RSS

Dilema seorang umi.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Good Evening.

Jam menunjukkan pukul 11.38 malam. Tadi aku dah tidur. Sekarang terjaga dari tidur.  Kedua-dua anak, kiri dan kanan nak susu.
Saat paling mencabar setiap hari bila rutin kembali. Tidur.

Naurah Nabihah. 3 hari lagi genap setahun enam bulan. Tapi masih menyusu badan. Campur dengan FM.

Faqihah Husna. 19 hari. Comfirm 203% aku bagi susu badan.

Sebenarnya, dah berbuih mulut mak suruh aku lepaskan susu Naurah. Tapi aku sayang. Aku target sampai 2 tahun. Tapi ni baru setahun enam bulan. Ade 6 bulan lagi. Aku dah tanya ramai doctor dan nurse.. Semua benarkan aku meneruskan penyusuan untuk Naurah. Tinggal aku je lagi kuat ke tidak.

Nak lepaskan susu untuk Naurah.
Aku tak tahu kenapa. Ada satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan yang aku macam belum bersedia lagi. Mungkin aku belum bersedia untuk terima hakikat yang sekarang, Naurah dah besar. Akan datang, Naurah akan membesar dan ke sekolah. Dan akan melalui proses yang aku lalui sekarang. Inikah perasaan seorang mak?

Dilema.
En. Hati macam biasa, dia serahkan pada aku untuk buat keputusan. Dia sokong apa saje keputusan aku asalkan tak bersalahan dengan syariat. Dan aku masih belum buat keputusan. Rasa macam susahnya nak buat keputusan kali ni.. Tak tahu kenapa.

Penyusuan untuk Faqihah, Insya Allah, 2 tahun jugak. Harap aku kuat. Sebab menyusu badan ni, sangat memerlukan Kekuatan luar dan dalam. Kalau down, susu mesti drop. En. Hati pun cakap, "lepas ni u rehatlah. Menyusu 2 tahun pastu baru kita fikir pasal anak lagi." Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan suami yang soleh kepada ku. Senyum.

Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
Kau bantulah aku dalam membuat keputusan. Kau jadikanlah keputusan yang aku buat adalah keputusan yang terbaik untuk semua.. Kau kuatkanlah semangat ku dalam menempuhi semua yang telah Kau tetapkan. Amin.










Nota Pinky;
"Aku menangis mengenangkan nasib My BFF. Allah datangkan ujian yang hebat buat dia. Dia lalui dengan tabah. Kalau aku berada di tempatnya, adakah aku begitu? Aku fikir, hanya orang yang hebat saja boleh melaluinya. Bertahanlah sahabat. Insya Allah, Allah akan datangkan sesuatu yang lebih baik buat mu. Lap air mata."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Leteran mak macam pakar motivasi. Lengkap.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Tempoh berpantang adakalanya menyakitkan. Adakalanya mengembirakan.

Yang sakit tu,biasalah. Bila beranak normal untuk kali pertama,memanglah sakit. Ditambah pulak memang langsung tak de pengalaman. Terawang-awangan aku ni haaa.. Alhamdulillah ade my BFF, Puan Farha yang sudi melayan kerenah dan persoalan aku yang pelik-pelik sebab tak de pengalaman langsung. Aku, mahu pun mak, dua-dua tak de pengalaman dijahit hidup-hidup. Wah. Bila sebut,terasa seram sejuk plak.

Yang mengembirakan tu, aku dilayan macam puteri. Hoho. Seronok. Tapi bosan. Minggu pertama,mungkin seronok. Dah masuk minggu kedua, ketiga ni.. aku memang bosan sebab asyik duduk ngan sopan dan tak boleh bergerak banyak2.. Hmm.. Patutlah aku tak dilahirkan sebagai seorang puteri raja. Alhamdulillah syukur.

Bila duduk ngan mak, banyaklah benda yang nak diborakkan. Banyak jugaklah benda yang aku nampak melalui mata hati dan banyak benda yang boleh aku baiki dalam diri.

Kesusahan hidup.
Mak cakap, bila hidup kita susah, kita tak boleh salahkan orang. Kita tak boleh letakkan beban yang kita tanggung pada orang lain. Kadang-kadang bukan salah orang tu. Kita yang salah. Kita yang tak nampak. Tapi kita tetap buta. Bukan buta mata. Tapi buta hati. Tak nampak secara jelas. Sepatutnya kita bukak mata hati untuk melihat apa yang kita tak nampak.

Dalam kata-kata mak tu.

Tapi.. Ade benarnya kata mak. Aku tak menafikan. Kadang aku juga begitu. Tak dapat membaca hikmah yang datang beserta kesusahan yang ada.

Untuk nampak hikmah, mak pesan.. Jangan terlalu gelojoh. Kita kena cerdik menggunakan otak. Otak kan dah di beri oleh Allah kepada kita. (Aku faham maksud mak kat sini adalah akal). So guna kan otak sebaik mungkin untuk lihat dalam banyak sudut.

Macam kita beribadat jugak, kena pandai pilih.. ayat apa yang banyak pahala. Zikir apa yang banyak timbangannya. Buat yang itu terlebih dulu. Baru menyusul dengan yang lain.

Aku rasa dah macam dengar Ustazah memberi nasihat.

Itulah kelebihan bila ada mak. Kata-kata mak beribu-ribu. Dan dalam beribu-ribu tu, dapatkah kita ingat semua? Kadang-kadang sebenarnya kita tak perlukan pakar motivasi.. cukuplah hanya ada mak. Tapi sesetengah orang tak menghargai mak yang masih ada di dunia.

Harap mak sentiasa sihat, dirahmati dan dilindungi oleh Allah selalu. Amin.









Nota Pinky;
"Tadi dengar mak tanya salah sorang adik kat rumah. "Kak tu agaknya rindukan abg wan kot. Diam jer.." Aku buat-buat tak dengar. Memang! Aku sedang merindui kamu, en. Hati kesayangan jiwa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tempoh berpantang.

Assalamualaikum. Selamat petang.

Sekarang tempoh berpantang dirumah. A.k.a di kampung.
Berpantang kali ni tak sama ngan berpantang anak pertama dan anak kedua. 3x pantang, 3 keadaan yang berbeza. Tapi rasanya keadaan 2 minggu pertama ni, berpantang kali ni sangat memeritkan.

Hm. Itulah yang selalu orang cakapkan. Setiap anak semuanya berbeza. Sekarang aku setuju. Ya. Setuju 203%...

Harap masa cepat berlalu dan luka cepat sembuh. Dan aku doakan aku kuat nak mengharungi hari-hari yang mendatang. Dengan kedua-dua anak yang masih menyusu badan.








Nota Pinky;
"Baru beberapa hari di kampung, aku sudah merindui kamu, en. Hati.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS