RSS

Happy Birthday, Sayang...


Khamis. 14 Jun 2012.

Happy Birthday, Sayang.
Semoga Sayang murah rezeki, dipanjangkan umur dan cepat dapat anak. =)
Semoga Sayang menjadi cikgu yang baik dan semoga kita cepat-cepat duk dekat. Amin Ya Rabb..
Biasanya, tiap-tiap tahu pasti sambut bersama. Tapi tahun ni… Berjauhan.. Pengalaman pertama. =S Pagi-pagi en. Hati dah call. Lepas hp di matikan, air mata aku mengalir. Tadi tak nak menangis. Lepas bercakap menghilangkan rindu baru nak nangis. Berlakon kuat laa katakan.

Terasa sekarang juga mahu pulang ke sisi en. Hati.
Mahu menangis di bahunya menghilangkan sebak rindu di dada. Mahu menyatakan bahawa hati ini tidak kuat lagi untuk berdiri di sini keseorangan. Dan air mata ini tidak lagi tegar untuk bergenang di tubir anak mata. Mahu saja ia mengalir memuaskan rasa yang ada di dalam jiwa.

Wah! Berpuitis bagai dah. Walaupun hari ni baru tempuh hari ke-3. Dah macam 3 bulan aku duk sini. Ish3. Memang rasa sangat lama. Tiap-tiap hari gambar en. Hati di tatap sayu. Rindunya aku padanya. Oh Tuhan.. Dugaan apakah ini? (Macam berat sangat je dugaan ni nak dibandingkan dengan orang lain. Haha.)


Sayang,
I tak pernah rasa seteruk ini. Rasa macam serabai + serabut + angau + ntah apa perasaan yang hadir pun tak tahu nak cerita. Inilah kali pertama I rasa macam nak giler bila I nak tatap muka u, tapi I tak dapat balik dan tatap u lama-lama. I rasa sangat down bila fikirkannya. I pernah cakap, I mungkin akan giler bila u tak de. Sekarang, memang dah rasa macam orang tak waras yang ada tengah-tengah hutan meraung sorang-sorang tak de orang dengar. I harap, I cepat boleh balik jumpa u. I love u, Sayang..


Subhanallah. Astagfirullahal ‘Azim.

Harap dapat menyabarkan diri dan menguatkan perasaan yang memang rasa macam nak menjerit tapi tersekat di kerongkong.







Nota Pinky ;
“Apakah hikmah Allah menghantar aku ke mari? Adakah Dia mahu aku mempelajari sesuatu bila aku berada di sini? Ya Allah, tunjukkanlah hikmah mu. Agar hati ini tidak terasa terlalu berat untuk memikul beban ini, Ya Allah…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menempuh hari kedua. Sambil menari riang~~


Rabu. 13 Jun 2012.
Hari kedua bertugas di SMK Bandar Kuching. Apa perbezaan di sini dan di semenanjung? Di semenanjung ada en. Hati. Kat sini tidak ada siapa-siapa. Ada kaitan ke? Haha.

Perbezaan.
Tidak banyak perbezaan di sini dan di semenanjung. Cuma di sini masuk mengajar jam 7am dan habis kelas pada 1.30pm. Tapi jam 6.10am aku dah bertolak ke sekolah dan jam 6.20am aku dah terpacak di bilik guru. Wah! Dah jadi guru yang berdedikasi aku kat sini. Satu peningkatan yang baik, kan? (Semua ku lakukan kerana terpaksa. Jangan terpedaya dengan lakonan palsu itu. Haha.)

Keduanya, perbezaan yang ketara adalah loghat percakapan.
Semasa di Rembau dulu, aku dapat lagi memahami bahasa yang mereka tuturkan walaupun berbeza loghat nya. Tapi, kat sini, 1 patah pun aku tak faham. Kekadang dah dengar macam bahasa Cina + India plak. Tapi insyAllah. Itu boleh di pelajari. Senyum untuk menyedapkan hati dan diri sendiri.

Ketiganya, sampai sekarang aku tak boleh terima kenyataan lagi. Kat sini tak de roti! Gardenia. Hi-5. Dan brand yang seangkatan dengannya, semua tidak wujud. Ketawa besar-besar dalam hati. Biasanya, di sekolah atau sarapan di rumah bersama en. Hati, menu pagi kami adalah roti gardenia. Bila kat sini tak de… Keciknya hati aku ni…

Perbezaan lain, aku tak tahu lagi. Sebab hari ni adalah hari kedua.. So tak banyak lagi yang aku explore. Hmm, tapi ade 1 perkara yang aku pelik ngan diri sendiri. Aku tidak se’excited’ di semenanjung untuk explore tempat-tempat di sini. Tak faham dengan diri yang pelik. Biasanya tempat baru, panjang je kaki aku. Kali ini, tidak… Adakah factor umur memainkan peranan penting juga? Ketawa. Mungkin.

Bercakap mengenai pelajar.
Pelajar, aku kira sama ‘peel’nya dengan pelajar semasa aku bertugas di Rembau dulu. Tidak ada banyak perbezaan. Mungkin di sini sedikit terkawal kerana aku mula menunjukkan taring ke’bekeng’an aku yang sebenar.

Di Rembau pula, aku hanyalah seorang guru yang penuh lemah lembut, penuh sabar, mesra dan semua sifat-sifat yang baik ada pada ku. Mungkin tak de mood untuk marah-marah sebab terlalu bahagia sebab dekat dengan en. Hati. Haha. Sekarang, semua tu hilang. Tak de lagi garis senyuman mesra. (Kepala dan otak aku tiap-tiap hari fikir mahu balik semenanjung. Itulah muka ku semakin berkerut dari hari ke hari. Walaupun aku di sini baru 2 hari. Kakaka.)

Agaknya macam manalah aku mahu menjalani hari-hari yang mendatang…
Tunggu dan lihat jela…






Nota Pinky ;
“Harap cepatlah bulan 9. Mahu isi eg Tukar dengan segera. Huwaa.. Mahu balik semenanjung. Kalau boleh, sekarang! Haha.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st posting, Sarawak. Hari ni, hari pertama. Senyum.


Selesa. 12 Jun 2012. 0715am.
Sarawak menggamit aku. Terasa dia melambai-lambai mesra sambil mengucapkan ‘Welcome to Sarawak’. Oh! Pejam mata rapat-rapat. Seolah-olah, bila di buka aku mahukan ia menjadi mimpi dan bukan reality.

Masa memeluk en. Hati sudah sampai. Ku peluk dia dengan penuh erat dan terasa mahu menangis di bahunya. Sepanjang perkahwinan ini, aku tidak pernah meninggalkannya terlalu jauh. Paling lama pun 2 minggu. Ini bukan sekadar 2 minggu, Sayang. Ini 2 bulan. Tak dapat aku gambarkan perasaan ku kala ini. Ku tahan juga air mata supaya tidak mengalir. Walaupun hakikatnya ia tetap mengalir setitis dua. Oh! Nasib tak lencun dek terlalu deras air mata anak manja ini.

Ya Allah.
Kuatkan hati aku. Sungguh aku tidak berdaya untuk melawan dugaan ini. Aku sedang bayangkan bagaimana rasanya berjauhan dengan suami. Dan rasa itu tidak lama lagi akan aku alaminya sendiri.

Pengalaman 1st menaiki flight.
Aku akui memang aku sedikit jakun. Tapi aku naik dengan berhati-hati. Tidak mahu di katakan seperti kera beroleh bunga nanti. Haha. Betul ke peribahasa ku ini? Macam pelik je. Abaikan. Kerana aku bukanlah cikgu BM. Ngee~. Tidak ada apa yang pelik sebenarnya. Tapi bila flight sudah mendarat dan anak kapal di kehendaki turun, aku masih lagi terkial-kial membuka tali pinggang keselamatan. Oh! Malunya.

Usikan Che Wan.
Bila tali pinggang keselamatan tidak boleh dibuka, Ku tanya orang sebelah. Yang tidak lain tidak bukan adalah chewan Jamhuri. HUH! Asik muka dia saja yang aku jumpa. Sudah 4 tahun setiap masa aku akan terkena dengannya. Haha. Biasalah. Angka giliran ku 22. Dia plak 23. Sesuai sangat laa tu. Dia mengusik untuk meninggalkan aku di situ. Tidak mahu memberitahu ku bagaimanakah cara yang betul untuk membukanya. (Mahu disepak kau Chewan?) Haha. Akhirnya aku pasrah. Aku bertanya seorang lagi guru baru yang sama dipostingkan sama ku. Jawabnya lembut ; “Angkat ke atas.”
Ketawa kuat-kuat dalam hati.

Buat malu orang kampong je aku ni. Nampak sangat jakun. Hahaha. Biarlah. Ia satu pengalaman yang sangat mahal. Kakaka. (Mahal laa wey! Kau ada tak boleh bukak tali pinggang? Kau tak de. ;p )

Jam 1030am.
Ade nama terpampang sewaktu keluar dari airport. “NAMAKU”.
Oh! Terujanya. Macam dalam TV plak. Hahaha. Macam orang besar-besar gitu. Satu lagi perkara jakun yang aku lalui. Tapi ku sorak kejakunan itu di alur muka yang cute ini sambil tersenyum mengatakan itulah nama ku. 

Jam 1037am.
Taaadaaaa.. Dah sampai ke sekolah. Hahaha. Airport 7 minit dari sekolah. Biar betul…… Kata pengetua, “kamu perlu sembelih kerbau dan buat makan besar. Sebab kamu dapat posting di Bandar.” Aku dengan muka confused tersengih sambil berfikir, “kenapa kerbau, bukan lembu?”. Abaikan. Haha.

Hari pertama di sekolah.
Dapat buku rekod dan juga jadual. Awalnya. Okla tu. Memang kedatangan aku di alu-alukan laa tu. Sampai sini, semua dah tersedia. Perasan! Biarlah. Itu yang aku rasakan sekarang. Kau tak rasa, sila diam!

Tak sabar nak tunggu esok.
Apa yang aku akan selesaikan nanti.







Nota Pinky ;
”Ini apa yang aku rasa. Bandar Kuching, tidak seteruk yang digambarkan oleh orang-orang lain. Bandarnya ku umpamakan seperti besar sedikit dari Bandar Bangi atau Bandar Kajang. Bolehlah mahu hidup. Tapi yang mengecewakan adalah, disini tidak ada roti Gardenia. Pihak Gardenia sila hantar roti ke sini banyak sikit yer! Ini adalah arahan. Hahaha.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bandar Kuching, nantikan daku. (Kereknya)

Alhamdulillah.
Persiapan berjalan dengan lancar dan baik sekali. (Walaupun hakikatnya macam monyok + terpaksa menyumbat semua secara ala kadar).

Gembira.
Memang happy. Sebab akhirnya jejak jugak kaki ke tanah Sarawak. Salah satu impian aku adalah menjelajahi dulu semua negeri di Malaysia baru ke luar negara. Sekarang ni, negeri yang tak pernah jejak ialah Perlis dan Sabah sahaja lagi. (Eh! Asal tetiba aku melalut ke sini ni? Ok. Berbalik pada topik). Kalau aku ni seorang yang berstatus single mingle, mungkin aku meloncat-loncat seperti orang dapat sejuta ringgit money droop. Tapi hakikatnya aku telah bersuami.Tapi, ada sedikit kegembiraan juga di hati kerana rezeki yang tertangguh sekian lama sampai jugak akhirnya. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah...

Anak mak.
Anak manja boleh ke duk jauh-jauh?
Rindukan mak adalah satu perkara yang wajib bila aku berjauhan dengannya. Bila rindukan mak, aku akan menangis sampai lebam-lebam biji mata. Ni kan plak bila aku rindukan en. hati yang tersayang. Agak-agak macam mana laa biji mata aku nanti. Huwaaa...Yang kaler coklat tua jadi biru ke nanti? Ngeee~~
Tabahkan diri anda yer.. ;) senyum dan kenyit mata pada diri sendiri.

Faktor yang menyebabkan aku tersentuh hati lalu menangis ;

  1. Teringatkan ibu tersayang.
  2. Merindui en. Hati.yang dicintai.
  3. Adik cakap tak cukup duit nak makan.
  4. Api kemarahan yang telah lama di pendam dan terlalu mahu marah yang disekat-sekat. (Ayat apa ini? Terbelit-belit! Haha).
Rasanya, kalau faktor kena pergi Sarawak+Single mingle = Aku rela je. Hehehe. (Asal tetiba rasa macam berlagak laa plak Si Pinky ni! =P ).

Bandar Kuching, mesti sedang menunggu kedatangan aku. Haha. Perasan!
So sekarang sedang berimiginasi bagaimana rupa bandar Kuching yang di sebut-sebut orang. Haha. Adakah seperti bandar Melaka? Tak sabar nak tengok apa yang aku bayangkan sama ke tak ngan rupanya.. Seperti aku bayangkan Melaka. Yeah! Haha. (Memang kuat berangan betul.!)

Kawan yang ada di sana.
Kak Talhah dah ada kat sana. Katanya, sekolahnya bersebelahan dengan sekolah ku.
Husni, yang akan pergi bersama aku jugak cakap benda yang sama.. Sekolahnya bersebelahan dengan sekolah ku.
Dalam hati, banyak nya sekolah kat sana. Confused kejap. Tak pelah. Janji nak balik semenanjung nanti, ada laa kawan.. Hehehe. Kan?

Ok. Time's Up.
Sekarang masa untuk mengemas rumah+basuh baju+dan buat laa apa yang patut sebelum bertolak jam 2pagi nanti. Harap semuanya berjalan dengan baik. InsyAllah.








Nota Pinky ;
"Terasa mahu menangis bila fikirkan lamanya aku akan tinggalkan en. Hati. Tapi buat masa sekarang, masih dapat bertahan. Mahu masak apa yer hari ni? Lunch terakhir sebelum berangkat esok. Pastu kena tunggu 3 bulan lagi. Huwaaa.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesi packing barang.

Ye. Lusa aku akan berangkat ke Sarawak secara paksa rela oleh KPM. Ketawa besar-besar.

Sesi mem'PACK'ing barang telah berjalan hari ni.
Secara paksa+rela aku memilih baju dan juga pakaian-pakaian yang aku rasa perlu untuk dibawa. Mungkin hanya 8 helai baju kurung. 2 helai tshirt. 2 helai blaus. 2 helai kain batik. (Eh, asal semua 2 helai ni? Haha. Obses no 2.) Towel dan barang keperluan lain. 20 kg diberi oleh pihak KPM tidak membenarkan aku mengangkut semua yang ade di rumah. Termasuk en. Hati. Haha. Kalau boleh, mahu saja membungkus suami ku itu dan curi-curi bawak ke Sarawak menemani aku setiap waktu. Tapi realiti itu pasti tidak membenarkannya. Kan? Gilakah aku sekarang?

Berhenti rehat sekejap.
Pinggang seperti mahu patah kerana menyusun terlalu banyak sijil-sijil yang aku pun tak tahu untuk apa di bawa banyak-banyak. Haha. Tapi hanya menurut perintah separuh sahaja. Masih nakal lagi walaupun sudah menerima surat lantikan sebagai seorang guru. Kekeke.
Eh, terasa macam baik sikit dari Asma yang hanya membawa 1 salinan sahaja. Aku buat 5 salinan apa. Hahaha. Ampunnnnnn, Asma.. Hahaha.

Oh. Tertinggal sijil nikah yang belum print lagi.
Alhamdulillah, sesi checking tidak sia-sia. =) Selepas menyiapkan semua ni, mahu berehat dengan happynya.. sebab dah sakit pinggang ku ini.. Sakit jugak telinga sebab orang dalam mentor ni nyanyi tak sedap langsung! Huh! Nasib bukan aku jadi juri. Kalau tak, habislah lingkup mentor. Haha.

Doa+Harapan.
Harap semuanya berjalan dengan lancar. Amin.





Nota Pinky ;
"Sedang memandang en. Hati yang khusyuk menonton Mentor. Hensem jugak suami ku ini.. Tak lama lagi wajah ini 3 bulan tak akan ku tatap. Huhu. Baik tatap lama-lama. Mata dah berair ni. Huwaaaaaaaaa..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sarawak, pilihan KPM.

Oh. Ok. Aku akan ke Sarawak.
Bagus. Dapat kenal negeri orang kan? Budaya orang yang berbeza dan banyak benda lagi lah.
Adakah itu ayat untuk menyedapkan hati sendiri setelah dipaksa oleh KPM untuk menaiki kapal angkasa untuk ke Sarawak? Haha.

Ok. Jawapan jujur ye. Aku tidak tahu apa yang aku rasa. Aku juga tidak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Setelah tahu pada 22hb Mei yang lalu, aku termenung sebentar. Setengah jam kemudian, call KPM dan terkejut. Termanggu sebentar dan menangis kerana keesokan hari terpaksa berangkat dengan tergesa-gesa. Keesokan harinya adalah 23hb Mei. Oh tidak!

Tunggu. Munasabah ke perkara ini terjadi? Oh. Aku salah call talian KPM. Berhenti sekejap air mata. Dah lega kerana bukan keesokannya kena berpergian. dan bukan esok aku harus berpisah dengan en. HAti. Masa masih ade 2 minggu dari tarikh itu. Haha. (Sempat untuk mempersiapkan hati yang akan berpisah dengan en. Hati tersayang.)

Sekolah. Tidak tahu lagi.
Flight. Juga tidak tahu bila lagi.
Tunggu lagi. Dan aku biasa sudah menunggu.
Baiklah. Tempoh menunggu sedang berlangsung. Harap semua dapat bersabar. Diri. En. Hati. Mak. Ayah. Adik-adik dan tak lupa juga mak mertua yang tersayang. ;)

Persiapan sedang giat dijalankan.
Yeke? Tak nampak pun. Haha. Asyik bercuti bersama en. Hati adelah. Haha. Kan?

Ye. Baru lepas balik dari Bukit Fraser dan en. Hati kerana menyambut anniversarry yang pertama. =) Happy? Yes! TQ kepada en. Hati yang sangat romantik. I love U so much..

Mahu berehat sejenak. Haha. Sudah pening dan mabuk bercuti. Lalala~






nota Pinky ;
"Call KPM tapi tidak berangkat. Huhu. Menguji kesabaran betul lah KPM ni.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Suasana diri sekarang.

Sekarang masa Hafeez berjumpa doctor.
Doctor cakap Hafeez kena masuk bilik bedah selama sejam setengah. Wah! Lamanya. Harap Hafeez tidak apa-apa. Dan cepat baik seperti sediakala.
Nanti giliran Aqeef plak di rawat. Tapi Aqeef kena rehat dulu untuk 2 3 minggu ni..

Sekarang, mesti semua kawan-kawan sedang busy membungkus barang-barang, kan?
Ya lah. Sama ada yang dapat Sabah, Sarawak, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri dalam Malaysia.
Barangkali adik ku cik Hana juga sedang sibuk membungkus apa yang patut sebab malam ni dia akan bertolak datang ke Negeri Sembilan.

Welcome ke Negeri Sembilan adik ku. Hehehe.

Tak sabar.
Ya, sudah lama tidak jumpa dan sangat merindui mak, ayah dan adik-adik. :S
Terasa macam lambat je esok. Haha. Ketawa besar-besar pada diri sendiri. Anak manja memang macam ni kot. Lalalala~

Esok hari terakhir berkhidmat di Uress. A.k.a SMK Undang Rembau. (Tapi tak cakap pun pada pelajar esok hari last. Bagus kan?

Aku malas nak cakap sebab nanti terpaksa bersedihan. Meleleh air mata. Dan sebagainya lah. Lagi satu, kalau cakap, comfirm2 banyak hadiah untuk ku. (Perasan sorang). Aku tak suka hadiah. Ia buatkan aku rasa terhutang budi. Huhu.

Selamat tinggal, pelajar-pelajar ku.
Mesti belajar dengan bersemangat yer selepas ketiadaan ustazah. Faham?
(Itu je pesan terakhir? Yep.)






Nota Pinky ;
"Aku tahu, lusa akan ada msg di wall FB menyatakan aku kejam. Percayalah. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS