keje demi keje selesai. esok 2 asigment nak kena submit. hehehe.. aku harap, ustazah Lina puas hati ngan slide aku. dan soalan-soalan yang dah aku siapkan. dan jugak soalan yang nad buat. buat bergroup ni memang macam ni.. hehe. bahagi kan tugas masing-masing. hehe
lusa nak kena submit 3 plak asigment. naik stress perut aku ni... tapi sekarang dah naik ke jantung dah ni.. jap lagi naik ke otak stress ni. boleh meroyan aku ni.. hahaha
hmm, teringat kat Bro Sham masa duk buat asigment tadi. so masuk page fb dia jap. tengok-tengok gambar, tengok orang komen, tengok laa apa yang nak di tengok. then keluar. pastu sedekah al-Fatihah. sunyi ym tanpa dia. sampai sekarang aku tak masuk ym. mungkin tak de sesiapa yang nak aku ym..
then, sambung balik buat asigment. tak pe. lepas ni, bila dah siap. rehat la. hehehe.
jom sambung buat asigment. lalala~
5 asigment.. siap!
cinta itu perlu di raikan.. betul ke?
betul ke tak. aku tak berapa arif sangat.
"raikan cinta sepenuh hati. itulah kebahagiaan sejati."
bahagia itu akan datang bila tak de rasa kesedihan dalam diri.
dan cinta itu akan kekal andai ia berada di landasan yang betul.
gelora yang datang, tenggelam timbul itu adalah pengikat semangat cinta yang ada.
raikan cinta yang ada. nescaya bahagia itu akan berlegar disekitar. =)
itulah yang aku lakukan. dan sekarang, aku bahagia. =) terima kasih pada kekanda..
kering idea..
sakit kepala melanda 2 3 4 hari ni. nak-nak time asigment makin banyak nak kena buat. masa plak makin dekat. idea plak tak de. adeh. nak kena buat apa-apa pun kena ade idea yang bernas jugak. pastu nak kena godek jugak power point ni. nak kena tambah link-link yang patut.. makin laa aku punya kepala pening.
kalau pergi bercuti ni, mesti best. tenangkan otak. lalala~ kalau pergi ngan orang tersayang, lagi laa syok. haha. gatal. sabar-sabar.
nak buat ABM jap laa.. isnin ni nak kena submit. 7 plak tu. tetibe je ade idea. so baik buat cepat sebelum dia hilang. hehehe
mencari siapa yang dajal.
semalam member aku call. katanya, asigment dia di publish kat internet. publish kat umum. aku diam. menunggu omelannya habis. dia tak puas hati. dia meminta ustaz kami cari siapa yang sabotaj dia. ustaz tak jumpa.
dia call aku merayu-rayu mintak tolong. aku bukan pandai. tapi insyAllah, aku akan tolong. dan sekarang ngah menggodek internet dengan tak tahu tujuan dan hanya menekan mana yang patut. hahaha.
kalau aku pun, aku sakit hati. sebab asigment yang kita buat untuk semester ni di publish ke kalayak umum. walhal, semester ni pun belum habis lagi. kalau ade orang copy dan paste menjadi asigment mereka, macam mana? ish3..
tak baik wooo aniaya kawan. kalau ye pun nak dajalkan orang, jangan laa buat apa yang tak patut macam ni. aku pun jahat jugak. tapi aku tak buat macam tu. huhu.
lambat ke cepat ke, Allah bagi balasan kat kita tau. so pada siapa-siapa yang buat, insaflah. pesanan untuk diri sendiri jugak.
sabar ye kawan.. akan ku cuba jejak siapa kah mereka. cuma memerlukan masa je sikit. huhu. kerana tahap pengetahuan ku masih terbatas dalam dunia godam menggodam ni. hahahaha
pink itu menawan. renung2kan..
pink. pink. pink.
aku suka pink. tapi aku tak obses pink. aku suka pink. tapi aku tak terlalu excited mahu kan semua benda pink. hahaha.
Pija tanya, asyik pink je. tengok kat atas tu.. dia jealous kot aku suka pink. hahahaha. ini gara-gara aku cakap aku nak beli motor kaler pink. cantik... serius. aku tengok motor kaler pink tu masa survey motor ngan kekanda tempoh hari. haha.
tapi jangan bimbang. aku hanya berangan je nak memilikinya. tapi aku tak boleh. sebab lesen motor pun tak de. bukan setakat tak de. nak bawak motor pun aku tak pandai. tapi tak pe. suatu hari nanti, aku akan pandai jugak. aku percaya pada diri sendiri.. hehe.
aku jawab kat Pija..
tapi jarang perempuan tak suka pink. kalau ade pun, peratusannya kecik je. contohnya semalam, as cakap, kakak ipar dia tak suka pink. kakak ipar dia suka kaler gold. dia sangat tak suka pink. haha. dan tak boleh kalau tengok orang pakai pink. huhu. kalau dia jumpa aku, mesti dia mabuk pink. haha.
ade jugak blogger perempuan yang tak suka pink. tapi aku lupa siapa. aku pernah ziarah blog nya.cuma tak follow je dan langsung tak meninggalkan link. hehehe. jadi silent reader je. aku pun tak tahu kenapa. haha. kurang pasti ngan diri sendiri.
so setakat ni, aku hanya jumpa 2 orang. dan kebanyakkan perempuan hanya natural menyukai pink.
kenapa eh aku suka pink?
- kaler pink, kaler yang comel. (walaupun kekadang aku sebenarnya tak lawa pakai pink sebab aku lebih sesuai pakai biru. hahaha. kekanda yang cakap.)
- kaler pink membuatkan seorang perempuan sangat cute. (hahaha. yeke? itu perasaan aku je. lalala~ perasan!)
- pink itu lambang jiwa aku. kerana pink bermaksud nakal. (aku memang nakal macam aku. lalala~)
- yang paling penting, pink itu menawan. (tepuk tangan siapa yang setuju..)
aku senyum simpul. haha. terasa bahagia dengan penerimaannya. dan hidup menjadi pink serta merta. haha =)
asigment mood..
asigment banyak. masih bertambah. hari demi hari. tambahan plak, aku silap masuk kelas. macam mana aku boleh salah masuk kelas,aku pun tak tahu. yang penting setelah 6 minggu, aku masuk keluar kelas Prof. Arab tu, nak masuk minggu ke-7 baru laa aku perasan, itu bukan kelas aku.
kalau tak kerana Huda dan Ada, mesti aku masih tak tahu lagi yang kelas yang aku masuk dulu adalah kelas yang salah. hahaha. daftar macam lain. masuk kelas lain. mana tak tahu. dan dengan selambanya semalam aku ke kelas. berjumpa Prof. dan mengatakan yang aku tak perasan aku salah masuk kelas. dan sebenarnya kelas ku adalah kelas di sini. hahahaha.
nak gelakkan diri sendiri pun ada. hmm, may be macam ni laa orang tua kalau belajar. nyanyok sentiasa. hahaha. umur dah meningkat tua memang macam ni kot. tapi kekadang terfikir jugak, tua sangat ke aku ni. hahahahaha. sekali lagi aku gelakkan diri sendiri. lalalaala~
so asigment aku pun, makin bertambah laa.. hehe.biasalaa kalau dah masuk lewat. mesti laa ada yang tertinggal. hmm, aku jugak yang cuai. tak tengok betul-betul. hihihi.
minggu depan 3 asigment yang perlu di submit. 1 apa pun aku tak siap. malas nak siapkan lagi. tapi kalau dah start buat, comfirm akan buat sampai habis. hehehe. tak baik wooo tinggalkan keje separuh jalan. hehe.
hmm, jom kita mulakan asigment kita satu persatu. lalalaa~ hati menyanyi riang, walaupun hakikatnya tak berapa riang. haha.
selamat menyiapkan asigment. ucapan untuk diri sendiri. dan jugak kamu yang sedang buat asigment. kamu? siapa-siapa aje laa yang sedang menyiapkan asigment. lalala~
demam raya or demam rindu...
bangun pagi.. panas dah panas semacam. mata tak dapat bukak. rasa macam mata ni bengkak. pedih. dan jugak gatal. tak boleh garu. nanti mata jadi tak lawa dan ayu. haha. ku sentuh dahi. panas. tangan sekali lagi letak bawah dagu. panas jugak. badan. tak yah nak kata laa.. sangat tak larat.
kaki langkah ke depan cermin. tengok muka orang sakit. haha. wah, mata ku bengkak. lebam. macam kena tumbuk. hati aku geram. aku mimpi apa plak ni sampai kena tumbuk pun tak sedar. ke aku mimpi aku berkungfu dengan Jet Li.. sebab semalam kan cerita Jet Li. hehe. mana satu ni... or.. hmmm, memang rutin kembali ke asal laa ni kot..
salah makan, mata yang kena. salah makan, mata yang sakit. salah makan, mata yang lebam. apa laa salah mata aku ni. sian dia. tak pe laa. dah ujian, tak boleh laa mengeluh.
kul7.30 pagi. minum air masak. makan biskut jagung kegemaran. makan ubat alergic and juga panadol. active fast 1 bijik je. tak boleh makan banyak-banyak. tapi tak aktif-aktif pun. masih lagi panas badannya. then masuk dalam comforter, duduk diam-diam kasik badan panas. sejuk tahap gaban. duduk dalam comforter lama-lama. sampai pukul 3 petang. baru badan berpeluh. wah.. sangat lama.
kul 4 pegi kelas. kena hujan. balik kelas kul 10 malam, badan masih panas. hm, sejuk pun ada ni. tapi malas nak layan demam. nanti kalau makin di layan, makin teruk plak. tak boleh lembek-lembek sangat. wah! nak jadi orang kuat ni. hakikatnya dah lembek, lembek laa jugak. lalalala~
sebenarnya kenapa demam ni.. demam sebab makan kueh raya ke? atau demam sebab rindu. guest what... hehe. demam sebab rindu sangat kat Si Dia. dah lama tak jumpa. haha. hari-hari angau. lalalala~ boleh ke macam tu.. ngah bahagia laa kot. memang macam tu. Alhamdullillah.. =D sebab bahagia itu umpama langit yang tak berawan. luas je. memang itu yang aku rasa sekarang. terima kasih kerana bahagia kan aku. walaupun demam, tetap rasa bahagia. haha. (dah namanya angau. memang macam ni.!)
nak pegi bilik Yus n Yna.. nak makan kueh raya. pastu nak pegi bilik Su, nak pinjam tukul or hammer. nak bertukang sikit. hahaha. paku yang mana longgar. ketuk yang mana tak kemas. haha.
tapi mata dah layu. maklum laa dah dekat pukul 11 dah ni. so, dah sampai masa laa ni. malam ni kena tidur ngan comforter lagi. rimas. tapi sejuk. terpaksa laa..
good night. sweet dream Malaysia.. hehe





