setelah aku berfikir. dan berkira-kira. aku membuat keputusan. aku ingin mengambil cuti daripada dunia blog.
kamu mesti tertanya-tanya kenapa.
jawapanku.. entahlah..
aku hilang mood untuk seketika. dan aku tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun yang berkenaan dengan dunia blog or blogger-blogger hit.. hot.. tak hit.. tak hot..
mungkin juga aku sudah penat. or mungkin juga aku telah kehilangan idea untuk menulis. or mungkin juga aku sudah bosan dengan dunia maya ini. aku pun tak tahu apakah sebabnya..
lama aku termenung.
entah~!
aku tak temui jawapannya.
aku menjadi keliru.
apakah sebenarnya yang aku mahu?
mungkin jawapannya ada. cuma aku yang masih belum nampak akan kesahihannya...
aku pohon maaf andai aku terkasar bahasa, tersilap bicara, terover mengata, terlazer mengutuk, semua harap di maafi...
=) jangan rindukan aku. kerana ia tidak ade faedahnya, hehehe
jangan rindukan aku
termenung..
aku termenung lagi.
entah apa yang aku fikirkan aku pun tak pasti. kekadang apa yang kita nak buat, bukan selalunya betul. terkadang ianya salah. tapi kita tak nampak. tapi orang lain nampak... terkadang ia ada kekangan dari banyak pihak. sama ada pihak yang cemburukannya or pihak yang menyokongnya..
asam garam dalam kehidupan, memang lumrah dan adat kalau ada yang cemburu, tak puas hati dan menyokong..
hmm.. tapi aku jarang peduli pada apa yang orang kata. aku terkadang hanya peduli pada apa yang aku kata. dan aku buat apa yang aku fikir perlu. terkadang ianya salah. bila aku sedar, aku perbetulkan.. tapi kalau tak sedar.... almaklumlaa... :D
tapi tak semua yang aku suka, orang lain suka. dan tak semua yang orang lain suka, aku suka.. so bila hidup berdua or bermasyarakat, kita kena jugak mengambil kira pasal orang lain.. yup.. aku sekarang hidup bermasyarakat.. bukan hidup berseorangan..
kekadang apa yang kita perlu buat ialah tabahkan diri. kuatkan semangat.. tebalkan tekad.. kerana semua yang kita lalui pasti ada jalan penyelesaiannya..
kerana itu akan membuatkan kita matang dalam mengharungi kehidupan..
dan membuatkan aku terus tersenyum.. =)
cinta tak boleh dipaksa..
cinta adalah satu lumrah.. satu anugerah.. satu keistimewaan.. cinta juga menjadikan dunia yang kita diami semakin indah dan bermakna...
kata orang, cinta itu buta.. tapi kata aku.. cinta itu bukan buta.. tapi kita yang membutakan cinta..
senyumlah tatkala cinta itu datang.. dan cerialah saat ia ada disisi.. kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati..
ada satu yang istimewa bagi cinta.. ia membawa kebahagian umpama langit tak berawan.. sentiasa membiru..
aku cinta kamu, hanya kerana diri kamu.... bukan kerana siapa kamu.. bagiku cinta aku tak mengenal siapa kamu.. ia datang tanpa aku paksa...
=) cintailah seadanya..
JUTAAN LEMON TERIMA KASIH
entry ni khusus untuk nama-nama yang terpahat dalam entry ni..
semalam cikguFARHA marah.. lebih kurang macam ni laa..
cikguFARHA.."wehh nok maroh nih..bakpe tukor layout????"
aku.. "saje je tukar layout.. nak test, ura pandai ke dok.. asik suh ha je tukar.. hehehe"
cikguFARHA.. "waa....dok kesoh laa nak test tp biar laa cari hok comey skit weeyy..tukar2 edit semula..cari hok jiwe ura..mcm dok saboh jee layout nih ngan ura hehehe..i know who u r more than another person k!"
aku.. "hahahahaha.. hmm.. tak kena ngn jiwa eh? lalalaa~ entahlaa.. rini tak ley fikir sangat.. sakit badan. esok2 ley kot.. hehehe.. ni guna lappy bos.. kalau guna lappy ura.. ura tak tukr pun.. hehehehe"
kenapa aku nak tukar? may be sebab dah boring kot. aku ni bukan boleh lelama tengok benda yang sama.. lain laa kalau benda yang aku suka. hahaha.. lama-lama aku tengok pun tak pe. aku tak kesah. hehehe..
maaf ye ha.. saje je try-try.. kata abg haji.. "TRY AND ERROR".. :D
ramai yang tertanya-tanya siapakah abg haji yang aku maksud kan.. korang boleh klik link yang aku letak. hehehe. ntah macam mana ntah aku boleh panggilan tu.. aku pun tak tahu. sekarang aku dah tak selesa nak panggil benda lain. aku lebih selesa panggil abg haji. hehehe. ampun ye bro.. hehehehe... berbalik pada cerita asal...
Lagipun entah apa yang aku rasa pun aku tak tahu. aku selesa ngan layout yang baru. kalau korang tak suka, kutuklah.. hehehe.. aku kasik chance ni.. sebab aku memang sorang gadis yang tak tahu memilih.. hehehe
tapi kalau nak tukar, dah malas.. hahaha.. ha, tolong tukarkanlaa.. lalalala~
hm, ade beberapa orang telah menegur aku menggunakan disqus.. ini adalah pengaruh ko laa ahfatt.. dan jugak jard.. ish3.. terpengaruh jugak aku akhirnya.. sebenarnya aku memang nak tukar lama.. tapi tak faham-faham ape yang aku baca..
semalam adalah bermulanya cerita... aku buzz abg haji.. tanya pasal disqus.. bla.. bla.. bla..
abg haji dengan baik hati jantung limpa mengajar aku yang memang sedia ade lambat macam siput ayu ni.. hahaha.. tapi sekerat jalan je.. sebab line ternet rumah ni problem sikit semalam.. so aku masuk malam ni.. dan abg haji dengan penuh sabar dan berpeluh ketiaknya telah mengajar aku si siput ayu sampai laa aku faham. akhirnya inilah kesan-kesanya.. lalala~
sebenarnya layout ni pun dia yang kata ok.. hahaha.. aku kalau orang kata ok.. aku ok kan je. sebab aku bukanya memilih sangat.. cadang nak letak je. hari ni nak tukar lain. tapi malas tahap gaban ni.. biar laa kat situ.. hehehe.. agak-agak aku boring aku tukar laa..
widget pun aku malas nak letak. letak yang mana penting je.. cehh.. hihihi..
so, kat sini aku ingin mengucapkan berjuta-juta lemon penghargaan yang tidak terhingga banyaknya untuk abg haji yang menjadi cikgu aku dengan sopan dan penuh kesabaran.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..
terima kasih daun keladi.. lain kali aku mintak tolong lagi.. lalalalala :D
ha..mintak maaf.. malas doh nak edit layout kasik comel2.. nanti laa kalau ura rajin.. hahahaha..
p/s untuk "abg ahfatt".. silalah jangan jealous dengan keakraban aku.. hehehehehe
ceria..
hidup mesti ceria walaupun masih sakit-sakit badan..
:) senyum itu penting untuk meneruskan semua perjalanan hidup yang ade..
yang penting kita tahu menghargai segala apa yang ade.. kerana segalanya bermula dengan sebuah senyuman...
betul tak?
p/s : entry ni khas untuk "abg ahfatt" yang jeles.. hahahaha
tidak bernasib baik..
setiap orang ade nasib tersendiri.. sama ada bernasib baik atau pun tak. kalau kita bernasib baik, alhamdulillah.. kalau tak, pasti ade laa sesuatu perkara yang salah kita lakukan. betul ke tidak? betul ke tidak? betul ke tidak? hehehe
kata orang, kalau Allah sayang kita, dia akan bagi kita ujian. mungkin kamu tidak bernasib baik kerana Allah mahu menguji kamu kerana Dia sangat sayang pada kamu. atau mungkin kamu bernasib baik, kerana Allah jugak ingin menguji kamu dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya sama ada kamu bersyukur atau pun tak. hehehe.
