RSS

Ya Allah, lindungi aku dan keluarga ku dari perbuatan yang zalim.

Assalamualaikum.  Selamat sejahtera. Hai semua.

Pejam celik pejam celik dah Sabtu balik. Sekejap nyalah masa berlalu. Rasa baru je cuti, dah pun cuti balik. Tapi hari ni sekolah. Sampai jam 12 tengah hari. Harap semua nya berjalan lancar.

Pagi tadi bangun. Buat apa yang patut. Pastu baca msg-msg yang menimbun. Baca whatsapp. Baca telegram. Semua sibuk cakap pasal Pasir Besar ade kes pembuangan bayi. Tengok gambar. Ya Allah. Sampai hati laa orang yang buat macam ni. Aku terfikir, kalau dia bagi kat aku pun baik. Naurah pun ade kawan.

Sedihnya laa... 


Alahai manusia.
Masa belajar dulu, ustaz selalu kata, salah satu syafaat untuk kita masuk syurga adalah anak kita yang belum baligh meninggalkan kita. Di jemput Ilahi. Dia akan tunggu kita di pintu syurga. Dia akan tarik kita masuk syurga. Kalau kes macam ni, macam mana plak?
Bergenang air mata aku.

Ramai lagi orang yang nak anak. Tapi dia dapat anak, dibunuh nya. Ya Allah, lindungi aku dan keluarga ku dari perbuatan yang zalim. Amin.
Semoga dia insaf dan mendapat balasan yang setimpal. insya Allah.










Nota Pinky ;
"Tak sabar nak tunggu ayah dan mak datang minggu depan. Rindunya lah kat ayah dan mak.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dugaan menjadi seorang guru

Assalamualaikum. Salam 1 Dunia.

Hari ni, macam tak stress sangat. Tapi still banyak kerja yang tak sempat dihabiskan lagi. Banyak sangat-sangat. Kekadang aku tak tahu kerja apa sebenarnya aku buat. Sampai tak habis-habis lagi kerja. Kerja. Kerja. Kerja.

Makin difikirkan, makin banyak laa plak kerja aku.
Bila senaraikan kerja yang tak siap, memang sangatlah banyak. Ini tahap tak bertangguh dah buat kerja. Kalau tahap bertangguh buat kerja. Haru biru merah kuning hijau laa jugak.. Ish3...

Sekarang dah masuk bulan kedua dan dah dekat tiga bulan datang sekolah kul6.30 or 6.45 balik rumah, kul5.30 then sampai kat rumah jam 6petang.Hampir 12 jam. Tu pun ada lagi orang pertikaikan guru kerja separuh hari la.. Banyak cuti laa.. Rasa nak hempuk jer orang tu. Nak bagi dia bukak mata sikit. Macam tak pernah datang ke sekolah jer gayanya bercakap. Dush. Dush. Dush.

Sekarang aku ngah tak de mood. Dan sedang mencari mood balik.
Terasa sangat kecewa dengan seorang pelajar. Pelajar yang pandai. Markah pun dapat tinggi. Amali solat tak pernah ponteng. Berminat dalam segala segi. Baik akhlaknya di mata aku. Cantik. Body solid. Ok. Stop. Semua aku nak cakap ke? Haha. Tapi tetiba buat perkara yang luar jangkaan. Aduhai. Aku sangat kecewa. Sebab aku baik sangat ngan pelajar ni.

Istighfar banyak2.
Sebenarnya dah 2 3 4 5 6 7 8 9 hari dah aku fikir. Apa yang patut aku buat. Last sekali semalam, aku cakap ngan kaunselor. Biarlah dia uruskan. Aku ingat, aku tidak akan rasa kecewa lagi. Tapi sampai sekarang, rasa itu masih di dalam. Masih tidak mahu keluar.

Kekadang seorang guru, bukanlah mementingkan diri sendiri. Tapi dia tak tahu mahu menyelesaikan masalah tu macam mana. Jadi, sesetengah perkara memerlukan pertolongan guru lain. Mungkin guru lain boleh membantu. Siapa tahu?

Tujuan semua guru hanya satu.
Melihat anak didiknya menjadi orang berguna.
Definisi berguna di sini adalah walaupun dia tidak berjaya dalam mata pelajaran, tak berjaya memperoleh result yang baik, tapi akhlaknya adalah yang terbaik. Itu sudah memadai.. Semua guru menginginkannya.

Dugaan menjadi guru sekarang sangatlah mencabar. Terutamanya di zaman teknologi ni. hmm... Kekadang aku berasa sangat penat. Dan berputus asa. Tapi Kekadang aku berasa selesa tak tidak memenatkan. Dugaannya turun dan naik. Aku harap, aku dapat menjadi seorang guru kerana Allah.

Amin.







Nota Pinky ;
"Apa kena ngan badan aku sekarang. Asyik penat je. Hmmm.. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pertandingan Nasyid, Marhaban dan Berzanji.

Hari yang penat.
Setiap Rabu pun memang macam ni kan.. Hm....

Pertandingan Nasyid, Marhaban dan Berzanji hari ni kat SMK TBS, Tampin.
Sebenarnya, ni adalah penyertaan pertama budak nasyid tahun ni. Sebab yang tahun lepas dah habis sekolah semua nya. Aku agak risau sebenarnya. Sebab maklumlah kali pertama menyertai pertandingan ni. Takut kelam kabut dan tetiba terkaku atas pentas. Hayya. Risau.

Tapi lepas dah habis, not bad laa untuk kali pertama.
Walaupun ade lupa lirik sikit. Dan jugak lari dari tajuk. Hentam jela. Yang penting, pelajar dah berani nak ke depan. Dah cukup baguslah tu. Alhamdulillah.

Walau bagaimanapun, ustazah bangga dengan korang. Chaiyok untuk akan datang. Hehe. Sebab 9 Mei pertandingan nasyid antara asrama plak. Harap lebih elok untuk kali kedua.

Go. Taharian. Go.





Nota Pinky ;
"TQ sayang, sebab tolong ajarkan murid i nasyid. Maklumlah, i ni buta sikit bab muzik. Hoho."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa untuk menghabiskan cuti.

Assalamualaikum Selamat pagi.

Selamat menghabiskan cuti yang berbaki.
Cuti agak lama kali ni. Boleh laa berehat tenang kan minda dan hati sekejap. Asyik stress dan sakit hati je ngan pelajar. Suruh belajar tapi taknak belajar. Susahlah. Tak tahu apa yang dorang fikir sebenarnya. Aku dulu pelajar jugak, tapi takde pun fikir malas nak belajar. Hmm.. Tapi tak leh nak samakan sebab aku dulu sekolah terpilih. Bukan Smk.

Tapi ade pelajar kelas depan, OK. Bukan semua. Yang masalahnya sekarang, pelajar yang dipertanggungjawabkan adalah kelas paling pandai. Sebab dah rasa diri pandai tu yang jadi taknak belajar. Kan. Sekarang dah masuk bulan 5 pun aku masih fikir cara nak tarik minat pelajar. Dah macam-macam dah guna. Haisshh. Ok. Abaikan. Sekarang waktu cuti ok.

Dapat berita menyedihkan.
Suami seorang kawan kemalangan jalan raya. Kawan plak mengandung dan sedang alahan dengan teruk. Ada anak kecik umur 9bulan yang asyik nak bermanja. Hmm.. Banyak betul ujian Allah bagi kat dia. Harap dia dapat menempuhi ujian ini ngan tabah dan redha. Insya Allah ganjaran Allah adalah lebih besar. Amin.

Cuti ni pegi melawat sanak saudara di Pahang.
Yelah. Dari kahwin dan sekarang dah beranak. Pinak. Langsung tak bawak suami dan anak untuk perkenalkan pada sanak saudara. Apa ni Pinky? So disebabkan itu, aku bawak lah. Memandangkan sanak saudara di Kedah dan Penang dah pun kami ziarah.

Alhamdulillah sambutan baik. Tak de marah-marah. Cuma pak sedara tanya lah. Ni siapa. Nilah suami saya. hihi. Bagus betul anak sedara. Kalau ada anak cucu nanti, nak pesan kat dorang, jangan buat macam nenek ni. Tak baik. Haha. =P

Hmm. Bila dah balik rumah ni, faham-faham lah. Baju bajan memang menimbun la. Dah berjalan dari hari khamis tak basuh-basuh. Memang biasa tu kan. Sekarang masa membersihkan rumah yang aku tak tahu macam mana aku nak kemaskan. Fail betul bab kemas mengemas ni. Ok. Janjintak bersepah.

Ok. Bye.







Nota Pinky ;
"2 3 hari ni, en. Hati sangat lah sweet. Romantik. Aku tak tahu kenapa. Dan aku taknak tanya kenapa. Dan aku suka dia macam ni. Haha. Comey betul en. Hati ni. I love U, Sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Paginya update blog.Haha

Assalamualaikum. Selamat pagi u ols.
Memang sangat pagi update blog hari ni. Sepatutnya aku bersiap sekarang untuk ke sekolah. Tapi rasa lelah sangat. Dari jam 4pagi tak berhenti kerja. Hmm. Rutin menjadi seorang ibu.

So sementara rehat 5 minit ni, aku update blog jap.

Hari ni last sekolah.
Dalam hati bukan main kepalang seronoknya. Tapi kat luar tak leh laa nak melompat bincang bagai kan. Rileks sudaaa. Aik. Nampak ke hati aku lompat bintang ni?

Perancangan untuk cuti ni dah dibuat.
Nak bawak Naurah jengjalan. Perkenalkan kat sedara mara. Hayya. Naurah dah nak masuk 9 bulan baru nak Perkenalkan. Hmm.. Umi ngan abi busy bersangatan. Macam ni lah jadinya.

Jom. Ke sekolah.
Hihi. Aku dari kecik sampai besar dah kawin asyik ke sekolah jer.. Bila nak tamat sekolah ni.? :P




Nota Pinky;
"Rasa nak berehat. Nak tidur tanpa gangguan. Penat."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TQ my BFF..

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam Isnin.
Hmm.. Kalau hari Isnin, mesti rasa lemau. Rasa tak bermaya. Rasa kelam kabut. Hayya. Kenapa lah selalu macam ni. Rasa nak cuti tu membuak-buak lagi. Korang rasa tak apa yang aku rasa ni? Rasa tak... Rasa tak... Rasa tak... Hahaha.

Apalah aku membebel ni. Ok. Off topik.

Sebenarnya tetiba dapat surat cinta dari My BFF a. k. a CF..
Hai.. Dah lama tak de sesiapa nak bagi surat cinta, tetiba dapat. Rasa melting laa plak. Haha.

Tq Sayang atas surat yang takde setem tu. Hoho.

Awak,
Sebenarnya kita tak busy sangat pun. Kita cuma sedang belajar menguruskan masa. Belajar urus suami + anak + rumah tangga yang tak de tangga ni + kerja di sekolah + macam-macam lagi. Kita kan baru mengeluarkan my bidadari dari my tummy. So kita tak berapa nak reti lagi uruskan masa. Sekarang baru kita biasa. Kita pun rindu nak berblog macam dulu. Nak komen kat blog awak. Nak blog walking tetiap hari. Bina jaringan ngan blog. (Apa maksud bina jaringan ngan blog? Ntah. Confuse kejap. Jari tulis. Otak tak fikir pun. Ha. Ha. Ha.)

wah! Tergeliat lidah aku wey cakap awak-kita-awak-kita-awak-kita.

Aku sayang kamu.
Tetiba rasa malu plak bagitahu macam ni. Lalala~~ =P








Nota Pinky ;
"Menghitung hari. Hari ni. Esok. Lusa dapat jumpa My Hati. Tak sabar nya. Sayang, i ngah tunggu u balik ni.. Hehe."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyak jugak hikmahnya.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah wa syukurillah. Kesihatan bertambah baik. Cuma selsema, sakit tekak dan batuk jer belum hilang lagi. Insya Allah akan sembuh tak lama lagi.

Nikmat kesihatan bila ditarik, Ya Allah... Besarnya rahmat Mu bagi sihat walafiat sebelum ni. Tapi besar lagi rahmat Mu bagi sakit sebab sakit menghilangkan semua dosa-dosa yang ada. Alhamdulillah.

Sekarang. berada ngan My Bidadari. Without My Hati.
Bila berseorangan macam ni, aku sempat bermuhasabah. Ewwahhh. Banyaknya nikmat yang Maha Esa bagi kat aku. Pindah balik Malaya. Pregnant. Lahirkan my Bidadari di Kelantan. Ada Bidadari peneman. Bidadari yang sihat dan kuat macam Abi. Abi dapat sambung master. Then doakan Abi tamatkan nya hujung tahun ni. Banyak lagi la..

Tapi..
Aku tetap rindukan saat dulu. Sebelum aku balik ke Malaya. Tiap-tiap hari aku qiyamullail. Tiap-tiap hari aku bercerita pada Allah. Tiap-tiap hari aku menangis dalam doa. Tapi... bila dikurniakan nikmat yang banyak, hanya beberapa hari je dalam seminggu aku bangun malam. Itu pun tidak bersungguh-sungguh. Ya Allah.

Aku harap, dengan kesihatan yang bertambah baik ni, aku akan dapat qiyamullail macam dulu. Dan bercerita macam-macam pada yang Maha Penyayang. Dapat memohon macam-macam pada yang Maha Pemberi Rezeki. Subhanallah.

Sekarang terasa Aku seolah-olah kacang lupakan kulit.

Bila dapat apa yang dihajati, aku lupa kepada yang Maha Pemberi. Tarik nafas dalam-dalam.

Hmmm.. Sebenarnya banyak jugak hikmah nya bila my Hati banyak hari berkursus. Sempatlah aku bermuhasabah diri. Sekarang aku berazam untuk jadi macam dulu. Insya Allah.

Doakan tau!

Go Pinky! Go!





Nota Pinky ;
"Bila sihat macam ni mula lah gian nak menjahit. Haiya! Tapi kepala masih berpusing. Dengar nasihat orang tua Pinky. Kesihatan diutamakan. Hoho."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS