isnin datang lagi.. penat nya usah nak dikata.. tak boleh jugak aku ungkapkan.. program Universiti.. memang lah macam ni.. aku je yang berlagak mahu join dan participate dengan semua ni..
tapi bila aku fikirkan balik, memang patut aku menyertainya. kenapa? bila lagi nak timba pengalaman kalau bukan zaman muda mudi macam aku sekarang ni.. hehehe.. sebab pengalaman itu bukan timbul sewenang2nya.. ia perlu di timba..
penat aku? adakah ia berbaloi? entah. aku pun kurang pasti.. tapi i hope so...
penat ku berbaloikah?
Allah itu maha Adil..
ust PIEE pernah cakap, Allah tak kan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu menjalani ujiannya. Allah jugak tak kan bagi ujian yang melampaui batas kemanusiaan kita..
betul.. aku bersetuju.. aku juga berpendapat macam tu, sebab Allah itu maha Adil.. Allah maha mengetahui apa yang kita perlukan..
aku kekadang terfikir, Allah itu memberi pada kita apa yang kita perlu.. bukan apa yang kita mahu.. kenapa? sebab kekadang apa yang kita mahu sebenarnya bukan menjadi keperluan kita.. Allah mengetahuinya.. kita hanya mampu merancang..
aku? sama jugak.. aku rancang. aku plan. aku buat semua yang aku mahu. kekadang aku tidak mendapatkannya.. tapi, yang aku tahu, aku sangat berpuas hati dengan hidup aku sekarang. aku bekerja. aku penat. balasannya aku dapat apa yang aku nak.. sangat puas hati..
tapi, kekadang aku jugak perlu memberi motivasi dan muasabah diri ku. kerana aku hanya manusia biasa yang ada banyak dosa dan kesalahan..
tapi aku yakin, Allah itu ada bersama ku. Dia sentiasa ada dan menolongku.. hanya aku kekadang mengabaikanNya.. bersyukur lah apa yang kita ada sekarang. kerana Allah memberi apa yang kita perlu sekarang,..
ya Allah, maha besar kuasa mu,.
2 x 5 = 10
sesetangah manusia.. rasa tak puas hati pada diri sendiri memang tinggi.. rasa itu juga lah yang membawa diri kita kurang confident.. rasa confident perlu.. sangat perlu.. kenapa?
aku pun tak tahu kenapa. tapi bila aku fikir2.. aku rasa semua orang memerlukannya.. kerana ia lah yang membuatkan kita dapat menempuhi semua onak ranjau kehidupan.
tapi sikap atau rasa confident ini perlu di pupuk. ia akan sebati dalam diri kita kerana kita sentiasa memupuknya. eh.. apa yang aku bebel kan ni? entah laa labu...
tapi apa yang aku nak luahkan ialah walaupun kita tak tahu apa yang kitab perlu buat.. tapi rasa confident itu mesti ada.. tapi sesetengah orang mempunyai rasa confident pada diri sendiri lebih sangat2.. menganggap diri sendiri lebih.. dan tidak rasa selamat dan confident dengan orang lain. betul ke?
melalui pengalaman ku.. aku banyak belajar dari pengalaman orang.. memang ada manusia yang memang tidak confident pada orang lain. dia merasakan dia saja yang betul.. tapi.. sebenarnya sama rata atau boleh dikatakan.. 2 x 5 = 10 aje laa... haha
sebab tu lah.. di samping memupuk rasa confident pada diri.. kita mesti ada zuhud dalam hati.. kita tak boleh memupuknya sehingga ia melimpah ruah.. dan menjadikannya berleluasa dalam diri.. bahkan sikap mempercayai orang lain juga confident seperti kita, perlu di pupuk di dalam diri..
kerana manusia itu adalah lahir tidak sempurna..
kekadang kita mesti memberi peluang kepada orang lain belajar untuk membuat sesuatu.. dan kita mesti support mereka dari belakang.. percaya mereka juga boleh buat seperti yang kita buat..
kerana kepercayaan itu penting dalam sesebuah hubungan yang terjalin.. sama ada perhubungan antara sahabat, bercinta, keluarga dan lain2.. kerana orang lain juga sama seperti kita, manusia itu tidak sempurna..
Semakin hari semakin padat..
menjadi seorang yang busy bukanlah perkara yang boleh di banggakan.. sebab aku perlu tahu tanggungjawab aku dan aku perlu menyiapkan semua kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. dan jugak pening memikirkan apa lagi yang patut disiapkan dalam masa yang singkat.
dulu.. seawal aku di UM.. aku tak pernah menyangka aku akan se'busy' ini.. bagi aku, cukuplah aku busy semasa aku zaman diploma yang sangat memerlukan tenaga yang banyak.. aku juga tak pernah menyangka yang akan dapat membahagikan masa dengan baik dan betul..
tapi... sedikit sebanyak ia menyumbang kepada kebaikan untuk diri aku. kerana disebabkan ke'busy'an yang ada ini lah aku dapat belajar membahagikan masa dengan baik, walaupun kekadang ia terbabas.. hehe.. biasa laaa aku bukan lah orang yang expert untuk membahagikan masa.
tapi kekadang terfikir jugak, untuk apa aku mem'busy'kan diri? tapi setelah aku fikir, ia adalah pengalaman yang tak kan aku dapat semasa aku kerja nanti..
hm.. feskum akan bermula tak lama lagi. aku tak dapat bayangkan masa aku nanti.. mesti padat dan penuh dengan sakit2 badan.. hehe.. vitamin aku perlukan untuk menyihatkan badan dan memastikan supaya aku dapat menjalankan tugas dengan betul..
GOD BLESS ME.. :)
kerja yang tak de..
apa yang anda suka buat time free?
hobby?
hm.. sepanjang aku hidup.. sepanjang aku bertanyakan orang tentang soalan ini.. beginilah jawapannya..
- tidur syok weyyy..
- berangan..
- main game..
- bersembang..
- mengumpat..
- gosip..
- bercerita..
aku? aku lebih suka banyak kerja dari tak de kerja. kenapa macam tu? sebab.. bila banyak kerja.. aku tak kan sempat nak fikirkan tentang apa2 perkara yang pelik2. aku juga tak sempat nak buat dosa dengan mengumpat. kenapa? sebab kaum wanita kan memang suka mengumpat. hehe. bukankah begitu?
kekadang aku sangat pelik pada orang yang suka buat2 pandai mengata aku itu ini.. tapi aku yang dah mula nak belajar jadi baik ni pun.. tak marah laa... kata laa nak kata pun.. :p
aku ade kawan.. dia cukup pandai mengata orang. memang aku sakit hati.. sebab kan dah tua. tapi.. perangai macam budak2. tak boleh ke dia back up aku sikit? aku punya laa sian kat dia.. selalu back up dia.. alih2 time giliran dia.. aduhai.. selalunya aku lah orang yang jadi mangsa kesalahannya dia.. huhu.. tapi aku tak kesah laah.. aku selalu marah dia.. hahaha.. sebenarnya bukan marah pun. just geram.. hehe
oleh itu, tak salah kalau kita bukan lah orang yang busy.. tapi janganlah mengata orang.. ;p
kesimpulannya.. kaum wanita ni walaupun dia ade kerja yang banyak.. dia lebih rela mengata, mengumpat, menjaga tepi kain orang.. itu lah yang aku cukup tak faham.
# psssttt.. kekadang aku dalam keadaan marah pun buat jugak. hehe,,
ujian pada diri
kenapa orang selalu saje nampak kelemahan orang lain berbanding kelemahan sendiri???
siapa dapat jawab? angkat jari..
aku bukanlah mahu mengutuk. tau mahu mengata sesiapa pun. tapi yang aku mahu kata kan ialah.. aku kekadang sangat atau agak sedih jika diri sendiri tak nampak kekurangan diri.. tak nampak kelemahan diri. dan asyik menganggap diri sentiasa bagus..
aku memang ade berjumpa dan berpengalaman dengan orang macam ni.. dan kali ini.. aku terserempak lagi.
rasa tak puas hati itu memang kadang2 bersarang dalam diri seseorang. dan rasa tak puas hati itu akan turun ke hati dan kekadang menjadi raja kepada hati yang lembut.
tapi rasa tak puas hati tu.. boleh je kita simpan.. atau direct aje dengan si pemilik badan.. hehe.. itu lebih senang..
tapi rasa diri baik bagus tu.. memang susah nak buang.. itu aku tahu. kerana aku berpengalaman. kata ustaz PIEE.. itu adalah rasa ujub dan lambat laun ia akan menjadi sifat takbur dalam diri. hmm..
aku pernah ade perasaan ujub. susah mahu membuangnya. tapi aku banyak belajar dengan masuk kelas2 motivasi. berjumpa dengan motivator. atau sentiasa berfikiran positif..
masih teringat perangai aku sewaktu dulu.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. negetif.. berapa banyak negetif daa... hhuhu.. tapi makin banyak fikiran negetif dalam diri.. makin kuat kita tak puas hati pada orang.. makin tinggi rasa ujub itu dalam diri.. benarkah?
sila uji pada diri anda sendiri.
so pesanan aku pada sesiapa yang pernah berlagak bagus.. pernah berlagak baik.. pernah rasa diri nya lebih baik daripada orang lain (dari sudut memperlekehkan orang).. baik bertaubat dengan sebenar2 taubat..
# Prof Izzi selalu kata dalam ranacangannya.. selamat beramal..
keadaan yang tak stabil.
bila badan tak larat. tubuh lemau2 macam biskut lemau. lembik. rasa macam nak balik rumah je. ingat mak. ingat ayah. semua family aku ingat. rindu kampung laman jugak. memang anak manje.
bila tak larat, sakit, mak kata, kalau tengok mak, lagi laa aku sakit. saje nak manje2 dengan mak. tapi kalau tak tengok mak, boleh ke aku cepat baik? hehe. aku pun tak tahu.
aku harap aku tak kan demam atau sakit. aku hanya mampu berdoa. kerana Allah saje yang dapat tolong aku dari jauhi apa2 penyakit berbahaya.
aku rasa, aku bukan lah demam. tapi may be disebabkan kerja yang bertimbun tak pernah putus dan asyik silih berganti, itu yang menyebabkan aku makin tak larat.
aku rasa, aku perlukan rehat yang cukup untuk kembali bertenaga.
kata kawan ku, minum lah kopi radix.. hehe. iklan..
*aku tak suka kopi. baunya tak dapat ku tahan. busuk. :(





