RSS

Selamat Tahun Baru Cina. 2013.

Bila cuti perayaan macam ni mesti ramai yang ambik kesempatan untuk bercuti. Sebab tu semua jalan-jalan utama kebanyakkannya sesak.

Perancangan cuti kali ni.
Memandangkan en. Hati pengarang jantung tak cuti lama, kami buat keputusan untuk melawat mak mertua aku yang tak sihat.

Tapi rancangan itu dibatalkan pada saat akhir. Memandangkan jem yang tidak dapat dielakkan, jadi en. Hati membatalkan hasrat untuk balik ke kedah.
Aku lah orang yang paling bahagia. Eh.(Bukan sebab aku taknak jumpa mak mertua yer.)
Mungkin sebab terfikir, nanti kami akan duduk berdua selama seminggu tanpa gangguan dari sesiapa. Dah Senyum sampai telinga ni.

Setelah hampir 8bulan aku tidak memasak untuk en. Hati, aku akan mengambil kesempatan ini untuk mempraktikkan kecekapan aku. Hoho. Ketawa jahat. Dapat ke aku memasak sedap-sedap ni. Bukan aku pandai sangat dalam bidang masakan ni. Hihi.

Oh. Taksabar rasanya mahu membina bahagia walaupun sekejap cuma. Tapi takpe. Target tahun ni kan nak pindah dan berada disisi en. Hati. Sabar sikit je lagi. Hihi.

Selamat tahun baru cina.
Gong xi fa Cai. ;)







Nota Pinky;
"Hm. Agak-agaknya apalah en. Hati cakap bila aku memasak. Tetiba aku rasa macam isteri solehah plak. Walaupun hakikatnya aku selalu degil. Hihi."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual waktu. Padat betul.

Rutin sebelum tidur. Tengok tiket flight.
Rutin orang yang takde anak dan suami di sisi yer. Yang ada anak, sila abaikan rutin ini. Yang ada suami, suami didahulukan yer. =)
Eh. Jangan marah plak yer.

Jadual waktu tahun ni.
Balik rumah tadi, terbongkang atas tilam. Mana taknya, dah penat seharian kat sekolah ngan pelajar kelas hujung. Lalala~ Terasa mahu menari.
Oh jadual. Sangat padat. Sekolah kekurangan guru. Memang sudah sedia maklum. Guru yang ada inilah yang menjadi mangsa.
Tadah tangan. Berdoa. Mudah-mudahan ada guru praktikal yang datang seperti sekolah Asma.
Amin.

Dan. Mudah-mudah PPD atau JPN ada menghantar guru ke sini untuk mengisi kekosongan yang ada. Penat wey.....

Adakah aku tidak ikhlas?
Tak. Aku bukan tidak ikhlas ingin mendidik anak bangsa.
Tapi jika anak bangsa pun ala kadar nak belajar, aku plak asyik terjerit sana sini, mahu terkeluar anak tekak ni. Dan mahu pengsan aku dengan 8 masa sehari itu. Apa aku nak buat lagi dengan anak bangsa. Aku hanya usahakan untuk menjadi guru yang terbaik sahaja. Mudah-mudah Allah membuka pintu hati murid-murid ku. Amin.

Tak pe.
Kuat semangat. Minggu ni nak balik Gemencheh. Nak jumpa en. Hati yang dicintai. Menghitung hari, detik demi detik. Senyum sampai telinga.

Sebelum balik, sedang buat research tentang cara mahu jadi lebih romantik.
Hehehe. Mahu menyemarakkan lagi hubungan yang ada. Lambatnya balik. Nak buat praktikal ngan en. Hati ni. Eh.

Aku harap, hubungan jarak jauh ni akan terus mekar dan romantik sampai bila-bila.
Dan Doaku. Moga Allah pindahkan aku cepat-cepat ke sisi en. Hati. Amin. =)









Nota Pinky;
"Sebenarnya baru sehari aku di Kuching. Tapi terasa seolah-olah seperti sudah lama berpisah dengan en. Hati. Aku sangat rindukan dia. Terasa pandangan mata ini masih ada rupanya yang membuatkan aku terus tergoda. Sayu hati. Menghitung hari sambil tersenyum sendiri. I tak sabar nak jumpa u, Sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sweet

Hari ni aku belajar satu perkara.

Jika kamu mahu orang ber'sweet-sweet'an dengan kamu, kamu patut belajar meny'uweet'kan diri kamu terlebih dahulu.
Sekian.

Noktah.








Pesanan buat Asma, adik kesayangan.
Terima kasih kerana menghantar kakak mu ini. Baru teringat kamu yang kejauhan. Tiba-tiba sudah ada di depan mata. Wah. Terasa ajaib. Kimia kita sangat kuat.
Menari.

Pesanan buat Qilah.
Selamat ber'honey' madu bersama Is tercinta.
Jangan nakal-nakal sangat. Asma ada dalam rumah. Hihi.














Nota Pinky ;
"Dah sampai Kuching jam 4 pm. Perut langsung tidak meminta makanan. Oh. Ini padahnya jika hati tertinggal di semenanjung. Otak tidak dapat berfungsi dengan baik jika tiada gabungan hati. Aku rindu kan kamu en. Hati walaupun baru terpisah beberapa jam."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghargai orang.

Pernah kamu dengar, jika kamu mengingati sesorang, pasti kamu akan diingati. Sama ada, mereka adalah kawan, sanak saudara, sahabat, ibu bapa hatta suami sekali pun.

Hari ini, aku mahu mencoret satu perkara. Iaitu, aku tidak banyak mengingati seseorang. Sama ada kawan, sanak saudara, atau sesiapa yang jauh dari diri aku.

Semasa keluar bersama kawan, dia bercerita itu dan ini. Aku hanya mendengar sambil berfikir. Hm. Itu jugalah sikap ku. Mungkin aku juga patut mengubahnya.

Ayat pertahanan diri keluar.

Sebenarnya, aku bukan tidak mahu mengenangkan semua yang aku kenali. Tapi aku lagi banyak perkara yang aku fikir. Kekadang ada juga aku tertanya khabar.
Kekadang.
Tapi tidaklah sekerap bertanya khabar en. Hati sendiri Atau bonda permaisuri dan ayahanda raja. Kan.

Kata kawan, jika selalu kita mengingati orang, rezeki kita murah.
Aku masih tidak faham. Tapi tidak mengapa. Ku anggap, akan datang aku bakal memahami semua maksud yang tersirat dan tersurat itu. Sekian.




Nota Pinky;
"Kerja disekolah makin menimbun. Jawatan pula makin banyak. Bagus. Dan jadilah guru yang berkaliber yer."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PBS FORM 2

PBS. Ye. Aku bertekad tahun ni, aku takkan tangguhkan kerja-kerja. Aku malas nak sakitkan kepala. Makin lambat buat, makin sakit kepala. Dan makin menimbun kerja. So, aku putuskan untuk siapkannya dengan mengikut jadual yang aku tetapkan sendiri.
Berusaha, ustazah!

Aku harap aku berdisiplin. Setakat ni, aku takde masalah dengan diri sendiri. Memandangkan aku adalah guru penyelaras pendidikan Islam form 2, jadi semuanya tak menjadi masalah buat aku. Aku penyelaras, suka hati aku lah. Asalkan semua tersedia. Oklah tu. Hihi.

Sekarang dah 4 perkara yang siap.

Oh. Aku masih jugak merasa yang pbs sangat menyusahkan guru-guru. Walhal pbs hanya latihan semata-mata. Tapi perkara yang harus di key in itulah yang menyebabkan semua guru pening. Harap aku menjadi penjaga yang baik kepala pelajar-pelajar.

Siapa kata menjaga budak tak busy. Tengok aku ni. Terpaksa menjadi samseng. Oh! Tapi aku samseng berhemah. Hehe.

Hari ni cuti. Tapi bahan-bahan pbs menimbun depan mata. Itu tandanya kerja pbs takkan habis.








Nota Pinky;
"Hari ni, aku rasa en. Hati sangat comey. Oh. Aku tergoda. Harap cepat dapat terbang balik."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

January. Menjadi saksi.

Bagus aku pada bulan Jan ni. Asyik masak je. Yela itu pun setelah 7 bulan bersara sunat di dunia masak memasak ni. Kesian en. Hati yang mengidam mahu merasa air tangan ku.

Aku tidak menafikan bahawa aku bukanlah perempuan melayu terakhir yang suka memasak. Senyum simpul. Tapi demi kerana seorang lelaki yang telah memiliki hati ku, aku masak dengan bersemangat walaupun suami hanya memberi grade B+. Satu kepuasan.

Tapi semenjak aku dihantar ke Kuching, dia tidak lagi dapat merasa air tangan ku yang tak berapa nak jadi ni. Kekadang terkilan sebab aku tidak dapat melaksankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Maafkan I ye Sayang. Terpaksa jadi suami isteri part time."

Aku harap dengan datangnya 2013, aku akan cepat dipindahkan ke sisi lelaki yang memiliki hati ku secara halal itu dan dapat memasak untuk nya tak lama lagi.
Amin.

Januari. Menjadi saksi aku mengasah skill. Ketawa.
Tunggu kepulangan ku sayang.




Nota Pinky;
"Sudah lama tidak merajuk. Dan ternyata, seperti biasa. Merajuk itu membuatkan aku rindu. Dan menjadikan aku terseksa. Oh. Berhentilah."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sekarang bukan panas badan. Tapi panas hati.

Situasi sekarang.
Tak larat sangat-sangat. Sakit tekak, nak telan air liur pun terasa susah. Kepala sakit. Dan perut lapar (nila satu kelemahan, sakit pun boleh lapar lagi).

Dari pagi sampai sekarang aku sedih.
Terasa seperti berada di pedalaman. Yang tidak cukup segala kemudahan. Kekadang sangat sakit rasanya menular ke dasar hati. Pagi-pagi lagi aku nak pergi klinik. Tapi semua orang busy. Aku tunggu semua orang tak busy. Boleh lah bawa aku ke klinik 1M yang semua orang banggakan tu.

Seperti yang diberitahu. Bukan doctor yang memeriksa aku. Surat MC pun tidak dikeluarkan di sini. Aku boleh terima. Bila masuk jumpa..... aku gelarkan dia pakcik la. Berlakulah sesi soal jawab. Sakit apa. Aku ceritakan cerita penuh pada pakcik. Kan dia yang memeriksa aku.

Dan apa yang aku terima. Jawapan sungguh mengecewakan.

"Saya rasa, awak kena makan ubat antibiotic la. Mungkin ada jangkitan kuman. Tapi kat sini antibiotic takde. Kena pergi klinik kesihatan la. Kat sini untuk penyakit ringan-ringan je."
"Habis tu saya ni sakit berat ke. Saya sakit tekak je ni. Pastu demam biasa. Dah makan ubat tapi tak jalan. Sebab tu datang sini."
"Saya rasa tekak awak dah mengembang dan bengkak kot."
"Macam mana tahu tekak saya bengkak? Tak check pun."
"Nanti awak balik, tengok cermin, nganga luas-luas. Tengokla."
Aku tergamam sekejap. Dia sambung lagi.
"Takpun awak balik ni, belilah stripsel banyak-banyak."
"Saya dah makan. Tak jalan jugak."
"Berapa kotak awak makan?"

Sampai situ saja perbualan aku. Aku malas nak menjawab. Lagi aku jawab, lagi menyakitkan hati. Kalau aku tahu rupa tekak yang mengembang dan bengkak, takpayah la aku pergi klinik untuk tanya masalah apa dengan tekak aku ni. Last-last dapat panadol dan ubat kumur.

Pesan nurse kat tempat ambil ubat tu, kalau panas badan lagi, makan panadol yer.

Sekarang bukan panas badan. Tapi panas hati. Panas hati ngan klinik yang pekerjanya entah apa-apa.

Mintak tolong orang hantarkan ke klinik. Takde. Semua busy.

Baru aku sedar. Aku takde sahabat kat sini. Yang ade hanya kawan yang boleh berkongsi senang. Air mata mengalir.

Tarik nafas.
Pujuk diri.
Takpelah. Aku kan kuat. Nanti, demam tu mesti beransur pulih. Dan sakit tekak tu akan hilang. Percaya pada diri. Senyum lebar-lebar. Semua boleh diatasi walaupun berseorangan. Kan?

Allah kan ada.









Nota Pinky;
"Banyak ujian yang Allah datangkan, tapi kali ni seolah-olah memberitahu aku, tatkala senang dan susah, aku hanya ada Allah untuk mengadu segala kesedihan ini."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS