ku jenguk tingkap. panas. cuaca redup.
senyum.
mata kuyu.
mengantuk.
ku dodoi mata di katil empuk.
mata tidak mahu pejam.
ku paksa.
pejam serapat yang boleh.
tapi tetap ade sesuatu yang pelik menusuk dijantung.
sakit.
kecewa.
terkilan.
ntah apa yang aku rasa.
aku tak dapat gambarkan.
susahnya bila ade sesuatu yang aku rasa serabai di dalam minda.
fuhhhh!
menghembuskan nafas sekuat yang boleh..
padahal perlahan je. haha.
perasaan apakah ini?
adakah aku tidak berperasaan.
atau mungkin tidak pandai merasa apakah perasaan ku sekarang?
pernahkah sesiapa dalam kalangan kamu merasa tidak keruan seperti apa yang aku rasa sekarang?
tidak menentu jadinya.
adakah aku tidak berperasaan?
quilling bersama Asma.
mata bertentangan mata dengan Asma.
dua-dua tersenyum.
kami ingin sekali ketawa. tapi melihat jam di dinding sudah menunjukkan angkat 3 dan lebihannya 30 minit.
memutuskan untuk tidur selena-lenanya.
selamat malam Asma. haha.
happy birthday Asma..
happy birthday...
semoga panjang umur..
semoga murah rezeki..
semoga apa yang dihajati tercapai...
semoga dipertemukan jodoh dengan orang yang baik..
semoga awet muda selalu..
semoga ceria-ceria dan senyum-senyum selalu. =)dikesempatan yang ada,
ingin ku susun 20 jari memohon maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan.
semoga persahabatan ini akan terus kekal mewangi hingga ke hujung nyawa.
sayang Asma selalu..
PinkyLucia.
antara 2 pilihan. yang mana terbaik.
blogwalking sambil membaca berita + makan-makan + sms + sebagainya dalam 1 masa. dan terbaca cerita menarik. pasal pilihan.
berkali-kali aku jatuh cinta..
aku mengucap Alhamdullillah, syukur dan berterima kasih kepada Ilahi kerana mengurniakan "dia" kepada ku. Walaupun "dia" bukanlah lelaki yang sempurna di mata orang lain. tapi dia cukup sempurna di mata ku. berkali-kali aku jatuh cinta padanya. =)
aku juga sangat bersyukur. kerana Allah mengurniakan dia buat ku. dia peneman ku kala aku jatuh. penasihat ku kala aku tersungkur. membuatkan aku tersenyum kala aku sedih. membuatkan aku senang tatkala aku jemu.
terima kasih Allah, kerana menghadiahkan aku benda yang paling berharga buat ku. sehingga kini aku merasa sangat bahagia. =)
monyet UM
pagi-pagi banyak monyet. petang-petang banyak monyet. tak tahu time pagi mana tak de monyet. tak tahu time petang mana tak de monyet. aduhai. kekadang aku rasa, UM ni macam zoo monyet plak. haha. nama aje kL. lalala~
apa beza monyet UM ngan monyet kat kampung aku.
monyet UM.
- lebih advance.
- lebih gatal.
- lebih pandai dan lebih master.
contohnya. ini kisah benar. dia bukak pintu bilik. dia masuk. dia makan makanan dalam bilik. kawan dia mengintai je kat luar. tak boleh nak masuk. tahu kenapa? sebab lepas dia masuk melalui tingkap, dia tutup tingkap tu rapat-rapat. haha. so kawan-kawan nya yang ade kat luar tak dapat nak masuk menikmati keenakan biskut dan makanan di dalam bilik.
wah! kedekut rupanya. haha.
- punyai skill dalam pelbagai bidang.
skill membuka dan menutup tingkap sangat master. bukan itu sahaja, bahkan dorang semua telah lama lulus dalam skill sepahkan barang dan tong sampah di kolej-kolej kediaman. tambahan pula, skill untuk membezakan antara jantina lelaki dan perempuan sangat expert menyebabkan dia boleh mengejar mana-mana perempuan yang dirasakan comel, seperti aku. haha.
banyak lagi skill-skill yang menarik. tapi tak larat nak senaraikan.
monyet kampung.
ko ade macam monyet UM? ko tak de. hahaha.
kelakar betul monyet UM. lalalala~ yang paling aku tak boleh lupa, aku masih ingat macam mana penatnya berlari apabila dikejar oleh monyet-monyet yang gatal itu. hilang segala keayuan dan kecomelan ku. haha.
MAHA
tepat jam 432pm. hp ku berbunyi. sms dari en.Hati kesayanganku. =) mengajak ku ke MAHA. aku yang masih blur-blur tentang MAHA ni bertanya,
"Yang, MAHA tu apa?"
en.Hati plak, bukan jenis yang banyak bercakap. maklumlah lelaki macho yang hanya suka tersenyum je katakan.. katanya,
"i tak tahu laa nak cakap dan terangkan kat u."
"kalau macam tu. jom la. biar i tengok sendiri."
hmm, aku tahu MAHA ni dari Asma. dan jugak dari blog Jard. tapi aku masih blur-blur lagi apa tu MAHA. dan semalam, aku tahu apa tu MAHA. haha. ketinggalan zaman sungguh aku ni. ish3. nampak sangat aku tidak mengikuti perkembangan semasa di sebabkan oleh exam yang melanda dan setelah habis exam, aku merayau tak tentu hala plak. menyebabkan aku makin tak tahu perkembangan dunia Malaysia.. (credit to Asma dan blog Jard kerana telah memberi info kepada ku. ngeh3.)
aaahh... persetankan semua tu. semuanya alasan semata-mata. haha.
yang penting, sangat bahagia berada di sana. aku bukan tengok orang pun. aku tengok en. Hati je. hensem berlipat kali ganda plak hari ni. pelik aku. makin aku tengok, makin hensem. padahal haram tak hensem pun, kata salah seorang kawan aku. haha. hensem tu bukan ade kat mata kamu. tapi ade kat mata aku. haha. kerana itu aku yang jatuh cinta. bukan kamu. haha.
apa yang menarik di MAHA ialah tentang pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bungaan. hahaha. aku suka tengok bunga. cantik. terutamanya orkid. wah!. ade yang besar. ade yang kecik. macam-macam. naik rabun aku tengok. haha. semua cantik-cantik. tapi aku ni bukan jenis yang suka kat bunga. tengok suka la. tapi kalau kasik or simpan, no. tak suka.
pelik. tapi benar.
pastu MAHA ni besar. kitorang tak habis pun tawaf. tapi aku dah penat dah. dah tak larat nak jalan dah. so decide untuk balik.
terima kasih kepada en. Hati. aku suka. aku bahagia. =) kini, aku sedang tersenyum.






