Ade seorang kawan bertanya rumah ku di mana.
Aku selalu memberi jawapan, aku tinggal di Negeri Sembilan. Tapi katanya mahu tahu rumah ku di Kuching. Rumah persinggahan hati yang lara ini.
Jawapan ku, rumah yang ku diami ini hanya 5 minit dari airport Kuching. Sangat senang untuk lari balik semenanjung. Haha. Tapi aku tak buat macam tu, ok! Sebab aku seorang guru yang baik. Dan juga.... Masih waras lagi. Baiklah.
Setiap hari yang sunyi di dalam bilik, aku pasti mendengar ngauman kapal terbang yang mendarat atau pun mahu berlepas pergi.. Setiap kali itu juga laa hati ini akan terasa sangat sayu.. Alangkah baiknya itu aku yang berada di atas kapal itu.
Takpe. Esok. Dan lusa aku akan menjadi penghuni kapal itu. Hehe. Nyummmyyy...
Terasa sangat-sangat merindui en. Hati dan seluruh isi semenanjung. Terutamanya bonda dan ayahanda serta dinda-dinda yang ada di Terengganu. Pejam mata rapat-rapat. Berharap, setelah membukanya aku telah berada di semenanjung. Mustahil. Bukan? Ketawa sopan.
Menerima sms dari seorang kawan bertanya tentang gaji.
Aku sedang ke"busy"an semasa dia bertanya. Setelah agak tenang, aku reply dan berkata aku tidak berapa pasti tentang gaji. Kerana masa yang ada sangat terhad hari ini.. 8 masa kot! Tapi sebelum balik sekolah tadi, aku menekan bebutang keyboard yang ada di bilik guru memasuki laman Maybank2u.
Alhamdulillah.
Gaji pertama ku selamat masuk. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sangat-sangat bersyukur ke hadrat Ilahi. Langkah pertama dalam fikiran adalah membayar segala hutang piutang. Biar lega sikit otak ku yang bersimpang siur ni.. Pastu tolak simpanan, baru boleh berbelanja dengan tenang... =)
Oleh kerana jumlahnya aku rasa 'agak' banyak, aku terasa memerlukan perancangan yang teliti tentang pengurusan kewangan. Kata orang, untuk mengelakkan ada pembaziran yang akan berlaku. Haha. Dah gaya masuk duit 100juta tuuu... Tutup muka sambil ketawa.
Penasihat kewangan adalah bonda.
Sangat membantu. Dan Alhamdulillah. Setakat ini boleh dikatakan sangat teratur dalam pengurusannya. :)
Esok.
Mahu membeli kek lapis yang di tempah oleh kawan-kawan. Sudah jadi tokey kek lapis aku di sini. Siapa yang mahu menempah, Bolehlah berbuat demikian. tapi tempahan untuk raya, sudah ditutup. Haha.
Selepas itu, mahu mencari bakul buatan Sarawak jugak.
Kerana ada yang menempahnya. Baiklah. Kali ini, aku menjadi tokey bakul/beg buatan Sarawak juga... Siapa mahu menempah, silalah berbuat demikian.
Kali kedua aku ketawa besar.
Boleh jadi tokey besar aku kat sini.
Terfikir sesuatu. Hehehe. Nantilah akan aku jalankan. Senyum simpul.
Sudah kepenatan. Jom Baring dan lena. Sambil senyum sebab lusa dah boleh jumpa en. Hati.. Yes!
Nota Pinky ;
"Mahu bercerita dan mengulas tentang seorang kawan...Tapi sudah mengantuk. Tidurlah dulu."
Hal-hal sebelum bercuti. Yeah!
Perancangan bulan depan.
Ahad. 12.08.2012.
5 hari lagi.
2 hari yang tidak begitu sihat, asyik bersin dan selsema yang semakin berlarutan.
Tapi aku masih jugak berdegil tidak mahu berjumpa doctor. Oh! Batuk juga sudah menghampiri. Hmm.. Sebenar aku sudah parah rindu pada bonda, ayahanda dan adinda-adinda yang berada di rumah..
Tidak dilupakan juga pada en. Hati yang tercinta.
Hari ini 10 Ogos 2012.
Tinggal 5 hari lagi mahu pulang ke semenanjung. Menunggu dengan penuh sabar dan dan tabah.
Oh! Macam tak sabar tahap langit ke tujuh ni.
En. Hati menyuruh aku sabar dalam waktu yang terdekat. Ok. Aku cuba. Haha. Terpaksa cuba. Huhu.
Tak dapat menaip dengan lebih panjang. Kerana sangat-sangat tidak larat. Huhu.
Nota Pinky ;
"SMS bonda.. "Rindu sangat pada Bonda.." Bonda menjawab dengan bangga, "Bonda tahu." Adeh! Bonda ku sangat sempoi.. Hahaha."
Sekolah. Tapi aku rasa malas.
Hari ni sekolah.
Tapi aku rasa sangat-sangat malas. Mungkin sebab dah cuti terlalu lama. Haha. Lama ke? Baru 3 hari je cuti. Huhu. Rindu pada suami tidak pernah hilang. hmm...
Tadi berjumpa kawan di Pasaraya Choice.
Dia menegur aku kelihatan sangat kurus. Hmm.. Jawab ku, may be kerana aku asyik susah hati dan berjauhan dengan suami.
Teruk benarkah rupa ku sekarang?
Rasa macam biasa je.
Tak pe. Nanti balik, kita tanya mak yer.. Hehe.
Mahu berehat. Sakit pinggang dan belakang.
Kalau ade orang urut, bestnya laa.. Hahaha. Berangan je. =)
Nota Pinky ;
"Makin hari mendekati Syawal, makin malas aku nak masak. Haha. Selera pun makin hilang. Ish3. Macam mana nak gemuk?"
Cuti kali ni dengan gembira.
3 hari cuti.
Macam sekejap je.. Haha. Mahu cuti lebih lagi. Boleh?
Sengeh.
Cuti ni aku habiskan dengan Asma dan Qilah..
Ade kawan yang menegur, "Wah. Berjalan sakan tak ajak pun."
Jealous ke Sayang? Hati membengkak. (Macamlah dia berjalan ajak aku. Kan..) Mulut mengomel. Sila berhemah sikit yer kalau bercakap. Nada marah nampak. Senyum nampak gigi.
Gembira?
Ya. Aku baru mahu mula bahagia kerana akhirnya (selama 3bulan) aku berada di sini, aku boleh senyum bersama kawan-kawan dengan puas. Tapi ade jugak suara yang menyibuk. Sila jauhkan diri dari saya. Nanti saya marah. Haha.
Serikin.
Kata orang di sana barang banyak yang murah. Mungkin. Ada sesetengah barang ok. Ade sesetengah barang, ntah apa-apa. Mungkin bukan taste aku, kot. Kalau mahu memulakan perniagaan, may be boleh membeli belah di sana. Terfikir sesuatu untuk mencari side income. Habuan aku untuk balik setiap 2 minggu. Senyum ceria.
InsyAllah, kalau ade rezeki, aku mahu mulakannya. Amin. Mudah-mudahan apa yang dicitakan akan tercapai.
Berbuka puasa.
Ya. Majlis berbuka puasa menjadi sangat ceria. Tak pernah berbuka puasa dengan senyum lebar begini setelah en. Hati balik tempoh hari. Mungkin sangat berpuas hati kerana kawan ade di sisi. Ayat macam teruk sangat je aku kat sini. Ya. Memang. Kamu tidak tahu apa yang aku rasa.
Hari ini, mahu menjelajah Taman Sahabat.
Snap gambar sampai puas. Kerana 2 minggu lagi, aku bakal boring bersendirian. Mungkin gambar ini mengubat lara di hati. Senyum.
Nota Pinky ;
"Apalah nasib. Dari semalam lagi plan nak masak paprik. Tapi tak jadi-jadi. Banyak sangat jelajah Kuching. Walaupun tak tahu pun jalan nak di tuju. haha. Otak aku menjadi google map. Haha."
Kitaran hidup ku.
03 Ogos 2012. Jumaat.
Petang, memecut laju bersama QAP ke Matang Jaya untuk menjemput Datin Asma dan Datin Cahaya Aqila.
Tugas yang berat juga bagi driver seperti aku. Haha. Kat sini, asyik aku je yang kena drive. Housemate malas betul nak drive. Tapi tak pelah. Janji, bila aku drive, aku tahu jalan dan nak ke mana sahaja pun senang.
Alhamdulillah.
Setelah hampir 3 bulan aku berada di sini, (walaupun hampir tiap-tiap malam aku menangis) tapi aku gagahkan diri. Kalau housemate tidak mahu keluar, aku akan keluar dengan kereta mereka berseorangan. Haha. Sudahnya susah nak keluar sangat kan?
Sekarang, aku sudah mengingat jalan dengan baik walaupun kekadang aku pening jugak. Haha.
Asma dan Qilah berada di rumah sekarang.
Datang untuk menyiapkan folio. Tak tahu lah tu dapat siap ke tak folio tu. Hihi.
PK1 dah cakap, bila folio dah siap, bagitahu dia. Dia mahu hantar setelah tamat 3 bulan aku di sini. Bermakna, aku punya baki 2 minggu lagi untuk menyiapkan semua tu. Huhu.
Tentang en. Hati..
Dia sedang menghitung hari untuk berjumpa dengan ku.
Oh! Terasa sangat romantik bila lelaki yang buat macam tu. Haha. Boleh jatuh syok sendiri dekat suami??? Dalam hati cakap : "Wah! Sweetnya suami aku..." Hati aku menari riang saat ini. Senyum lebar-lebar.
Terasa mahu terbang pulang ke semenanjung sekarang juga. ;)
Mahu bercerita macam-macam. Tapi sangat penat.
Letih. Mahu berehat. Jom.
Nota Pinky ;
"SMS dari en. Hati... "Sayang, ade 12 hari lagi nak jumpa u.." Dalam hati aku, melompat riang. sweetnya suami ku ini.. I sayang u lebih laa sayang... Hehe."
PBS.
Sedang menyelesaikan PBS..
Petang selepas kelas jap lagi, ade meeting PBS.
Apalah yang mahu diceritakannya. Dahla isu PBS ni adalah isu perbahasan yang hangat. Bukan sahaja hangat, tapi boleh bawak bergaduh sesama guru. Kita tengoklah nanti.
Mahu sambung kerja.
Nota Pinky ;
"Cikgu lelaki dalam bilik guru dah start pasang lagu raya. Kuat plak tu. Sakit telinga aku. Tapi terasa mahu balik jumpa en. Hati sekarang. SEKARANG. Huhu."





