semalam birthday adik aku yang ke24.. adik lelaki.. aku memang tak sekepala ngan dia. ntahlah. may be sebab dia garang, aku pun garang. dua-dua garang, so panas. then last-last tak dapat berkomunikasi ngan baik.
tapi apa pun yang terjadi, aku tetap sayangkan dia sebagai adik aku. sama je ngan adik-adik yang lain. semua aku sayang. tak de bias. yeke tak de bias? ntah laa.. aku je rasa tak de. apa plak kata adik-adik aku? bias kah aku? hehehe..
apa mahu jawapan kamu adik-adik ku yang ku sayang. hahaa..
walaupun aku sayang.. aku tak ucap pun happy birthday kat dia. sebab? aku tak de kredit laa weyh.. ish3.. kakak apa aku ni.. kedekut.. hahaha..
sebenarnya dah lama aku tak bercakap or berjumpa ngan dia. aku rasa, masa raya puasa lepas kami jumpa.. itu pun bercakap apa yang patut je. untuk mengelakkan aku bergaduh dan seterusnya untuk elakkan mak aku bersedih atas pergaduhan kami. dan pada masa tu, kami tak bercakap pun. hanya bertanya apa yang perlu sahaja. macam orang tak kenal pun ade. huhu.
aku kekadang rasa rindu. dan terasa sedihnya. tapi apa boleh aku buat. kami memang tak sebulu. hehehe..
so dikesempatan yang ade, aku nak ucapkan...
happy birthday..
apa yang aku tahu..
semenjak 2 menjak ni, aku hanya connect internet hanya untuk membaca email.. membaca blog.. tidak menulis. aku seolah-olah tak de mood. entah kenapa. hmm.. may be terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan.
exam makin dekat. aku kena kurangkan waktu bersosial. hehe. bermain juga.
hmm.. sebenarnya aku perlukan privasi dari semua. tapi selalunya aku tak dapat. sebab ade je mata-mata yang gatal memandang dan mulut-mulut gatal yang bercakap.
mak kata, kalau kita tak kutuk orang or jaga tepi kain orang, orang tak kan buat macam tu kat kita. sama laa ngan buat baik. mak kata, kalau kita buat baik kat orang, pasti orang buat baik kat kita.
aku kata...
itu dulu. orang zaman sekarang, lebih suka memandang, melihat, dan mengata. siapa setuju?
bagi aku.. selagi apa yang aku buat, aku rasa ia tak salah, aku tak kesah pandangan orang. cuma aku perlukan sedikit privasi. aku rindu aku dulu. pegi kuliah sorang-sorang. tak de sangkut ngan siapa-siapa. balik kuliah pun, sorang-sorang. tak de sangkut ngan siapa-siapa. buat keje sorang-sorang. settlekan masalah sorang-sorang. aku boleh buat apa yang aku mahu semahu aku.
tapi hidup ni bermasyarakat. mak kata, kena laa biasakan diri ngan bermasyarakat. tapi yang aku tahu, jangan masyarakat ganggu hidup aku. sebab bila ade masyarakat ganggu hidup aku, aku tak tahu apa yang akan aku lakukan.. sebab aku ni akan bertindak diluar jangkaan bila aku marah.
hmm.. privasi sangat penting.
masuk bilik, masuk rumah, sorang-sorang. boleh buat apa yang kita mahu. boleh buat apa yang kita nak. tidakkah itu indah. hanya itu yang aku tahu. perkara lain, tak nak tahu.
tapi perlu diingat. batasan agama itu ada. ingatan untuk diri ku yang selalu alpa.
awet muda..
hari ini dalam sejarah..
semua orang muka kelat. nak marah je keje nya. orang ni emo. orang tu emo. tak tahu mana puncanya. nasib baik aku ni cool..
azhar.. emo jugak. sebab? dia kepanasan. dia bukanlah lelaki yang boleh menahan panas. kalau panas, asyik nak marah je keje nya.. hahaha.. jangan marah..
asma.. emo jugak.. kes nya.. hihihi.. nak basuh baju. tapi mesin asyik semua orang guna. hehe. sabar-sabar. tunggu dengan sabar eh. hehe
dalam kelas tadi.. kak lina tak pasal-pasal marah-marah dan emo.. kes nya budak-budak kelas usik dia.. adeh.. lambat laun.. aku berjangkit jugak nanti..
nad plak.. pening.. sebab semua orang busy.. then tak de orang yang boleh bawak kereta untuk nya kerana dia ingin pergi ke tempat tertentu atas urusan yang tertentu..
aku? masih lagi cool.. dan sambil tersenyum.. aku kata.. janganlah marah. releks-releks laa.. cepat tua kalau marah-marah. lagipun kalau senyum kan elok.. =)
sebenarnya.. kita tak perlu emosi.. sebab kekadang emosi yang membuatkan kita makin nak marah. try releks... cool.. senyum.. mesti hari yang berasap tu akan hilang asap nya.
aku bukan kata kat orang. sebab aku pun lebih kurang sama je. hehe. aku pun kuat jugak marah. tapi itu dulu laa.. sekarang dah kurang dah. may be sebab aku ni dah tua kot. hehe.. lagi satu.. marah ni.. berhantu.. kalau marah hari ni, esok mesti nak marah lagi.. kalau marah esok, lusa comfirm tak habis lagi.. hmm.. kalau macam tu.. bila nak habis marahnya? huhu
so.. sekarang ni aku ngah belajar menahan marah. pada peringkat awal.. memang akuu tak boleh. sebab? susah woo.. ingat senang ke? sampai kan aku nak telan air liur pun tersekat. sakit dada ni tak tahu nak cakap. itu tak masuk kepala yang sakit dan pening bila marah disekat.. adeh!!! tapi dengan bantuan orang sekeliling, marah aku dapat di tahan. bangga jap. haha.
dah umur 260tahun ni baru nak belajar tahan marah? dah lewat dah.. itu kata orang. kata aku.. takde waktu yang terlewat jika kita nak berubah ke arah yang lebih baik. lepas ni, kamu akan mengenali aku dengan Ustazah yang baik hati plak.. no marah-marah. no masam-masam. always smile+senyum..
lagi pun.. kalau kurang kan marah.. mesti aku awet muda dan keremajaan ku akan kekal lebih lama. haha.. tak percaya? try laa kamu senyum dan jangan marah-marah.. nescaya kamu akan nampak muda 10 tahun.. hiihii
lagi pun, aura pink yang ade pada diri ku hendaklah aku guna kan untuk menceriakan hidup ku.. bukan untuk menambah awan hitam yang makin mendung dan kelabu.. waa..
selamat beramal T_T
keajaiban..
hmm.. semenjak dua menjak ni. banyak kali aku terdengar tentang makhluk-makhluk halus ni. aku bukan lah seorang yang arif tentang perkara ghaib ni. bagi ku, cukup sekadar aku tahu dan aku percaya kewujudannya. untuk mendalaminya, aku fikir, ia tak perlu untuk ku.
bercakap mengenai makhluk ghaib.. makhluk halus.. orang bunian.. jin.. hantu.. iblis.. syaitan ni.. aku memang orang yang tak tahu menahu..
ku masih ingat sewaktu aku berada di sekolah menengah dulu.. setiap kali orang histeria atau pun dirasuk.. aku mesti tidur mati punya. satu ape pun aku tak tahu. tapi sebaliknya jika aku berjaga malam, pasti tak de orang yang kena rasuk.
so berdasarkan pengalaman yang ade.. aku memang fail dalam bab-bab ni walaupun aku seorang ustazah. h0h0h0..
aku juga sering terfikir, kenapa agaknya bila orang disampuk atau histeria or dirasuk.. aku selalu ketiduran? huhu. entahlah. aku tiada jawapannya buat masa sekarang..
hmm.. ajaib dan pelik jugak..
tapi yang aku tahu, benda-benda yang berkenaan dengan jin ni, bukan boleh dibawak main. sebab kita bukan nampak dia.
hai.. susah jugak. kalau lah kamu mempunyai seorang kawan yang sakit yang ade kena mengena dengan jin-jin.. or makhluk ghaib.. apa yang kamu akan buat?
masa kian suntuk..
kekadang kita tahu, masa kita kian suntuk. tapi kita masih berdegil. masih main-main. masih jugak berkeras hati tidak mahu berganjak. tapi masa makin menghampiri. makin menyesakkan. makin dekat.
hmm.. dan aku tahu, sekarang dah minggu ke 10. masih berbaki lagi 4 minggu. untuk semester ni. semua persiapan harus dibuat. semua persediaan harus dikemaskini. sebab exam akan muncul tiba tak lama lagi.
tapi bersediakah aku?
jawapan otak.. macam tak je.
jawapan hati.. tak sedia.
bibir.. mengatakan.. aku masih tak sedia.
semua menyatakan yang negetif.
tapi ade sesuatu perkara yang pasti.. nafsu.. alaa.. releks la.. awal lagi..
adeh...
ikut rasa nafsu, binasa laa diri ku..
kerja makin banyak. lappy pun kekadang demam kekadang sihat. data, kekadang ade sempat save. ade yang tak sempat. yang tak sempat.. apa reaksi aku? malas laa aku nak buat balik. so aku biarkan saje.
akibatnya kerja ku terbengkalai.
aku perlukan lappy baru. tapi tunggu laa dulu. sebab duit ku tepu. tak berganjak-ganjak dari kocek ku..hahaha. sebab mak kata, kalau tak de duit, jangan cakap kat orang yang kita tak de duit. sebab bila kita cakap kita tak de duit, kita susah hati. bila susah hati, kita tension. bila tension, kita cepat tua.
so apa rahsia awet muda ku ini? rahsianya.. senyumlah selalu.. hihihi..
dah laa.. malas nak merepek lagi. nak buat keje. sebab banyak dah ni yang terbengkalai sebab aku malas nak buka lappy sendiri yang demam.
p/s: terima kasih atas ehsan Pija a.k.a fiza_zaza.. kerana memberi aku menggunakan lappy nya.. cayang fiza.. hahahaha
tangisan pengubat hati yang sakit..
menangis.. memang itu hobby aku. haha.. aku pun tak tahu sejak bila aku suka sangat menangis. masa ketawa pun aku boleh nangis. masa sedih lagi laa.. masa terharu, itu mesti. masa nak marah, orang kebanyakannya akan marah sesiapa saje. tapi aku, menangis je keje nya.
aduhai. adakah aku memang perempuan sejati? haha. perempuan dengan air mata.. hehe.. tapi aku tekankan.. aku tidak mengumpan lelaki dengan tangisan ku ye.. kerana mak cakap, kelembutan lebih power dari tangisan. haha.
so, jangan kamu menangis banyak-banyak depan lelaki. nanti diorang meluat. hehe.
hari ni, kerana perkara yang tak munasabah, air mata aku jatuh. aku menangis semahu-mahunya. sakit hati, geram, nyampah.. semua ade. aku pun tak tahu mengapa aku terlalu sensitif. terlalu emosional. tak macam selalu. biasanya aku tak kesah. apa nak jadi, jadilaa.. tapi hari ni, kerana perkara yang kecik pun, air mata ku jatuh. dah laa lama plak tu..
air mata ni macam tak nak berhenti. tak nak diam. ia mengalir dan terus mengalir tanpa aku pinta. bukan aku pohon ia mengalir. tapi perasaan ini seolah-olah memahami bahawa saat itu aku sangat geram. geram segeramnya.
cerita nya bermula saat aku bangun seawal 6am. mandi. iron baju. penuh semangat untuk ke kuliah.
jam 1130am. aku keluar seperti biasa sebab nak kena tunggu bas.. bas biasalaa.. pengangkutan awam.. memang laa lambat sikit. tapi sabar jelaa.. huhu. sambil aku menunggu, aku membaca.. bukankah membaca itu baik dan digalakkan oleh kerajaan Malaysia. hehe. aku memang patriotik. haha.
sms masuk tepat jam 1205pm. aku baca. nad tanya.. tak nak datang kuliah ke? ku reply. bas tak datang lagi. dah 35minit saya tunggu.
aduhai... tak kan aku nak tunggu sampai 2 jam baru nak ade bas. detik hati aku. memang dah geram ni. nak marah. nak menangis. semua ade ni. hmm.. aku tak fikir, manje nya aku ni..
sejam menunggu bas.. aku dah tak tahu nak marah kat siapa. aku menangis. semua orang yang ngah tunggu bas.. memang perasan aku nangis. aku kira. aku macam biasalaa.. aku tak heran dah kalau aku nak nangis. time tu jugak aku nak nangis. tak peduli siapa yang ade kat tepi aku. tak peduli siapa yang ngah tengok aku. haha. memang sengal.
so aku nangis la.. hehehe..
kuliah pengantar usul dah tertinggal. sebab kuliahnya jam 12-1pm. bas datang jam 1pm. so see.. bape lama aku tunggu??? sejam setengah.
masuk kelas, air mata tak nak lagi berhenti. aku malu sebenarnya. tapi air mata aku memang tak nak berhenti. aku dah puas pujuk hati. tapi air mata memang degil. tetap keluar dan keluar. jam 130pm baru ia betul-betul berhenti mengalir. itu pun masih bersisa. huhu
semua orang tanya. semua orang nak tahu. semua orang macam pelik. kenapa ni. kenapa menangis. kenapa? haha
rasa nak ketawa pun ade. sebab tak semahunya aku nangis. hihi. memang ngok laa plak aku hari ni. huhu.
aku cakap perkara sebenar. tak kesah laa apa orang nak cakap. rahman ngan hadi cakap.. alahai.. manje nya.. azhar ketawa.. yna plak kata, aku comel.. sebab menangis sambil ketawa. aku pun nak tergelak kan diri sendiri. apasal laa aku manje sangat ni? huhu.
tapi lepas sejam menangis.. aku rasa sangat lega. rasa macam terluah semuanya. haha. memang menangis pengubat hati yang sakit.
tapi itu bagi aku laa.. aku tak tahu korang rasa apa bila menangis. sebab biasa nya lelaki tak mahu menangis dan sebolehnya tak nak menangis. kata diorang tak macho.. tapi kata aku.. aku tak kesah lelaki nak menangis. sebab tangisan tu hak milik semua orang. apa salahnya lelaki menangis kalau dia tak boleh nak luahkan apa yang terbuku kat hati dia. aku memang sarankan lelaki menangis kalau diorang nak nangis. hehe. meh nangis kat aku meh.. lalaa~
tangisan tu dicipta tanpa ade bias.. sesiapa saje boleh menangis. sebab ia adalah pengubat hati yang duka..
siapa setuju? =p
ustazah kembali. haha
hmm.. setelah berhari-hari aku berpenat lelah.. hari ni baru boleh masuk sini.. lappy plak demam.. nak kena makan ubat... tapi mummy dia ngah sengkek.. dah laa banyak benda yang tertinggal dalam lappy tak save dalam pendrive..huhu.. pening dunia nak buat macam mana..
tapi tu laa lumrah.. busy kerja ngan study.. memang memenatkan kepala otak ku. tapi itu jugak yang aku mahu. mungkin sebab dah biasa bekerja dan tak mintak duit parents.. menyebabkan aku mahu mengambil tanggungjawab untuk bekerja.
hari ni, aduh.. terasa malas. memang semalas-malasnya. ku toleh awan.. ceria. ku pandang ke timur, masih jugak cerah. ku pandang lagi ke barat, hmm.. makin cerah. tiada mendung. hmm.. maknanya hati aku saje yang mendung. mungkin kerana banyak lagi kerja yang terbengkalai. banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan..
ya Allah ya Tuhan ya Rabb.. mudah-mudahan Kau permudahkan laa rezki yang halal bagiku dan jauhkan laa perkara-perkara yang haram dariku..
masa meting tempoh hari.. aku diterima kerja bermula 1 mac 2010.. hmm.. aku amat-amat bersyukur. dan gaji yang diberikan jugak, diluar jangkaan ku. dan aku terima dengan ucapan Alhamdullillah syukur pada mu ya Rabb.. kerana mempermudahkan setiap rezki bagi ku.
:) sebenarnya hidup ini indah untuk dijalani jika setiap pengorbanan yang kita lakukan adalah berbaloi.. dan setelah apa yang diusahakan mendapat ganjarannya, jangan takabbur dan lupa diri. ingat siapa yang memberi rezki. dan bersyukur pada yang Esa kerana setiap pemberian adalah datang dariNya..
tak lupa aku ingat kan diri sendiri. sebab otak aku ni kena selalu ingat kan jugak. sebab maklumlah aku ni manusia biasa.. h0h0h0h0..
dan tak lupa juga ku ingatkan diri ini, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. itu pasti..! walaupun pada dasarnya kita tak nampak apakah yang terbaik disebalik semua yang terjadi..
waaa... macam ustazah laa plak..
ade nampak ciri-ciri ustazah ke? hihi.. hmm.. esok nak kena submit form untuk IM dan sub topik untuk interview.. then nak kena present KPBA. pastu banyak lagi yang nak dibuat. so... ustazah kenala tabah. sebab ustazah kan ROCK!!! hehehe..
kapten kata aku ni rock obor2.. hahaha.. aku tak faham apa tu "rock obor2".. tapi hentam jelaa.. hihi
p/s : apa makna "rock obor2" weyh.... =D





