RSS

Nazir. Tugasnya memantau.

Tugas seorang isteri.
Sekarang mahu menjadi isteri mithali dan budiman. Jadi tugas sekarang hanya perlu mengiringi suami ke mana sahaja. Hehe. Berasa hebat. Bukan bermaksud sombong. Tapi hebat kerana dapat melakukan tugas yang sudah lama diidamkan. Mengikut suami, ke mana saja suami pergi. Senyum.

Baling. Destinasi pertama telah dijelajah.
Separuh urusan telah pun selesai. Hanya tinggal beberapa lagi urusan yang sepatutnya diselesaikan lama dahulu. Tapi masih terbengkalai hingga sekarang. Insya Allah. Aku doakan urusan itu cepat selesai.

Destinasi kedua. Kulim.
Menghadiri kem motivasi AlQuran yang dijayakan dengan kerjasama MRSM Gemencheh dan Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang Kulim. Memang membuatkan aku terasa di gamit memori dulu. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Menghadiri kem yang dipaksa oleh Bonda Permaisuri. Buat aku tergelak sendiri. Dan kini, aku seolah-olah melihat diri sendiri. Ya. Di sini. Senyum.

Destinasi ketiga. Baru diberitahu oleh en. Hati. Katanya Butterworth.
Menziarahi abang nya. Dan ada perkara yang harus dilunaskan terlebih dahulu. Mahu berbincang sesuatu dengan panjang lebar. Aku sebagai isteri mithali menurut perintah sahaja. Sambil tersenyum manis. Dan dalam hati, cepat lah masa berlalu. Aku ingin menatap wajah bonda Permaisuri.

Destinasi keempat dan seterusnya belum ditetapkan lagi.
Aku malas mahu bertanya. Kerana susah kenal benar hati budi en. Hati yang keputusan nya selalu berubah-rubah dan dilakukan last minit. Itu memang tabiatnya. Aku terima dengan berlapang dada. Kelemahan dan kelebihan nya adalah cara hidup ku sekarang. Senyum tanpa rasa.

Mahu Berehat dengan sepenuhnya. Lepas ni, tak dapat berehat dengan aman dan tanpa gangguan. Katanya banyak lagi kerja yang patut diselesaikan dengan segera.

Terutamanya tugas mengiring en. Hati.. Sekarang aku sudah terasa macam isteri perdana menteri yang mengiringi perdana menteri ke mana sahaja beliau pergi. Best jugak sebenarnya. Sengih. Nampak gigi yang tidak cantik.







Nota Pinky :
"Sayang, i nak u berehat cukup-cukup yer.. Pasni banyak lagi tempat yang kita nak pergi. Aku senyum. Bahagia. Diusapnya pipi ku dengan lembut. TQ sayang. I love U. So much."
Published with Blogger-droid v2.0.10

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Task slot motivasi

Sedang bermalasan di atas tilam yang empuk. Sangat selesa. Dan mata masih lagi stim. Minta didodoikan.

Eh. Jam sudah menunjukkan angka hampir 3. Dengan rambut yang berserabai. Muka yang berminyak. Mata yang separuh terbuka, aku menaip. Membuat cubaan. Mana tahu berjaya.

Sedang berborak mesra dengan bff kesayangan. Tentang macam-macam cerita. Dari hal dalam kain hingga ke luar rumah. Opss.. Itu hanya hal orang perempuan.

Tapi otak masih ligat memikirkan apa slot motivasi yang sesuai untuk pelajar MRSM. Aku ade idea. Tapi sifat malas hari ni menghantui diri. Oh setannnn.. Nyah kau dari aku. Oh. Patutkah setan yang dipersalahkan? Padahal aku yang tidak mahu berjuang menentang kemalasan yang melanda.

Tetiba rambut yang mengalahkan pontianak harum sundal malam ni terasa mahu dipotong. Eh. Macam teruk sangat je. Indah khabar dari rupa tu. Tutup mulut yang terbuka luas.

Terfikir tentang alam kubur.
Bagaimanakah aku akan dihisab kelak. Slot motivasi pasal alam barzakh ok ke? Bagi insaf sikit. Sebab lepas ni diorang akan berjimba dengan cuti yang lama.

Wake up, Pinky.
Rutin harian tidak berjalan dengan baik hari ni. Memandangkan en. Hati akan pulang jam 5 petang. Jam didinding menunjukkan angka 4, aku akan menjadi robot. Haha. Perangai lama menghantui. Syabas. Tepuk bahu sendiri.

Menu berbuka pun belum difikirkan lagi. Malas lah. Nanti aku fikirkan semua tu.



Nota Pinky :
"Cubaan pertama selepas install blogger-droid ke hp. Kita tengok, jadi tak.. Hihi"

Published with Blogger-droid v2.0.10

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Banyak perkara nak fikir. Betul ke?

Assalamualaikum.
Sobahul khair... Selamat pagi...

Macam biasa. Bangun pagi. gosok gigi. hehe. Siapkan en. Hati untuk ke tempat kerja. Hari ni hari last en. Hati ke sekolah. Esok cuti. Yeah! Alhamdulillah. Akhirnya........

Web SPPBS yang sangat laju.
Setiap tahun, perkara yang sama aku buat. Key in PBS. Bagus. Konon web PBS sekarang guna cloud. Besar dan dapat menampung banyak benda dalam tu. kelajuan tinggi. KONON nya laa. So sekarang, apa jadi? Tak de lajunya.

Hari kedua berdepan dengan laman web PBS. Memang membuatkan aku sangat sabar. Bila mengingatkan aku adalah seorang ustazah, mahu tak mahu, aku kunci mulut ini daripada memaki hamun sesedap rasa ke atas laman web yang sangat laju itu. Hoho.

Alhamdulillah sebelum ni dah pun key in. Kalau tak key in lagi, apa laa yang akan jadi dengan aku. So rileks suda....

Persoalannya.
Kenapa laman PBS sangat lemah lembut untuk di loading. Sampai sekarang aku tak faham. Padahal ni bukan tahun pertama. Sudah patut dimurnikan dah. Dan bagi aku, tak perlu pun nak key in bagai ni. Dah buat pun borang transit murid. Cukup lah sekadar itu. Tapi kalau laman web laju dan bergerak sepantas cahaya, ok jugak laa kan nak key in bagai ni.. Hoho.

Ok. Dah boring cakap bab PBS yang sangat senang di loading.

Memandangkan aku ni tak banyak keje, en. Hati meninggalkan satu task. Fikir tentang slot motivasi yang perlu aku buat untuk program minggu depan. Masalah aku sekarang, dah lama tak mengarang dan dah lama tak jana idea. So otak dah tepu. Macam mana nak fikir. Haiyya.

Aku kena termenung banyak sikit. Kurangkan tidur. Haha. Dan secara tiba-tiba mata aku sangat mengantuk. Cari ilham dalam mimpi lah. Hihihi.







Nota Pinky ;
"Banyak perkara yang perlu aku fikir sebenarnya. Tapi otak aku malas nak fikir. Tak habis lagi rasa nak bercuti dan berehat. So kita enjoy! Kui3."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti akhir tahun bermula. Hoho

Selamat pagi.
Kemas rumah. Kemas bilik. Kemas dapur. Basuh kain. Jemur kain. DOne.
Rutin harian sekarang. Senyum.

Dah lama tak menulis.
Sekarang banyak memendam dari meluahkan. Tak tahu kenapa. Kekadang menangis sendirian. Selepas menangis, terasa sangat bertenaga laa plak. Dush3. Tumbuk bahu sendiri.

SMK Bandar Kuching No.2 a.k.a SMK Seri Setia dah pun bercuti. 2 minggu awal.
Ni minggu kedua aku cuti. Minggu pertama, serius busy sebab rumah dah ala-ala kapal titanic pecah di buat en. Hati. Al-Maklumlah orang busy tak sempat nak buat apa-apa.
Masuk aje rumah, aku dah bebulu mata dah. Malam dan pagi, tak boleh nak tidur nyenyak. Dah lama tak tengok rumah yang bersepah macam ni. Sakit sebelah mata.

So, selama seminggu aku berkemas.
Minggu ni, Ahhh.. Berjimba lah aku. Bangun. Kemas bilik tidur. Iron baju suami. Buat sarapan. Pastu Tidur. Hari ni aku dah boring tidur banyak semalam, so aku merewang sana sini. Di alam maya je. Suami tak benarkan keluar rumah. Katanya bahaya.

Bahaya?
Betul jugak. Sebab, dah banyak kes tembak menembak sekarang. Sampai pegawai agama pun kena tembak jugak. Haisshh. Apa lah nak jadi pada dunia. Macam-macam.

So, terperap lah aku kat rumah. Melenguhkan badan. Hoho.
Nah. Ambik kau nak sangat bercuti kan...

Merepek-repek aku pagi ni. Nak blog walking jap. Dah lama tak buat aktiviti ni. Hehe.






Nota Pinky;
"Susah jugak menjadi suri rumah. Ni belum ada orang yang berlari sepahkan rumah lagi. Kalau dah ada nanti, macam mana laa rumah i ni.. Hoho. (Berangan). Sengeh."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS