senyum sokmo..
kemaafan ku pohon..
memohon maaf tak sepayah memberi kemaafan..
aku dah buat salah. tanpa aku sedari.. aku mengulanginya sebanyak 2 kali. ya, aku tahu. tapi aku hanya seorang manusia. aku memang tak sengaja. aku tahu, dia marah.
waa.. aku rasakan yang aku memang bersalah. katanya kalau kali ke3 aku melakukannya.. aku memang tak patut ditolong. hm.. memang aku akui aku takut dengan ugutan itu. sebab? kerana aku suka cara dia bekerja. kemas dan teratur. tapi kalau dia dah marah.. may be memang patut aku dihukum..
tapi kata orang.. kalau kita pohon maaf.. sekurang2 nya sejuk sikit hatinya..
aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi.. aku harap, janji itu akan ku pegang tanpa ade kelupaan dalam otak ku ini.. huhu
kerana semenjak 2 menjak ni.. aku memang selalu lupa.. maaf kan aku.. :)
aku hanyalah seorang wanita
aku hanya sekadar wanita yang tak punyai apa2. aku tidak lah se'gah' Balqis.. atau semulia Khadijah.. atau serupawan Aisyah.. atau sebaik Maryam..
tapi aku wanita yang punyai hati. aku punya perasaan. aku juga punya kesabaran yang ada hadnya. tapi bos aku kata.. sabar itu tiada batasnya.. hanya kita yang meletakkan batas kesabaran.. aku mahu seperti itu.. tapi aku kira.. aku tidak mampu untuk melakukannya.. kerana aku bukanlah seorang wanita yang sangat sabar..
tapi semua itu aku boleh pelajari. aku boleh melalui pengalaman. aku boleh berubah.. cuma ia memakan masa.. may be 1 hari atau 1 minggu atau 1 bulan atau jugak 1 tahun atau bertahun2 lamanya..
cuma orang yang menunggu itu seharusnya juga sangat bersabar dengan segala kerenah ku. kerana aku berjanji akan menjadi seorang wanita yang teguh, seteguh Khadijah di sisi Rasullullah..
kerana aku hanyalah seorang wanita yang tak punya apa2..
ya! aku mampu!
aku fikir aku seorang yang realistik. aku kira aku dapat selalu berpijak di bumi nyata. nyata aku bukan lah sekuat dan seteguh itu.
tapi terkadang penting juga aku berangan mahu kan itu dan ini. tapi bila tersedar dari angan2 itu.. kaki ku kembali menyentuh bumi.
kata mak.. aku mesti dan harus tahu setakat mana kemampuan aku. sebab ia penting untuk menentukan arah tujuan hidup aku akan datang. tapi apabila aku fikir aku mampu.. ia seharusnya aku boleh..
cuma kemampuan itu harus aku bandingkan dengan diri ku yang dhoif ini.. dan katakanlah.. ya! aku mampu!
tapi tak salah kan berangan.. cuma jangan "terlebey sudaa" hehe
wabak kah itu?
"sharing is caring.."
prof Megat selalu mengulangnya di dalam kelas. aku juga lah selalu tersenyum. tapi hati aku menidakkan. kenapa? entah. aku tidak pasti dengan hati jantung aku yang selalu menidakkannya.
aku terasa sharing kekadang perkara yang merimaskan aku. kenapa ini harus ku rasa kan ini di dalam hati.
tapi hari ni, prof Megat menyebutnya lagi. hati aku pada mula nya memang sangat menidakkan. entah. may be aku belum ada pengalaman itu.
semalam, 1 sms telah ku terima. mengatakan dia demam. aku pada mula nya memang tidak mempunyai apa2 perasaan. (memang aku seorang perempuan yang agak keras, may be laa.. itu pada pandangan ku saja. kamu lihat, kamu tahu. hehe) tapi bila ku baca sms itu berulang kali, dan ku terfikir tentang wabak yang melanda sekarang, hati ku mula terdetik bimbang.
adakah aku seorang yang agak caring. entah. aku pun tak pasti. yang aku pasti kala ini adalah, aku bmbgkannya..
suhu badan mencecah 38.1 eh, tinggi nya kataku dalam hati. tapi aku tidak menyuarakannya. nanti terbabas kata pulak.. takut jugak aku..
tapi aku hanya mengharap pada suatu kepastian.. aku mahu kan dia sembuh seperti sedia kala. aku mahu melihat 1 sinar di matanya yang bercahaya. aku mahu melihat jalur senyuman pelangi dia wajahnya ayu comel..
aku harapkan dia sihat dan kembali sedia kala. Amin..
1001 kepastian..
aku ingin terbang.. sejauh mana yang aku mampu. tapi ku sedar.. aku tidak dapat menggapainya..
ku ingin terbang tinggi.. supaya semua nya akan ku lihat. tapi aku tahu, berada di atas awan tidak semestinya indah kerana kekadang ada juga terselit titik noda hitam untuk ku atasinya..
berpijaklah di bumi nyata. kerana ia membawa pada 1001 kepastian.
kerana realiti itu pasti
hidup ni sebenarnya ialah suatu yang kita tak kan jangka ia terjadi. ia seperti angin yang berlalu pergi. tanpa pesan. tanpa nota. tanpa noktah.
kita kekadang merancang. tapi yang Maha Perancang masih ada di sana. Dia mengetahui segalanya yang berlaku dan yang tidak patut berlaku.
kekadang aku fikir, hidup ini tak adil. tapi aku tahu, di sebalik semua yang berlaku, pasti terselit hikmah yang tersembunyi.. kerana semua perkara yang terjadi, pasti ada kebaikannya.
cuma kita perlu kuat untuk menempuhi sesuatu cabaran dan dugaan yang selalu datang.
aku tak pernah menyangka, aku akan jadi sekuat ini. setabah ini. semangat demi semangat muncul dalam diri. tapi aku tahu, untuk menempuhi hidup, semangat dan azam mesti kuat. kerana aku hidup untuk meneruskan visi dan misi.
dan aku dengan penuh harapan berharap aku akan setabah dan sekuat sekarang. walaupun kekadang ku rasa bahu ku begitu berat memikul nya.
kerana realiti itu pasti...





