RSS

Sangat busy.

Sangat busy.

Selesai exam, sangat busy menyelesaikan kerja.
Selesai kerja, sangat busy berkemas untuk balik.
Bila balik, sangat busy untuk mengemas bilik.
Selesai berkemas bilik, sangat busy untuk mengemas rumah.
Busy. Busy. Busy.
Macam-macam benda nak buat. Sampai semuanya tak sempat masa.

Oh Tuhan. Jika diberikan lebih masa, aku pohon masa ku ditambah.
Ketawa.
Tamak betul.

Dan akibat dari keadaan yang busy itu, aku merasakan diri sangat lemah dan tidak bermaya.
Mahu pengsan. Mahu demam. Mahu lari jauh-jauh.
Boleh?
Mana boleh. Hidup harus diteruskan.
Senyum.

Isnin.
Bermula kerjaya sebagai guru.
Lagi busy.
Busy dan busy dan busy dan terus busy.
Agaknya bila mahu free yer?
Tiada jawapan yang pasti.

Mahu berehat dan memikirkan plan seterusnya.
Senyum manis sambil menongkat dagu.





note hati :
"Kalau diberi pilihan, aku tidak mahu ke mana-mana dan ingin berdiam diri. Mahu berehat sepuas-puasnya. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Yang pertama. Yang terakhir.

Exam Pendidikan Islam di Malaysia.

Exam pertama dan exam yang terakhir untuk tahun 4 semester last ni.
Akhirnya, aku dapat habiskan dengan jayanya. Alhamdulillah.

4 tahun.
Bukan satu tempoh masa yang lama.
Bukan juga satu tempoh yang sekejap untuk dilalui.
Senyum.

Dan akhirnya aku berjaya melaluinya.
Perit. Duka. Pahit. Luka.
Semua ku tempuh demi sebuah kejayaan.
Harap semuanya berbaloi untuk masa depan aku.

Sangat berpuas hati.
Hmm, lebih kepada lega. Mungkin juga bangga dengan diri sendiri.
Ketawa.
Kerana dapat juga aku menghabiskan sisa-sisa pembelajaran walaupun umur sudah dikira tua.
Senyum.
Umur tak dikira apabila kamu mahu belajar. Bukan?

Mahu kemaskan semua barang yang ada di dalam bilik untuk ku bawak balik ke kampung laman.
Rindu pada semua.
Dan banyak juga perkara yang harus diselesaikan di kampung.
Aaahh.. Kepenatan itu mungkin tak kan hilang lagi.
Sabarlah.





Nota ringkas ;
"Sesiapa yang mahu menolong aku kemaskan barang yang banyak ini? Sakit pinggang ku."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Redha.

"Hmm, itu tak de rezeki namanya.."


Pujuk hati.
"Allah menarik nikmat itu daripada aku kerana aku kekadang melupakan Dia. Walhal, dalam segenap penjuru hidup aku, Dia tidak pernah melupakan aku. Ya Allah. Ampunilah aku kerana aku sangat lalai dalam memperingati Mu.."

Hati.
Adakah kamu termakan pujukan ku?
Atau masih tidak boleh menerima kenyataan yang ada ini?
Redhakanlah ia, wahai hati.
Kelak kamu akan rasa sangat tenang.

Senyum.
Pejam mata.
Berfikir.
Redha, perkara yang susah untuk dilakukan.
Tapi, aku pasti dapat melakukan dengan baik.

Senyum sekali lagi pada diri sendiri.





nota hari ini ;
"Aku sangat geram pada si Dia. Menyebabkan aku menangis tidak berhenti sehingga aku tertidur. Dan sekarang, sudah mampu tersenyum. Dah tidur terus dapat melupakan kisah lalu. Lalala~"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

boleh bernafas lega.. sikit..

Sekarang. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas balik. Hembus nafas.

Lega.
Kerja sudah banyak diselesaikan.

Sekarang.
Sedang mengemas bilik. Mencari slip exam untuk exam pada hari Khamis.
Aku lupa, mana aku letak.
Aku ingat, aku selit je dalam buku.
Jenuh aku nak cari. Sebab banyak kot buku dalam bilik ni. Adeh.

Kenapa selalu lupa.
Nasib keje dah tak banyak.
Harap akan jumpanya sebelum Khamis. Amin.





nota tangan ;
"Dah tua-tua macam ni, memang selalu lupa. Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jem. jem. jem.

Selesai satu perkara.

Test Pendidikan Global yang aku memang tunggu-tunggu. Bukan tertunggu-tunggu sebab tak sabar nak jawab. Tapi tertunggu-tunggu bila ia nak habis. Otak aku dah penuh ngan traffic jem sekarang.

Jem. Jem. Jem.
Kerja banyak tak siap. Dah nak termuntah dah pun.
Buku ada sebijik lagi tak baca. Bila nak baca pun aku tak tahu. Exam hari khamis ni.
Barang banyak lagi tak kemas? Macam lah aku dah kemas barang. Sebenarnya... Belum kemas apa-apa pun lagi. Ketawa.
Mengajar nak kena pergi.
Keperluan Aqeef nak kena bagi.
Keperluan mak dirumah, nak kena fikir.

Macam mana kepala aku tak botak dan rambut tak gugur dengan banyak setiap hari.
Itu belum masuk aku fikir bab duit yang macam air keluarnya. Ish3.
Aku perlukan seorang penasihat kewangan untuk menasihatkan aku dalam pengurusan duit. Ketawa.

Melihat bilik yang tunggang terbalik dengan senyuman.
Oh serius, aku tak mampu handle sorang-sorang. Itu yang aku rasa. Mungkin hanya rasa. Memang selalunya itu yang aku rasa. Dan cuma tinggal rasa. Aku laluinya seorang diri jugak. Senyum.

Hidup ini, tak boleh bergantung dengan orang lain.
Kena laluinya dengan tabah. Dan belajar perlahan-lahan untuk menyelesaikan segala kekusutan yang timbul. Tapi kekadang masa lebih banyak menyelesaikannya daripada diri sendiri. Ketawa kuat-kuat. Aku lebih suka masa yang menyelesaikannya. Mungkin ia lebih berkesan.. Senyum lagi.

Mahu fikirkan bagaimana aku mahu kemaskan semua barang yang sangat bersepah di dalam bilik ini dan menyusunnya dengan baik. Harap dapat ilham dengan kadar segera. Lalalala~





nota tangan :
"Aku sangka masih berbaki 2 minggu di UM. Rupa-rupanya 1 minggu lagi. Silap pengiraan. Wah. Macam dah tak sabar nak balik peluk mak lama-lama ni.. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sangat rindu untuk blogwalking.

Hye. Senyum. Manis. Macam gula.


Buat masa sekarang, aku sangat banyak kerja. Semuanya menuntut aku untuk menyiapkannya dengan kadar segera. Dan separuh daripada kesesakan otak ku sudah pun aku siapkan. Eh. Bukan separuh. Tapi satu per empat, KOT.

Mak call. Adik sms. Makcik tanya itu ini.
En. Hati? Diam. Bisu. 1001 bahasa. Aku pun tak tahu dia menghilang ke mana. Nantilah aku cari dia balik, bila aku punya masa yang cukup. Boleh ke macam tu. Boleh kot. Dah 2 hari kot. Senyum.

Waktu yang banyak. Tapi kerja pun terlebih banyak dari waktu.
Kekadang aku pun tidak sedar waktu berjalan dengan cepat dan pantas. Hmm, kekadang aku melepaskan nafas kuat-kuat kerana aku tidak punya banyak waktu untuk menyelesaikannya seorang diri.

Aku rindu untuk duduk berlama-lama di hadapan Didi.
Rindu untuk menerokai blog kawan-kawan maya yang sudah lama tidak aku singgah. Aku memang tidak punya waktu yang banyak. Kenapa aku memilih untuk busy berbanding dengan punya waktu, boleh bersenang lenang dengan banyaknya?

Kata en. Hati.
"Yang, u tak sesuai kalau diam je. Nanti semua nak u fikir. Pastu mulalah u fikir bukan-bukan dan macam-macam. I lebih suka u ade kerja."

Aku suka.
Yes. Memang dia sangat mengenali aku. Mungkin sebab kami sudah kenal mengenali sudah lebih 7 tahun. Senyum.

Aku tidak boleh berlama-lama di sini. Perlu balik. Selesaikan apa yang tidak selesai lagi. Ada satu perkara yang aku biarkan terbengkalai. Esok due nya. Ketawa. Boleh aku relex lagi waktu begini. Giler.









Nota manis :
"Mak call. Katanya dia blur. Sebab duduk rumah sorang-sorang dan tidak dapat berfikir dengan kreatif. Ketawa. Ahh.. Aku tahu. Itu tandanya, emak suruh aku balik dengan kadar segera. Senyum. 2 minggu lagi mak. Anak mu akan balik. Sabarlah. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

oh..

Banyak keje.

Busy.
Tak cukup masa.

Pening.
Nak termuntah.
Mahu cuti.




Oh... Berpinar-pinar mata ku.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS