati. Tak nampak secara jelas. Sepatutnya kita bukak mata hati untuk melihat apa yang kita tak nampak.

Dalam kata-kata mak tu.

Tapi.. Ade benarnya kata mak. Aku tak menafikan. Kadang aku juga begitu. Tak dapat membaca hikmah yang datang beserta kesusahan yang ada.

Untuk nampak hikmah, mak pesan.. Jangan terlalu gelojoh. Kita kena cerdik menggunakan otak. Otak kan dah di beri oleh Allah kepada kita. (Aku faham maksud mak kat sini adalah akal). So guna kan otak sebaik mungkin untuk lihat dalam banyak sudut.

Macam kita beribadat jugak, kena pandai pilih.. ayat apa yang banyak pahala. Zikir apa yang banyak timbangannya. Buat yang itu terlebih dulu. Baru menyusul dengan yang lain.

Aku rasa dah macam dengar Ustazah memberi nasihat.

Itulah kelebihan bila ada mak. Kata-kata mak beribu-ribu. Dan dalam beribu-ribu tu, dapatkah kita ingat semua? Kadang-kadang sebenarnya kita tak perlukan pakar motivasi.. cukuplah hanya ada mak. Tapi sesetengah orang tak menghargai mak yang masih ada di dunia.

Harap mak sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi oleh Allah selalu. Amin.









Nota Pinky;
"Tadi dengar mak tanya salah sorang adik kat rumah. "Kak tu agaknya rindukan abg wan kot. Diam jer.." Aku buat-buat tak dengar. Memang! Aku sedang merindui kamu, en. Hati kesayangan jiwa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh berpantang.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Sekarang tempoh berpantang dirumah. A.k.a di kampung.
Berpantang kali ni tak sama ngan berpantang anak pertama dan anak kedua. 3x pantang, 3 keadaan yang berbeza. Tapi rasanya keadaan 2 minggu pertama ni, berpantang kali ni sangat memeritkan.

Hm. Itulah yang selalu orang cakapkan. Setiap anak semuanya berbeza. Sekarang aku setuju. Ya. Setuju 203%...

Harap masa cepat berlalu dan luka cepat sembuh. Dan aku doakan aku kuat nak mengharungi hari-hari yang mendatang. Dengan kedua-dua anak yang masih menyusu badan.








Nota Pinky;
"Baru beberapa hari di kampung, aku sudah merindui kamu, en. Hati.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat datang, Faqihah Husna

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Dah lama tak tulis blog.
Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin kesuntukan masa. Atau kekangan internet yang sangat laju menyebabkan aku fed up. Dan hanya memandang sepi blog kesayangan.

Siapa tahu. Mungkin akan datang internet di sini akan laju. Mungkin.
Jungkit bahu.

23.01.2016
Genap 40 weeks baby in my tummy. Kebanyakkan kawan-kawan tak tahu aku pregnant. Malas nak besar-besarkan. Hihi. Saje nak buat surprise pada semua.

Ok. Berbalik pada topik asal.
Aku dah risau sebab pagi ni masih belum nampak tanda-tanda nak bersalin. Risau memikirkan yang doktor akan induce sebagaimana yang diberitahu misi tempoh hari.

Tapi bila check up ngan doktor, aku tak boleh induce sebab parut czer masih baru. So Alhamdulillah. Lega 1 perkara. Tapi untuk proses bersalin normal, doktor akan tolong. Walaupun risau, tapi masih mengharapkan dapat bersalin normal. Insya Allah.

Alhamdulillah. Jam 5 petang dah rasa sakit perut. Jam 9 malam turun darah. Jam 12 tgh malam masuk labor room. Jam 2.50 pagi bersalin. Jam 5 pagi masuk wad biasa bersama baby. Alhamdulillah syukur pada Ilahi yang memberi nikmat ini.

Terima kasih pada en. Hati yang memberi kekuatan semasa proses aku melahirkan baby kedua ni. I love you, Sayang.

Merasai proses bersalin secara normal.
Sangat menginsafkan aku. Terus teringat semua kenakalan, kedegilan, kerasnya kepala, macam-macam ragam lagi aku ngan mak, menyebabkan aku menangis teresak-esak. Dan sempat aku memohon keampunan atas semua dosa yang aku lakukan. Mulianya hati mak sebab mak cakap, mak dah ampunkan semua dosa aku. Allahuakbar.

24.01.2016
Alhamdulillah. Telah lahir seorang lagi putri seperti yang aku idamkan. Marah en. Hati kalau dia tahu aku berdoa mahukan baby pompuan. Hoho

Faqihah Husna binti Ridzuan.
Selamat datang ke dunia kami. Semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat. Amin.





Nota Pinky;
"Hari ni nak balik Jerteh. Harap semuanya selamat. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Assalamualaikum.
Hye semua. Haha. Bajet macam lah ada orang baca blog aku. Takde maknanya. Aku memang membebel sorang-sorang dari dulu sampai sekarang. Kikiki.

Selamat hari raya aku ucapkan kepada semua rakan taulan, sahabat handai, kawan mawan dan pada sesiapa yang kenal aku secara sengaja atau tidak atau kenal tanpa pengetahuan aku. Haishh... Banyak plak aku nak sebut.

Aku mohon ampun maaf, jika terkasar bahasa, tersilap bicara, terkata apa yang tak kena dan segalanya la. Harap dimaafi.