so sama ada kamu bernasib baik or not, ingatlah, Allah itu maha Penyayang.. Dia tak kan menzalimi hambaNya dengan sesuka hati.. kecuali kamu ade buat salah dan Dia memberi hukuman kepada kamu berupa pengajaran yang perlu kamu ingat.. bahawa kamu ade tanggungjawab yang perlu kamu tunaikan dan tanggungjawab itu adalah suruhan dari Allah..
waaa.. ustazah bagi tazkirah plak..
kenapa tetibe je ustazah kasik tazkirah ni?
ustazah pun tak tahu.. tapi bak kata uncle BONEKA.. ustazah kena la kasik nasihat.. hehehe..
Apa kena ngan aku hari ni? petang tadi.. aku masuk bilik air untuk mandi.. tetibe macam pening. hehehe. pastu aku sedar, aku dah terjelepuk kat lantai bilik air.. :D
yang peliknya, aku jatuh ke belakang, tapi yang lukanya peha aku yang kat depan. siap berdarah lagi. dan sekarang dah lebam.
lepas mandi tadi, aku tengok kat cermin belakang aku yang sakit ni. dah pun lebam. hehehe. merah-merah lebam. sekarang makin sakit. mungkin kali ini, aku tidak bernasib baik. dan Allah sayangkan aku. or mungkin aku ade buat salah pada sesiapa.
aku POHON MAAF. harap korang maafkan aku. =)
try teka aku buat ape? aku diam je. terus lembik. aku ngah berkira-kira. nak bagitahu mak or tak.. last-last pukul 1051pm aku cakap kat mak. dasar anak manje. hahaha. pastu 1jam kemudian baru mak reply. sedih plak rasa. huhu..
mak kata, esok lagi sakit badan aku tu. aku tak sapu ubat. sebab? malas. hahaha. sapu nak sapukan ubat untuk aku? sila hantar resume. hahaha..
badan aku sakit ni. aku perlu rehat. makin sakit pinggang dan peha ni.. bahu pun sama. huhu. aku rasa, 1st time kot aku jatuh bilik air. sebab aku tak pernah ingat aku ade jatuh bilik air. hehehe. 1st time seingat aku laa.. hehehe,.
hope esok makin elok.. ;D doakan aku. =)
TAHNIAH!!
Ucapan tahniah pertama aku tujukan kepada adik aku yang amik PMR tahun ni.. dah keluar pun resultnya semalam.. alhamdullillah.. syukur.. 8A 1B..
Tahniah
Semoga Apa yang Dicita Akan Datang Akan Termakbul seperti Hari ini..
Belajar Rajin-rajin Untuk Tahun Akan Datang..
Semoga Rajin laa menghafal Quran tu,.. hehehe
kak bangga dapat adik macam Mah. hehehe
-kak-
TAHNIAH untuk pointer yang gempak itu.. walaupun busy, masa tidur tak cukup, dengan latihan palapes yang tak tahu bila nak habis.. ngan program motivasi yang tak sudah-sudah.. dating pun jarang-jarang (dalam 2 bulan 1x) huhu..
tapi aku sangat bahagia bila dengar dan ku lihat sendiri di page UKM.. 3.87.. tahniah.. aku sangat bangga dengan dirimu.. ku harap pointer ni akan di kekalkan untuk semester yang akan datang..
semoga result ini akan dikekalkan..
tahniah kerana dapat membanggakan mak..
dan..
aku sangat bangga dengan mengenali kamu..
=)
-azura-
hmm.. rezeki aku bila nak sampai macam ni? best je tengok orang.. jujur aku katakan.. aku sangat jeles dengan en.peguam.. kenapa dia pandai? aku kurang pandai? hahahaha.. soklan yang bocor.. mungkin aku kena usaha lagi lebih dari dulu-dulu..
chaiyok3.. dan kawan-kawan.. kamu mesti tolong aku jugak sem ni.. hehehe.. aku mahu target ku kena sem ni.. huhu..





