Assalamualaikum. Salam Subuh. Semua.
Selesai solat subuh dan juga mengaji. Semoga sempat habis 2 3 kali untuk tahun ni. Insya Allah.
Blog walking.
Dah lama tak blog walking. Baru semalam sempat berjalan-jalan terbang ke blog dan blog yang lain. Aku hanya membaca dan tidak meninggalkan komen. Ntah kenapa selesa begitu. Entry yang menarik hati baru aku meninggalkan jejak. (Aku rasa, lebih kepada malas ni! Haha).
Mencoret isi hati.
Banyak benda yang ingin aku coretkan. Tapi sehingga kini ia masih berlegar di kepala tanpa diluahkan ke dalam bentuk tulisan. Mungkin masih menunggu bait-bait ayat itu di susun dengan baik tanpa ada perasaan yang terguris. Mungkin juga belum sampai masa diluahkan. Dan aku pasti, ia akan tiba untuk dikeluarkan akan datang. Mungkin mengambil masa yang lama dan tidak mustahil mengambil masa sesaat sahaja. Senyum.
Masih dalam tempoh penyesuaian diri.
Aku sebenarnya kepenatan. Sebab masih lagi dalam tempoh penyesuaian diri di sekolah baru. Sebenarnya aku tidak berapa selesa berada di sekolah baru. Masih lagi teringat-ingat pada sekolah lama yang aman damai. Tapi aku masih mengucap syukur. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana bila kepenatan, aku pulang ke rumah dengan semangat yang excited untuk jumpa en. Hati. Terbang segala kepenatan yang ada.
Ada yang bertanya tentang perbezaan.
Perbezaan antara sekolah lama dan baru. Perbezaan nya jauh langit dan bumi.
Sekolah lama.
Di Kuching, Sarawak. Jauh nun di sana. Tinggal berseorangan. Menempuh segala susah payah tanpa orang di sisi. Menguruskan urusan harian dengan otak yang sentiasa berfikir, macam mana jalan penyelesaiannya. Itu adalah lumrah orang diperantauan. Tapi yang paling aku suka adalah sekolah. Walaupun sekolahnya adalah sekolah amanah, aku tetap paling suka sekolah lama.
Sebab menyukai sekolah lama?
Pengetua yang spoting. Cikgu yang spoting. Kerani dan staff-staff yang spoting. Satu sekolah memang spoting. Hatta, TLA pun spoting. :) Cikgu tidak berpuak-puak. Cikgu senior dan junior boleh duduk sekali dan berbincang mengenai kesalahan masing-masing tanpa ragu-ragu dan malu. Masa pembelajaran jam 6.45 pagi hingga 1.20 petang sahaja. Jika ada KOKO, akan diselesaikan pada jam 3.30 petang paling lewat. Kerja tanpa stress sebab pengetua tak rigid dan sangat menghormati guru.
Aku sudah terbiasa dengan suasana itu selama 2 tahun. Kini.....
Sekolah baru.
Di Gemencheh, Negeri Sembilan. Tinggal bersama dengan en. Hati. Semua masalah akan di bawa berbincang, akan dicari penyelesaian bersama. Tempuhinya tanpa rasa sedih bahkan gembira kerana saling melengkapi, bantu membantu antara satu sama lain. Jika kepenatan di sekolah, balik ke rumah pasti akan tersenyum dengan gelagat en. Hati yang mencuit rasa. Tapi keadaan di sekolah sangat memenatkan.
Sebab masih tidak terbiasa ngan sekolah baru.
Mungkin baru 2 minggu. Untuk mengubah kebiasaan selama 2 tahun, aku perlukan masa. Ya. Aku seorang yang sangat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Kerana berada di perantauan aku mengambil masa lebih setahun untuk tidak menangis. Dan sekarang, aku mulakan hidup baru dengan suasana yang berbeza. Lagi lah aku perlukan masa. Kerana sekolah baru dimulakan sesi pada 7.30 pagi. Selesai pada 2.40 petang. Tapi jika pada hari KOKO akan habis pada jam 5.30 petang. Jam 6.00 petang baru sampai di rumah. Kerja plak sangat-sangat lah banyak.
Harap sangat dapat menyesuaikan diri dengan cepat.
Aku sebenarnya bersyukur Alhamdulillah, aku akhirnya di pindahkan ke semenanjung dan balik ke sisi suami. Tapi dalam masa yang sama aku juga sedih meninggalkan sekolah lama.
Memang tidak aku nafikan. Aku tidaklah segembira yang di sangkakan oleh cikgu-cikgu di sekolah. tapi 50% kegembiraan yang hadir tu membuatkan aku sangat-sangat bersyukur. Ramai lagi yang mahu balik ke semenanjung, tapi tak dapat. Itu rezeki yang diberi oleh Allah kepada ku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Akan aku cari kegembiraan yang baru untuk berada di sekolah baru. Harapan aku, aku cepat menyesuaikan diri di sekolah yang mempunyai Pengetua Cemerlang ini. Insya Allah. Sengih dengan sopan.
Nota Pinky ;
"Harap sangat semua berjalan dengan lancar. Perkara yang buatkan aku gembira ialah bila tetiap pagi boleh bersarapan dengan en. Hati. =) Pengalaman baru. Tak pernah rasa macam ni walaupun dah 3 tahun kami berkahwin.. Harap Allah memberi keberkatan kepada kegembiraan ini berpanjangan. Insya Allah. Amin."
Cerita di sekolah lama. Cerita di sekolah baru.
Melalui minggu ke2 dengan penuh sabar.
Kemunculan minggu ke2.
Minggu pertama dilalui dengan penuh kepenatan. Dan minggu ke2 muncul. Nampak nya aku akan kepenatan lagi lah. Aku harap aku akan cepat membiasakan diri dengan keadaan disini. insya Allah.
Pesanan seseorang.
Aku ade meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap pelajar yang tidak mahu belajar. Macam mana masa depannya. Macam mana nak menarik minatnya untuk belajar.
Katanya ; (Aku anggap sebagai pesanan lah).
B : "Kalau semua cikgu nak buat, sian omak ayah dorang. Nanti tak dapat nak mendidik dorang."
A (aku) : "Kalau budak tu tak pandai, macam mana?"
B : "Biarkan."
A : "Mana boleh biarkan pelajar taknak belajar. Aku rasa nak pukul2 manje je dorang."
B : "Biarkan."
A : "Kenapa?"
B : "Itu kan dasar KPM."
Aku diam. Malas untuk berfikir.
Hari ni.
Disebabkan kerja aku dah siap. Aku ade masa untuk berfikir. Benar jugak. KPM dah listkan perkara yang tidak boleh di buat pada pelajar. Hatta membebel pun tak boleh. Ni kan nak piat2 pukul2 manja...
Apa nak jadi ngan institusi pendidikan sekarang. Kalau pukul kena saman. Kalau membebel kena marah. Habis tu cikgu bak buat apa?
Akhirnya.
Cikgu ambil keputusan, ajar budak yang nak belajar je. Yang tak nak belajar, tak siapkan keje sekolah, tak buat apa yang cikgu suruh, tidur dalam kelas, semua dibiarkan. Kang kalau sentuh kang tak pasal-pasal kena saman. Akhirnya, generasi akan datang berapa kerat sangat lah yang pandai? Kalau zaman aku dulu, kalau kena rotan ngan cikgu, balik rumah bagitahu mak or ayah, dorang akan tambah lagi. Sebab tu aku tak berani nak cakap bila aku kena rotan. Haha. Terutamanya bila tak ingat sifir. Hihihi.
Harapan aku.
Insya Allah. Bila aku jadi mak ayah (en. Hati cakap, umi abi) akan datang, aku akan gunakan pendekatan mak ayah aku. Sebab dorang adalah idola aku.
Nota Pinky ;
"Pelajar kat sini, ada kelainan dengan Seri Setia. Walaupun hati tetap rindukan Seri Setia. Tapi rindu pada en. Hati melebihi segalanya. Hihihi. Ketawa gatal."
Kisah hari pertama di sekolah baru.
Alhamdulillah, Syukur.
Dah lepas hari pertama. Lega. Hari pertama melapor diri membuatkan aku kecut perut. Mana taknya, ramai orang bercerita tentang SMK Dato Mohd Taha yang mempunyai pengetua yang tegas, sangat berdisiplin dan berdedikasi.
Komen aku.
Yes. Pengetua nya sangat tegas. Aku akuinya. Cara dia bertanya soalan. Cara dia bercakap. Cara dia memandang aku. Wow. Memang tidak di nafikan cerita kebanyakan orang adalah benar. Aku ingat cerita-cerita itu hanya berlegar untuk menakutkan saja. Tapi aku mengesahkan dakwaan semua nya benar. Tidak hairanlah sekolah ni makin "mencanak-canak" naik. (Ayat mencanak-canak tu Aku copy paste kata PPD saje). Hehe.
Ayat aku dalam hati.
Jangan risau. Aku akan jumpa pengetua bukan selalu. Selagi aku mematuhi undang-undang sekolah, aku takkan di apa-apakan. Janji aku buat kerja dan tidak ganggu orang. Okla tu. Kan? Lainlah kalau pengetua tetiba nak ganggu aku kan.. Tapi kebarangkalian untuk diganggu oleh nya sangat kurang. Disebabkan aku akan menjadi guru yang mematuhi disiplin. Haha. (Mata ke atas. Sejak bila aku macam ni? Hmm.. Sejak aku jadi Polis di Seri Setia. Haha.)
Perubahan masa.
Ya. Aku akui. Perubahan masa membuatkan aku menjadi penat. Mana taknya. Di Kuching, jam 7 atau 8 pagi aku dah bersarapan. Di sini, aku tidak sempat bersarapan di pagi hari. Waktu di sebelah pagi padat. Menyebabkan aku keletihan. Dan waktu baru aku sarapan adalah jam 1030 pagi. Dan waktu balik dari sekolah juga berubah. Menjadi 240 petang. Waktu dulu 120 petang dah boleh release tension..
Tugas.
Ya. Bebanan tugas di sini agak berat. Semalam aku kira, aku ada 12 tugas di kiri kanan bahu ku. Berbanding di Kuching, hanya 4 tugas sahaja. 3x ganda dari tugas asal. Ketawa sendiri melihat tugas yang diberikan. Nanti aku hentam jela buat. Take it easy, ok.. Hati menari tanggo. Haha.
Satu saja aku ingat. Walaupun waktu aku berubah, jadual aku berubah, pelajar aku berubah, tapi bila aku balik rumah, aku bahagia. Dapat memasak untuk en. Hati. Dapat melihat en. Hati menambah makan apa yang aku masak, dapat melihat nya tersenyum menyebabkan kepenatan ku semuanya hilang..
Usia perkahwinan.
Setelah 3 tahun usia perkahwinan kami.. Akhir kami sebumbung. Dan sekarang baru mahu mengenali hati budi masing-masing. Harap semuanya diberkati oleh Allah. Selamanya.
Nota Pinky;
"Bertolak dari rumah jam650 pagi. Sampai di sekolah jam 715 pagi. Sebenarnya aku boring bila bawak 60km perjam. Tapi pesan suami, bawak pelan-pelan. Ingat orang tersayang. Disebabkan pernah kehilangan orang tersayang, aku ikut nasihat en. Hati tercinta. Harap semuanya baik. Lepas ni kena bertolak lebih awal. Haha."
Bermula kehidupan baru.
Lama aku tidak menulis. Last aku bercerita tentang azam baru aku..
Apa azam aku?
Azam aku tahun ni..
"Nak pindah balik semenanjung dan mahu beranak ramai-ramai-ramai untuk suami. Hoho"
Alhamdulillah. Syukur atas nikmat pemberianNya. Azam aku tercapai setelah hampir dua tahun aku berada di bumi Kenyalang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Azam untuk berpindah telah tercapai. Sekarang azam untuk beranak ramai-ramai untuk suami plak. Harap cepat tercapai. Sekali beranak, kembar. Hi. Hi. Hi.
Bercakap tentang isu perpindahan.
Bila sampai Gemencheh, suami bertanya, apa reaksi pelajar bila aku cakap aku pindah? Aku baru terfikir. Aku selalu cabut pindah tanpa memberitahu pelajar. Aku memang suka buat macam tu ke? Sejarah di URESS juga begitu. SAM 10 juga sama. Ha. Ha. Ha. Bukan aku suka. Aku sebenarnya sedih. Dan apabila fikir mahu memberitahu mereka, lidah ku serta merta kelu. Aku jadi sedih. Aku sememangnya tidak suka menangis di depan pelajar. Akhirnya, aku pergi tanpa pesan. Oh. Pinky.
Ramai yang bertanya soalan yang sama.
Soalan yang sama berulang-ulang yang perlu aku jawab. "Ada kabel ke?" "Guna kebal ke?" "Ni mesti kabel besar, kan?" "Lain kali, saya potong kabel awak, boleh? Sebenarnya tidak. Jujur aku nyatakan. Aku memang tak de kaitan dengan kabel mengkabel ni.. Apa korang ingat, aku ni TNB or Telekom ke nak pakai kabel bagai? Hohoho. Jawab dalam hati je beb. Mana berani nak jawab depan macam tu. Kesian orang yang mengharapkan nak pindah jugak. Perlu juga di jaga hatinya dengan rapi. Walaupun hakikatnya hati aku sedang menari riang sebab dapat balik semenanjung. Haha.
Jawapan aku.
Aku memang tak de kabel yang kebal. Aku hanya gunakan kabel yang Maha Esa. Yang mana, sesiapa pun tak kan dapat tandingiNya. Aku start solat hajat pada bulan 9 tahun 2012. Itu pun atas nasihat emak dan Cikgu Sani. Idola aku. :) Terima kasih yang tidak terhingga pada cikgu Sani atas nasihat yang berguna. Aku solat setiap hari. + aku berusaha naik ke Putrajaya Bahagian Pertukaran Guru Sekolah Menengah Tingkatan. Sebanyak 6x aku pergi merayu. Tak pernah kenal erti putus asa. Sebab? Aku tak de kenal sesiapa.
Mak cakap,
"Kak, kita bukan sesiapa. Tak de Dato' Datin pun yang kenal kita. Jadi kabel kita adalah Allah. Percayakan Allah. Allah ada perancangan yang sangat baik untuk kita. Kita hanya berusaha."
Nasihat cikgu Sani.
"Azura, Kawan saya dari Sabah. Baru setahun jagung di sana. Kedua-duanya adalah orang Terengganu. Dan memohon masuk Terengganu. Apa rahsia yang menyebabkan mereka dapat bali ke Terengganu, walhal semua orang berkata mustahil? Rahsianya. Mereka solat hajat tanpa henti. Mereka berdoa tanpa henti. Mereka bercerita terus kepada Allah. Mereka tidak menggunakan cabang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Setelah setahun, Allah makbulkan. Allah suka hambaNya bercerita padaNya. Cepat atau lambat, sabar setelah berdoa dan bertawakal."
Allahuakbar. Alhamdulillah. Aku akan ingat pesan keduanya.
Menulis sambil mata berkaca bukan sesuatu yang luar biasa. Sekadar mahu berkongsi kegembiraan ini bersama semua dan berkongsi rahsia kejayaannya. Doa. Sabar. Tawakal.
Doaku,
"Ya Allah, semoga kehidupan baru ku, di bumi Gemencheh, bersama suami, akan terus di redhai oleh Mu. Dan semoga ikatan perkenalan yang baru antara aku dan suami akan terus subur sampai bila-bila. Hingga anak ku ramai. Amin.."
Nota Pinky ;
"Sebenarnya aku berdebar mahu hidup sebumbung dengan suami. Memandangkan selepas kami kahwin, kami tidak pernah hidup lama-lama sebumbung. Sekadar 2 3 hari bersama, tidak membuatkan kami mengenali perangai masing-masing. Harap aku akan redha menerima perangainya yang aku tidak tahu nanti. Dan dia juga begitu. Amin. :)"
Selamat datang 2014
Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Selamat tahun baru semua. Semoga bertambah baik segalanya.
Dari semalam sampai hari ni, aku asik baca azam tahun baru orang je. Aku pun terfikir, azam tahun baru aku macam mana? Gelak. Tutup mulut. Sebelum ni, pernah ke aku berazam? Pelik je aku ade azam. Yang aku tahu azam aku sejak kecil dan sampai sekarang takkan pernah berubah. Mahu menamatkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi. Ini ke yang dikatakan azam? Ha. Ha. Ha.
Mungkin sempena umur aku menjangkau 300 tahun ni, aku boleh membina azam.
Azam aku tahun ni..
"Nak pindah balik semenanjung dan mahu beranak ramai-ramai-ramai untuk suami. Hoho"
Boleh dikatakan azam gak ke tu? Okla tu. Kan. Dari takde langsung. Hahaha.
Selamat tahun baru semua.
Semoga hidup kalian bertambah baik. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Amin.
Nota Pinky :
"masuk tahun ketiga berada di bumi Kenyalang. Harap ini adalah tahun terakhir. Amin."
Nazir. Tugasnya memantau.
Sekarang mahu menjadi isteri mithali dan budiman. Jadi tugas sekarang hanya perlu mengiringi suami ke mana sahaja. Hehe. Berasa hebat. Bukan bermaksud sombong. Tapi hebat kerana dapat melakukan tugas yang sudah lama diidamkan. Mengikut suami, ke mana saja suami pergi. Senyum.
Baling. Destinasi pertama telah dijelajah.
Separuh urusan telah pun selesai. Hanya tinggal beberapa lagi urusan yang sepatutnya diselesaikan lama dahulu. Tapi masih terbengkalai hingga sekarang. Insya Allah. Aku doakan urusan itu cepat selesai.
Menghadiri kem motivasi AlQuran yang dijayakan dengan kerjasama MRSM Gemencheh dan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim. Memang membuatkan aku terasa di gamit memori dulu. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Menghadiri kem yang dipaksa oleh Bonda Permaisuri. Buat aku tergelak sendiri. Dan kini, aku seolah-olah melihat diri sendiri. Ya. Di sini. Senyum.
Menziarahi abang nya. Dan ada perkara yang harus dilunaskan terlebih dahulu. Mahu berbincang sesuatu dengan panjang lebar. Aku sebagai isteri mithali menurut perintah sahaja. Sambil tersenyum manis. Dan dalam hati, cepat lah masa berlalu. Aku ingin menatap wajah bonda Permaisuri.
Destinasi keempat dan seterusnya belum ditetapkan lagi.
Aku malas mahu bertanya. Kerana susah kenal benar hati budi en. Hati yang keputusan nya selalu berubah-rubah dan dilakukan last minit. Itu memang tabiatnya. Aku terima dengan berlapang dada. Kelemahan dan kelebihan nya adalah cara hidup ku sekarang. Senyum tanpa rasa.
"Sayang, i nak u berehat cukup-cukup yer.. Pasni banyak lagi tempat yang kita nak pergi. Aku senyum. Bahagia. Diusapnya pipi ku dengan lembut. TQ sayang. I love U. So much."
Task slot motivasi
Sedang bermalasan di atas tilam yang empuk. Sangat selesa. Dan mata masih lagi stim. Minta didodoikan.
Eh. Jam sudah menunjukkan angka hampir 3. Dengan rambut yang berserabai. Muka yang berminyak. Mata yang separuh terbuka, aku menaip. Membuat cubaan. Mana tahu berjaya.
Sedang berborak mesra dengan bff kesayangan. Tentang macam-macam cerita. Dari hal dalam kain hingga ke luar rumah. Opss.. Itu hanya hal orang perempuan.
Tapi otak masih ligat memikirkan apa slot motivasi yang sesuai untuk pelajar MRSM. Aku ade idea. Tapi sifat malas hari ni menghantui diri. Oh setannnn.. Nyah kau dari aku. Oh. Patutkah setan yang dipersalahkan? Padahal aku yang tidak mahu berjuang menentang kemalasan yang melanda.
Tetiba rambut yang mengalahkan pontianak harum sundal malam ni terasa mahu dipotong. Eh. Macam teruk sangat je. Indah khabar dari rupa tu. Tutup mulut yang terbuka luas.
Terfikir tentang alam kubur.
Bagaimanakah aku akan dihisab kelak. Slot motivasi pasal alam barzakh ok ke? Bagi insaf sikit. Sebab lepas ni diorang akan berjimba dengan cuti yang lama.
Wake up, Pinky.
Rutin harian tidak berjalan dengan baik hari ni. Memandangkan en. Hati akan pulang jam 5 petang. Jam didinding menunjukkan angka 4, aku akan menjadi robot. Haha. Perangai lama menghantui. Syabas. Tepuk bahu sendiri.
Menu berbuka pun belum difikirkan lagi. Malas lah. Nanti aku fikirkan semua tu.
Nota Pinky :
"Cubaan pertama selepas install blogger-droid ke hp. Kita tengok, jadi tak.. Hihi"