Sebenarnya update last adalah pada akhir bulan 5. 2bulan lalu. Nak update setiap hari..tapi sekarang tempoh aku sentapkan diri. Terkejut dengan sesuatu. Mungkin ambil masa lah nak menerimanya dengan hati yang terbuka.

Lagipun sekarang sekolah ngah busy ngan fail2 apa ntah. Segala jenis fail dimintaknya. Dah 2 bulan ni tak settle2 lagi mintak fail yang macam2 tu. Tapi 1 habuk pun aku tak buat lagi. Insya Allah hari ni akan start buat. Mood dah datang sikit. Hihihi.

Susah betul jadi cikgu sekarang.
Hihi. Tapi seronok dan terhibur bila pelajar ntah apa2 sikapnya. Tapi sakit hati jugak kalau kena pelajar yang kurang ajar. Kita mengajar kat depan, dia boleh tanya kita membebel apa. Lantak korang lah. Nak pukul tak boleh. Last sekali, isi borang disiplin jela. Muak rasa. Hmmm..

Okla. Nak bersiap ke sekolah. Bye.

Selamat hari raya semua.... :)








Nota Pinky;
"Raya tahun ni di Jerteh. Tahun depan di Baling. Alahai. Hihi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti ngan bahagia.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam 1 silaturrahim.

Cuti sekolah.
Kali ni cuti sekolah ngan takde perasaan stress dan nak fikir apa-apa. Kalau tak, mesti nak kena fikir Siapa yang nak ganti kelas tambahan aku lah. Siapa lah yang nak buat itu. Buat ini. Gara-gara nak balik kampung. Alhamdulillah. Bercuti dengan aman. Walaupun bukan hari pertama cuti balik macam menetap di Kuching dulu. Tetap bahagia.

Sebenarnya aku sangat rindukan Seri Setia yang menenangkan jiwa. Tak banyak songeh. Tak banyak ragam. Sangat rindukan saat-saat balik sekolah dan dapat berehat dengan aman dan kerja dapat diselesaikan dengan baik tanpa gangguan.

Berbeza dengan sekarang.
Tapi yang aku dapat sekarang, bila aku stress aku dapat tengok en.Hati kesayangan jiwa terus. Tanpa perlu tunggu berminggu-minggu untuk tengok en. Hati kesayangan jiwa secara live.

Oh. Kenapa sejak dua tiga menjak ni aku selalu memperkatakan tentang perbezaan sekolah baru dan sekolah lama? Mungkin rindu akan kedamaian dulu. Rindu akan kemesraan dulu. Rindu akan silaturrahim dulu.

Sekarang aku sudah melangkah setapak demi setapak ke depan. Jadi itu semua tinggal kenangan saja.

Tapi apa yang aku boleh belajar, seperti kata Bonda Permaisuri.. "Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita mahu, kita akan dapat. Ade sesetengah benda yang kita genggam, Kadang-kadang kita kena lepaskan. Kita kena belajar redha dan menerima qadak dan qadar dengan penuh keikhlasan. Baru hidup kita terasa tenang."

Aku akui.
Bonda Permaisuri dah seperti kaunselor bertauliah. Kekadang kata-katanya menusuk jiwa. Membuatkan kolam mata ku bertakung.

Selamat bercuti semua.
SENYUM sampai telinga.






Nota Pinky;
"Balik ngan My Angle je. En. Hati ade presentation ibook dengan apple. Sayang, I doakan u berjaya selalu. I miss U. Walaupun baru beberapa jam tak tengok u.. serius.!"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom tanda kertas exam.

Assalamualaikum. Dan salam 1 benua.

My Angle sudah mau tidur. So boleh la aku berziarah sebentar. Sementara merehatkan diri, aku sedang berfikir. Esok masih banyak kerja di sekolah. Tapi aku hari ni tetap balik rumah seperti biasa. Aku balik ke rumah dengan lenggang kangkung Di tepi paya.. Walaupun Sekarang semua cikgu sedang bertungkus lumus menyiapkan markah exam pertengahan tahun.

Macam nak gila rasanya bila kejar due Date.
Yup. Aku sudah hampir menjadi giler beruk. Eh. Bukan. Gila isim (Nampak seperti orang pandai sedikit) Akibat mengejar due date untuk memasukkan markah..Kalau mengajar sekelas atau dua kelas, oklah nak menanda. Ni 8 kelas ok.. Bukan Satu tugas yang mudah..

Rasa macam tak logik pun ada due date yang diberi. Tapi diamkan jela. Malas nak bertekak. Buat yang mana termampu. Kalau tak mampu, abaikan. Hihi.

Pastu.. Faham-faham jela bila menanda kertas. Macam-macam-macam jawapan yang timbul. Tak logik pun ada. Kadang-kadang rasa macam nak kick jer semua pelajar. Tapi kadang2-kadang aku tergelak besar. Pening kepala aku dibuatnyam. Pelajar.. Pelajar.....

Sekarang sedang menanda kertas Tasawur Islam form 4. (Walaupun dah rasa naik pitam membaca jawapan pelajar yang canggih-canggih) kebarangkalian untuk siap tanda adalah tinggi. Insya Allah. Lepas tu dah boleh key in markah hari khamis. Insya Allah. Harap semua yang dirancang menjadi mudah dan dipermudahkan oleh Allah. Amin.







Nota Pinky;
" Sayang, terasa jauh hati dengan kamu. Mungkinkah Aku merajuk? Hmm. Ntah la."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS