RSS

Rindu ini.

Rindu ini.

Ada dalam hati ku.
Tidak aku keluarkan.
Ia seolah-olah mengembang tanpa had sempadan.

Bila aku sangat rindukan kamu.
Dada ku seolah-olah sebak.
Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.
Aku sudah jatuh cinta.
Aku sudah jatuh rindu.
aku sudah jatuh sayang.
Hanya pada kamu.

Bagaimana harus aku gambarkan perasaan ini.
Aku tidak tahu.
Tapi kekadang ia terganggu.
Terganggu kerana ketiadaan kamu.
Oh. Kamu tahu.
Rindu sangat-sangat sakit.

Kesakitan itu tidak sama seperti terluka terhiris pisau.
Bahkan ia lebih tajam.
Menusuk kalbu.
Oh. Betapa hati ini merintih.

Sabarlah.
Bukankah masanya akan tiba tidak lama lagi?
Senyum, bahagia.







nota hati ;
"Adakah aku sekarang sedang meroyan angau? Ketawa. Ntah. Aku pun confuse."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday

Assalamualaikum.


30/03/2011
Happy Birthday.
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Selalu Dirahmati oleh Allah.
Aku selalu doakan kamu bahagia walaupun kat mana kamu ada.
Semoga Allah akan selalu memberkati dan melindungi kamu dengan rahmatNya.

Senyum dari aku sebagai hadiah hari lahir untuk kamu.
:)


Salam mesra,
-PinkyLucia-



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tahniah Cah..

Hari yang sangat membahagiakan.

Selamat berbahagia kepada semua yang bahagia. Senyum.

Selamat Puan Farha sms. Katanya, kawan kami Aisyah sedang di tahan di wad bersalin. Aku senyum. Hari ni atau esok, aku bakal akan menerima cahaya mata yang ke.... ke berapa pun tak tahu. Ramai sangat anak aku. Hahaha.

Hari ni, Puan Farha sekali lagi sms aku.
Katanya ; "Ecah sudah selamat melahirkan baby gurl. Lepas bersalin tadi, cah call Ha. Sebak ha, walaupun letih-letih bersalin, tetap ingat ha."
Aku tumpang gembira atas kejayaan kawan-kawan mendapatkan anak. Senyum.

Tahniah cah..
Baby gurl lagi tu. Dah jadi sepasang anak cah. Senyum.

Bila ditanya aku, bila aku akan menimang cahaya mata, aku akan tetap tersenyum.
Tiada jawapan yang spesific untuk soalan itu. Dan juga, tiada jawapan yang spesific untuk jodoh aku. Yang aku tahu, ia akan ku tamatkan juga walaupun cepat atau lambat.

Macam bonda kata, "Jodoh orang tak sama. Mungkin jodoh lewat sebab Allah tahu, kalau Dia cepatkan, kita tak kan dapat memegang tanggungjawab dengan baik." Aku senyum.

Ya. Mungkin.
Dan aku akuinya kerana ia adalah benar.
Aku seorang gadis yang nakal dan degil. Tidak mendengar kata dan jugak suka bertindak mengikut suka hati aku dan berani mengambil risiko dan menanggungnya sendirian. Waktu muda banyak ku habiskan dengan memuaskan hati sendiri. Kerana aku tahu, bila aku sudah bergelar seorang wanita yang bernama isteri, aku tidak boleh bertindak sesuka hati aku. Oh. Sayangnya bila tidak menggunakan masa sekarang dengan memuaskan hati sendiri. Hehe.

Berbalik pada topik asal.
Tahniah untuk Cah. Semoga Cah dapat menjadi ibu yang baik untuk kedua-dua anak cah kelak. dan menjadi seorang isteri mithali kepada bapa yang mempunyai 2 anak dan akan bertambah kelak. Hehe.

Lepas ni, giliran Ha plak.
Tak sabar nak dapat baby gurl dari Puan Farha. Hahaha. Kalau boy, jadikan gurl jugak. Boleh? Giler! Hahaha.






nota ringkas ;
"Aku sangat gembira melihat kawan-kawan gembira. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Akibat semalam.

Semalam ade tragedi yang berlaku.

Sudah ku doakan agar selamat semuanya. Tapi malang tidak berbau kata orang. Senyum. Tapi masih jugak tidak ade sekelumit fobia di hati. Ish3. Keras betul hati aku.

Malam tadi masih tidak terasa sakit-sakit badan. Tapi bila mahu bangun tidur pagi tadi. Ya Allah. Allah sahaja yang tahu. Lebam dah menampakkan taring. Biru sana sini. Ketawa seorang diri. Dah namanya jatuh. Memang macam tu. Lalala~

Kalau terlanggar kerusi, katil, meja, Aqeef dan macam-macam benda lagi laa aku langgar, semuanya lebam. Nanti hilang laa tu. Dasar ustazah ganas. Semua benda nak langgar. Haha.

Tak boleh berlama-lama di sini. Masa kena bahagikan dengan adil.
Blog + Anime + Kerja + Asigment.
Lalalala. Mungkin selepas ini, Anime di dahulukan. Dah obses ni. Dahla semuanya lawa-lawa dan comey-comey... wahhhhhh...







Nota orang busy bahagi masa :
"Ni baru 4 benda nak buat dalam satu masa. Dah busy mengalahkan menteri. Macam mana lah kalau lelaki yang kawen 4 tu... ish3.. Tak dapat aku bayangkan. Haha. Kenapa tetibe masuk poligami ni? Adeh."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom belajar motor. haha

Hari Ahad.

Gusi masih tidak hilang bengkaknya. Masih sakit. Tapi dapat menahan dengan baik kesakitannya. Senyum.

Minggu lepas sudah berjanji ngan Qilah untuk belajar motor bersama-sama. Jadi minggu ni, kotakan janji itu. Pagi-pagi dah terpaksa bersiap. Malas memang malas. Tapi, bila lagi ade masa yang kosong kalau bukan hari ni. Orang busy memang macam ni. Ketawa.

Jom belajar motor. haha.
Harap-harap tidak jatuh motor. Kalau jatuh, pastikan aku bangun dengan baik. Jangan sampai luka sudah. Lebam-lebam tu, sudah lumrah. Haha. Dah jatuh, mestilah lebam. Aku sebenarnya seram jugak ngan motor. Tapi... aku masih berdegil jugak nak ambik lesen motor. Takpelah. Untuk emergency. kan? Kalau ada emergencylaa... Hehe.

Sudah lambat, mahu pergi. Nanti Qilah marah plak. Huhu.





Nota penuh harapan :
"Moga Allah lindungi aku dari malapetaka yang mendatang. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aqeef yang hensem

Petang yang redup.

Perlu membasuh Aqeef yang hensem untuk menampakkan kehensemannya lagi. Minggu lepas, bila papa datang, papa yang basuhkan. Papa dah balik ke Gemencheh, so terpaksalah mama yang amik giliran bersama Aunty Asma.

Terima kasih kepada Aunty Asma kerana bersusah payah menolong membersihkan Aqeef Aiman yang puteh melepak ini. Senyum.

Mama nak bersihkan kakak Awliya' plak. Sian dia berhabuk. Mama tak pernah bias kat anak mama tahu. Ketawa.





nota bahagia :
"Bahagia bila anak-anak dah comey dan hensem. Barulah boleh jadi ibu mithali... Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ada perkara yang mengembirakan aku.

Assalamualaikum.


Hari yang baik. Cuaca yang baik jugak aku kira. dan suasana yang nyaman.
Ade perkara yang membuatkan aku gembira. Ya, aku tumpang gembira, kawan.
dan tahniah aku ucapkan kepada kamu.

Aku sangat lega.
Ntah kenapa aku lega bila mendengar berita yang disampaikan olehnya. Padahal bukan aku yang mahu menimang cahaya mata. Ketawa. Mungkin sebab dia sahabat aku, menyebabkan aku lega kerana dia bahagia.

Tatkala dia sedih, aku yang menangis.
Tatkala dia gembira, aku lega.
Tatkala dia duka, air mata ku menitik.
Aku sesekali tidak pernah membenarkan sesiapa melukainya. Kerana aku tidak pernah membuatkan dia luka.

Tahniah, kawan.
Selamat mengharunginya dengan jaya.
Baby gurl tau.. hehehe.







note rindu :
"Sangat rindukan zaman diploma bersama kamu. Giler-giler bersama."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS