RSS

nilai kecantikan itu..

senyum kekadang perlu manis. =) tapi kemanisan tu mesti selaras jugak dengan tudung. kawan baik aku cakap, kalau aku pakai tudung yang macam yuna pakai tu, tak lawa.. tapi aku tetap hentam je. mana yang aku rasa nak pakai, aku pakai je. kecuali aku keluar date. mestilaa nampak cantik dan control ayu. hahaha..



pakai tudung bibik macam ni pun aku nampak aku lawa. haha. itu yang aku rasa. tudung ni, bukan aku punya pun. aku bantai yang Tija punya. saje je pakai. nak tengok muka lawa ke tak. macam ok. tapi, kekadang rasa macam bibik. hihihi. try sekali sekala boleh laa kot.


tudung bawal free ni, ok jugak. hmm.. tudung ni aku tak beli jugak. aku dapat free masa tolong jaga kedai orang. hehe. berbaloi jugak kalau kita buat baik ngan orang. kalau nak harap aku beli tudung bawal, alamat nya aku tak terbeli. hehehe.

tudung ni plak cikgu Farha tak kasik pakai. haha. katanya aku tak cantik pakai macam ni. tapi aku cakap, tak salah pun kalau aku pakai sekali sekala. hehe. degil ye? huwaaa.. jangan marah sahabat baik ku. aku cuma nak pakai and main hentam je.. sekali sekala tukar angin, apa salahnya. hahaha.

hmm, sebenarnya gaya pemakaian tudung cantik ke tak adalah tertakluk pada diri kita sendiri. sebab apa? sebab bila kita rasa diri kita lawa, kita akan kelihatan lawa. jika kita rasa diri kita cantik. kita akan kelihatan cantik. kalau kita rasa serabai, memang orang akan lihat kita serabai. hihi. sebenarnya itulah perasaan orang perasan macam aku. lalala~

nilai kecantikan itu, hanya pada mata orang. kalau orang cakap kamu tak lawa. tak cantik. macam yang kamu harapkan. tak mengapa. sebab masih ade ramai lagi orang yang merasakan kamu cantik dan lawa. dan yang pastinya, kamu mesti rasa, diri kamu cantik dan lawa. =)

so, pemakaian aku tak de kena mengena dengan orang lain. apa yang aku nak pakai pun tak de kena mengena ngan orang lain. itu adalah diri aku sendiri. malas lagi nak hipokrit jadi diri orang lain. jadi diri sendiri adalah lebih berbaloi. betul tak? =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday

Happy Birthday..

Wish You Happy and God Bless u..
Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki..
Semoga Apa yang Diimpikan akan Termakbul..
Semoga Hubungan Kita akan Kekal dan Bertahan dari semua Badai yang melanda..


alotofluv,
-azura-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat bertunang FARHA...

Ucapan ikhlas ini aku tujukan buat Best Friend aku..

antara gambar yang paling aku suka.. cantik.. sweet.. semua ade.. =)


Farha..
selamat bertunang..
Semoga Hubungan yang terpatri ini akan dirahmati oleh Allah selalu..
semoga apa yang dirancang akan membuahkan hasil..
Semoga kasih sayang yang terbina akan terus kekal..
Semoga apa yang tercipta menjadi kenangan terindah..
Semoga Hubungan yang terbina akan dipenuhi dengan bunga-bunga kebahagiaan dan sentiasa mekar tanpa ada titik noda..
dan..
Semoga ikatan kalian berdua, bahagia-bahagia selalu..


salam sayang
dan
selamat bertunang dari,
-Ura-


sayang Ha sokmo =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

out ke JB

bila dah biasa kerja macam ni, dari jam 10am sampai 10pm, bila ade cuti, terus tak tahu nak buat apa. buntu. betul laa kata mak, ayah dah biasa bekerja, kalau duduk diam, macam tak selesa.. mesti nak jugak bekerja. itulah yang aku alami sekarang. bila cuti mesti boring. tak senang nak duduk.

tapi kalau cuti, ade orang yang tersayang, mesti tak boring dan best.. huhu.. tapi apa kan daya. tak de kesempatan.. huhu.

kul11pagi, ku hantar semua crew dan budak-budak serta skrip writer lelaki naik bas untuk out ke Johor Bharu. rasa sedih pun ada. tak tahu kenapa. may be nak kena tinggal. dan dikesempatan yang ada, aku sepatutnya dapat rehat. tapi macam tak tahu laa plak nak rehat kat macam mana. haha. dah biasa dengan orang ramai, sekarang tinggal aku ngan Nad, aku rasa macam pelik laa plak.. ish3..

kul2petang..

masa berlalu dengan cepat. sepantas kilat. sedar-sedar, hujan dah lebat. baru je tidur 1 jam. haha. seronok laa plak tidur hujan-hujan macam ni. dah lama tak macam ni.. hmm, kan best kalau cuti-cuti gini, dapat dating. haha. berangan!

selamat pengantin baru untuk Taufek. Semoga hubungan yang di bina, akan dirahmati oleh Allah dan berkekalan hingga ke akhirnya.

walaupun aku tak dapat pergi, tapi rehat itu sebenarnya men'tension'kan aku. sebab kena tunggu orang yang cakap nak datang. alih-alih tak datang-datang sampai laa hari isnin pagi. hari isnin, bos tak bagi cuti ke, bagi ke.. aku tak kira, aku nak cuti..

kekadang mengambil risiko itu berbaloi.. hehe..

so akan ku ambil risiko hari isnin ni.. maaf kan zura ye BOS.. hehehe.. mata aku dah jadi macam ni @_@ itu tandanya aku rindu.. dan cuti akan di ambil.. lalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kasih ini..

melihat bintang yang berkelipan seorang diri semalam, mengingatkan aku banyak kisah dulu. kisah yang sangat aku suka. kisah bahagia tiada duka. dan kisah itu juga aku semat dalam-dalam ke sanubari ku ini. aku tersenyum.

sebentar kemudian, air mata ku mengalir perlahan. ku betul-betul rindu saat dulu. saat bahagia, tiada duka dijiwa. saat senyuman ku mekar. saat gelak tawa ku bermakna dengan jenaka yang disampaikan. kini, ia hilang sedikit demi sedikit.

aku sebenarnya rindu. ya, aku mengaku, aku rindu.

ku panjatkan doa di dalam solat ku, agar aku kuat. agar aku tabah. dan tunjukkan aku jalan supaya aku tahu, apa yang perlu aku buat. dan agar kasih sayang yang tersisa ni teguh seteguh gunung himalaya..

dan aku tahu, hati ni akan terus teguh untuknya. walaupun apa pun badai melanda.. kerana alasannya hanya satu, hati ku sudah dicuri olehnya.. dan hati itu sudah tiada pada ku.. dan aku nak dia tahu, tiada yang lain buat ku, hanya pada nya..

percayalah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

matahari yang hilang

dalam hidup ni, kita kekadang perlukan penyeri. kalau tak de penyeri, biasa nya hari akan malap. hari-hari yang dilalui pun tak de cahaya. matahari pun tak kan muncul. semua menjadi suram dan tak de yang ceria.

aku sangat lega bila dia hadir. tapi kekadang kehadiran yang ku pinta dengan penuh senyuman itu bertukar pada pergaduhan yang berpanjangan. kekadang aku tak sangka perkara yang kecil boleh dibesarkan. tapi itulah hakikatnya.

makin lama, umur ku makin meningkat. aku jemu dan bosan apabila bergaduh. aku boring. dan seterusnya boring ku itu mempengaruhi mood seharian ku. kata orang, gaduh-gaduh sayang itu manis. tapi bukan bagi ku. aku tidak menerima kata-kata itu. sebab bagi ku, satu pertelingkahan boleh menjadikan keseluruhan hari ku malap dan tak de bunga-bunga kebahagian.

kalau bergaduh sejam 2 jam. boleh lah. macam mana plak kalau bergaduh 1 minggu 2 minggu. aku kekadang bukanlah wanita romantik yang pandai memujuk. kekadang aku juga jenis yang kaku. yang tak tahu apa yang perlu aku buat bila dia merajuk.

kekadang memang macam tu. tapi bila datang mood romantik, okla kan.. kalau tak datang, macam ni laa jadinya.. blur. buntu. tak tahu nak buat apa. dan tak tahu nak rasa apa.

jadi, sepatutnya jangan ganggu hidup orang yang tak sudi di ganggu..

senyum selalu =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kesempatan yang ada..

hari-hari berlalu dengan cepat. tanpa aku sedar. tanpa aku perasaan dah masuk minggu ketiga aku di sini. bersama 10 Imam Muda. hmm, nampaknya banyak lagi yang perlu aku pelajari. sebab masih banyak yang aku belum tahu. sama ada ilmu dunia mahu pun ilmu akhirat.

kekadang aku rasa, sangat bertuah. dan aku rasa, macam Allah telah memilih aku, untuk mengetahui tentang semua ni.. alhamdullillah, ku panjatkan segala kesyukuran ku pada Ilahi. mungkin masa yang ada ini, harus aku manafaatkan dengan sebaik yang mungkin. mana mungkin lain kali, aku akan berkampung di Masjid Wilayah ni lagi.

peluang berada di masjid, bukan peluang yang mudah untuk didapati. tapi, kekadang aku seolah-olah melepaskan peluang yang ada di hadapan mata. mungkin kekadang aku sedikit alpa.. tapi alhamdullillah. segalanya berjalan dengan lancar. itu semua bantuan dari Allah Taala.. ku sujud syukur padanya..

dan akan ku manafaatkan masa yang ada ini, dengan sebaik-baiknya. supaya aku tak kan menyesal suatu masa nanti.. ya Tuhan, alhamdullillah, syukur pada mu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS